Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 20 August 2014

Deeja, Azyan dan Atuk Beraya di Temerloh

Bismillah...Assalamualaikum semua. Tak habis beraya lagi ke? Takpe, inilah masa nak mengeratkan silaturrahmi. Kalau ikutkan gambar dan selfie-selfie, memang banyak sangat nak ditepek tapi hari ni Che Mid nak cerita tentang Deeja dan sepupunya, Azyan, dan Atuk Husinnya. Telatah budak kecik dua orang ni melayan si Atuk (yang dah tak boleh melihat) akibat glucoma.

Bukan takde orang dewasa yang boleh bawa Atuk tapi budak-budak ni beria-ia nak tolong Atuk.

Ini masa di kampung. Deeja dan Azyan menarik Atuk dari rumah ke kereta. Yang si tukang tariknya mengundur pulak berjalannya tu.


Khusyuk tengok Atuk angkat kaki. Baik-baik tuk..

Azyan tak puas hati, dipegangnya Atuk tu..

Dah elok Atuknya duduk, eh eh..budak berdua tu nak naik sekali ikut pintu yang sama..sempitlah Atuk tu.

 Dah tak jadi naik...bergambar kejap. Mission accomplished. Si Atuk tu suka je cucu-cucu paling kecik dan comel mengheret tangan Atuk.

Azyan dan Deeja ni memang tak boleh berpisah kalau dah berkumpul. Ke tandas berdua, naik kereta pun nak kereta yang sama. Si kakak Farah yang tukang escort.

Mulut berdua tu terutama Deeja  memang becok yang amat. 

Ha tu..entah apa yang di 'warning'nya kakak Farah tu..

 Ini semasa perjalanan pergi. Selama 2 jam berjalan, sanggup bersempit kat belakang. Puas tengok video, tidur atas riba kakak.

 
 Sori gambar tak jelas. Tengok le tu..sorang terlentok kat bahu kakak, sorang lagi tersembam atas riba. Boring...

Dalam perjalanan balik pulak, Che Mid suruh Azyan naik kereta ayah dia..tak mau pulak. Kemudian Che Mid saja je usik, " Kalau nak naik kereta ni jugak, seorang kena duduk kat riba Atuk...akhirnya dua-dua duduk dengan Atuk. ha ha..

Dua jam perjalanan dari Temerloh - Jerantut - Raub, dengan jalan bengkang bengkok..duduk le budak berdua tu macam ni. Atuk pun riba lah.. tak ada la pulak Atuk mengadu kebas kaki ke, penat ke...Pastu berbual sakan dan bersoal jawab dengan Atuk sepanjang jalan. Tak sedar 2 jam berceloteh. Ada je yang ditanya kat Atuk tu. Bila Atuk cakap A, pandai pulak jawab B..
 

 Gambar tak elok sebab snap bila kereta belok kiri kanan..riuh rendah budak-budak ketawa seronok bila badan ikut senget ke kiri ke kanan.


 Wan pulak kena support dan tolong pegang budak-budak tu. 

 Badan Azyan sampai menyelusur ke bawah

 Ke kiri pulak...
 Sampai ke Raub rumah Pak Teh (tempat kami berkumpul untuk raya tahun ni) semua kepenatan, Wan sakit badan dua hari tak hilang. Semua gara-gara melayan cucu nakal dan comel tu. Bukan senang cucu-cucu nak bermesra dengan Atuk dan Wan kan.

Cuti panjang nanti, kami balik kampung lagi ya Tuk.. Wan...



Inilah antara kampung-kampung yang dilalui dari Raub ke Jerantut. Che Mid suka adventure macam ni, tengok alam semula jadi, rumah-rumah kampung, orang-orang Asli dan kedamaian yang tak terusik. Kampung Penderas ni kampung asal Antonio Banderas ke he he

Kampung di tepi hutan...

Kami berkonvoi 4 keluarga balik ke kampung abah mertua di Jenderak.

Otw balik, singgah di bandar Jerantut untuk makan. Alhamdulillah dah ada gerai tom yam dan kerang bakar yang buka walaupun baru hari raya ke 4. Tong tong la kami anak beranak, ipar duai..semua makanan sedap-sedap pulak tu.

Alhamdulillah..bye bye!

15 comments:

  1. seronoknya dia..beraya sakan..

    ReplyDelete
  2. Eii kecohnya deeja, mcm mak jemah gitu hahahah.

    Kg Penderas.. kena bawak kereta deras-deras la lagu tu, tak buleh selow2 hahaha.

    ReplyDelete
  3. keh keh keh.. happening! Atuk hensem naa... patut cucu comel escort..

    ReplyDelete
  4. As salan kak. Melayan kerenah budak2 keletah mmg seronok.
    Tak ada budak2 raya sunyi tak ada makna.

    ReplyDelete
  5. Bestnya beraya sampai ke negeri2 lain..
    Seronok reramai dlm van.

    ReplyDelete
  6. beshnya berjalan kann.. sy pun sama.. nak2 kalu blk kg sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Seronoknya jalan ramai2 balik kampung. Kak zai dah tak ada kampong, sedih kalau hari raya.

    ReplyDelete
  8. Kecomelan Deeja dan Azdyan ni mewarisi kehenseman Atuknya
    Tertarik dgn signboard di Pahang ni...
    Dan nama kampung-kampungnya yg unik
    Dan selalu teringin ke situ
    Sebab,saya pernah mengalami peritiwa hitam di sekitar negeri Tok Gajah ni
    Tentu che Mid ingat

    Selamat hari raya yg ke 26 syawal

    ReplyDelete
  9. Beraya di kampung ramai2 paling best Che Mid...

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok cerota raya Che Mid neh.....
    Comei adik2 berdua tu, ngusik atok dia...

    ReplyDelete
  11. Ni atok belah sapa ni CM....Sayang atok yer..... Manalah atok tak sayang kalau dah memasing keletah cenggitu CM....
    Ohhh pergi beraya berkonvoi ye....

    ReplyDelete
  12. rasanya macam pernah jumpa la atok ni.. tapi tak tau kat mana.. umah dia kat tepi jalan ker?? umah kayu??

    hanzalah hamdan fb

    ReplyDelete