Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 3 July 2014

Second is the Best!

Siapa yang mahukan rumahtangga yang dibina hancur di tengah jalan. Siapa yang mahu menderita di saat orang lain bahagia menjalani kehidupan suami isteri bersama anak-anak tercinta.

Namun, jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan. Dia menyimpan segala rahsia yang tidak diketahui sesiapa. Kita, sebagai hambanya yang terlalu lemah dan dhaif sekadar akur akan nikmat dan ujianNya.

Yang pasti, setiap orang berhak untuk bahagia dan meneruskan kehidupan sebagai hambaNya sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan.

Sekali gagal, akan sentiasa ada sinar di hujung jalan, dan pasti Allah yang Maha mendengar doa akan mengabulkan.

Bukan mudah membina rumahtangga kedua, terlalu banyak hati yang perlu dijaga dan dipujuk, bagai menarik rambut dalam tepung..apatah lagi jika empunya hati-hati itu adalah zuriat sendiri. Sekali-kali tidak membelakangi sesiapa, tidak juga menolak tepi adat dan adab.. yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan.

Berkat kesabaran dan hikmah, akhirnya niat yang suci pasti berakhir dengan ijab dan qabul. Alhamdulillah wa syukurillah. Selamat pengantin baru buat sepupu, Fauziah Abdul Rashid dan suami barunya Shaiful Bahari yang telah mendirikan rumahtangga buat kedua kali.

Saat dinikahkan..

Bersalaman buat pertama kali selepas bergelas suami isteri

Giliran anak-anak bersalaman

Seorang demi seorang ke hadapan..bersalaman dan mendengar pesanan ayah baru..

Saat ini, yang melihat pun turut sebak dan menitiskan air mata..

Satu-satunya anak lelaki..

Seorang lagi anakanda tercinta

Satu keluarga lengkap lah sudah..


Wajah bahagia pengantin baru - Shaiful Bahari dan Fauziah Abdul Rashid. Tahniah dari kami sekeluarga and trust me, second is the best!! Just like us..he he..





34 comments:

  1. Saya pun ada koleksi sahabat2 yg menjalani second marriage.
    Alhamdulillah nampaknya mereka bahagia selepas puas diduga.
    Dlm lebatnya hujan dan kuatnya petir dan guruh... pasti pelangi menanti
    di hujung, yg penting sabar.

    Selamat pengantin baru kpd sepupu Kak Mid ... sama cantik sama padan.

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru buat pasangan..moga kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  3. wahhh,anak dah besar besar,cantiknya pengantinnnN~ tahniah.

    ReplyDelete
  4. My second marriage pun, Alhamdulillah kak. Mungkin first marriage tu kami masih mentah lagi dalam ilmu rumahtangga.

    ReplyDelete
  5. Allah beri ujian yang kemudiannya Allah beri nikmat. Alhamdulillah semoga pengantin berbahagia sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. Cantik cantik baju deme kak. Tahniah dan selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  7. Selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  8. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...insya Allah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...jodoh dah sampai...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Selamat pengantin baru buat mereka. Pengantin nampak muda lah ☺☺

    ReplyDelete
  11. baru terbaca ni, rasanya betul lah Fauziah yang saya kenal sejak sebelum dia berumahtangga lagi. masih kelihatan muda lagi. tak sangka dapat berita perkahwinannya dari sini. muga jodoh yang baik hingga ke syurga. amin.

    ReplyDelete
  12. Muda lagi nampak mama dia....Semoga bahagia hingga akhir hayat
    Ohhh baru tau pasal che Mid tu.... Deejalah pengikatnya ye Che Mid Tahniah jugak buat Che Mid...

    ReplyDelete
  13. semoga berbahagia hingga ke jannah..Allah knows best what is for us..jangan kita menidakkan takdir je...;-)

    ReplyDelete