Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 26 September 2014

Marhaban berganti Qasidah


Pada 31 Ogos lalu, sekali lagi kumpulan marhaban Helwa di jemput ke kediaman big bos Puncak Niaga Holdings di Tropicana Golf & Country Resort untuk meraikan majlis harijadi anak-anak beliau.Tetapi kumpulan marhaban Helwa tak dapat turut serta kerana ada tempahan lebih awal, jadi Che Mid cadangkan diganti dengan kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah.

 Anak-anak Tan Sri Rozali Ismail.. tepi kiri dan tengah. Yang hujung kanan tu adik isteri Tan Sri.



 
 Persembahan bermula selama sejam. Che Mid dan Farah (gambar tak dak la pulak) memulakan persembahan dengan zikir dan Asmaul Husna dan diteruskan dengan Qasidah pula.  Sistem bunyi yang baik di dalam tempat tertutup, jadi tumpuan semata-mata pada kami sahaja. 

Biasanya kumpulan Qasidah berasal dari madrasah atau sekolah agama tapi yang menariknya kumpulan Raudhatul Jannah ini pula dari Sek Menengah Kebangsaan. Tabik hormat setingginya pada Ustaz Ashraf yang mengemudi kumpulan ini dengan cemerlang dan anak-anak didiknya sangat pandai 'membawa diri' di khalayak. Semoga asbab penglibatan anak-anak dalam berqasidah, akan menjadikan akhlak iman sentiasa terpelihara.

 Besar hati Che Mid dapat bawa mereka ke majlis mewah seperti ini. Kalau keluar duit sendiri tak mampu kan. Menu tengahari seperti udang galah, kambing panggang dan sate menjadi tarikan utama. Ditambah dengan hiburan dari deejay dan tema majlis berkonsep 'back to the jungle', memang berbeza  dari yang biasa kita tengok.

 Koko crunch bercokelat dan yogurt berkrim yang sangat lazat..

Anak-anak memang suka makan buah-buahan macam ni kan..err..mak anak-anak pun..


 Anak-anak yatim dan miskin pun tak dilupakan. Terhibur tengok abang-abang qasidah buat persembahan. Selain makan-makan, anak-anak ini juga boleh bermain permainan seperti go kart dan treasure hunt.

 Berposing dengan isteri Tan Sri  yang muda jelita

 Dengan Puan Rosmawati Pegawai Komunikasi Puncak Niaga Holdings

 Bergambar atas permintaan Tan Sri Rozali (berbaju hijau) sebelum bergerak pulang

 Farah tak lepas peluang memegang burung kakak tua..pandai si kakak tu tengok kamera kan..

Habis je majlis di rumah Tan Sri kami bergegas turun ke Pasir Gudang Johor untuk hantar Farah ke UITM. Ada sesuatu yang berlaku tau..tunggu...!











17 comments:

  1. Waaa.. Dpt jmputan rmh tan sri lg. Mmg cntik la wife dia.. muda remaja lg

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    salam perkenalan. jemput ke blog saya, kisah saya dan tips kurus.
    :) nice blog .

    ReplyDelete
  3. bagus jugak majlis hari jadi camni..berqasidah marhabban..taklah ikut barat sangat kan..
    tak sabar nak tau apa yg kena 'tunggu' tuh..hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah dapat jemputan ke rumah tan sri. Muda jelita isterinya.

    ReplyDelete
  5. OO..padan macam biasa dengar, Tan Sri Rozali ye...Hmmm muda bebenor isterinya ye...Semoga bahagia

    ReplyDelete
  6. Meriahnya kak sambutan hari jadi. Besar besaran gitew. Tan sri sempoi je. Wife tan sri pun sempoi. Lg bagus buat qasidah ni kak dari dok karok. Mudah mudahan berkat.

    Owh wife tan sri ada adik tecik lagi ye. Muda sungguh.

    ReplyDelete
  7. Besar hati Che Mid dapat bawa mereka ke majlis mewah seperti ini. Kalau keluar duit sendiri tak mampu kan. Menu tengahari seperti udang galah, kambing panggang dan sate menjadi tarikan utama. Ditambah dengan hiburan dari deejay dan tema majlis berkonsep 'back to the jungle', memang berbeza dari yang biasa kita tengok.
    pure cotton double bedsheet
    pure cotton bedsheets

    ReplyDelete