Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian...apa khabar...
Dah makan ke belum? Belum..ala kesiannya...Hari ni Che Mid nak tayang satu lagi masakan turun temurun orang Jawa iaitu tumis pakis merah. Tentu ada yang pernah makan dan mungkin ada yang tak pernah rasa..
Inilah dia pucuk paku pakis merah. Kena masak cepat sebab bila simpan lama daun tu cepat layu dan lunyai.
Nak resepi ke? Ala senang je macam kita tumis pedas sayur lain.
Cili api lebih sikit baru kick, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan sedikit belacan. Tumis semuanya dengan minyak, pastu masukkan nenas. Kacau sikit-sikit hingga nenas layu dan air nenas mula keluar.
Akhir sekali masukkan pucuk pakis merah, kacau lebih kurang. Kalau nak kuah tambah sikit je air. Perasakan dengan garam dan matikan api bila sayur agak layu. Done!
Dah siap..
Untuk lauknya pula, Che Mid pasangkan dengan lemak udang belimbing buluh. Resepi dah ada dalam blog lama Che Mid di sini. Pokok belimbing kat tepi rumah tu tengah berbuah lebat, minggu depan dah boleh petik banyak-banyak..
Tambah pulak dengan telur asin rebus. No ikan no ayam...
Hari Ahad lepas, si Faris balik bercuti. Dia minta masakkan feveretnya ikan keli pecal. Resepi boleh tengok kat sini
Yang sedihnya, Che Abang beli 3 ekoq je... dua ekor Faris dan Che Abang makan untuk lunch, baki seekor lagi Faris tapaw balik hostel. Terpaksa berkongsi makan dengan roomate..siannnn...
Ini pun Faris suka sangat. Kobis goreng mak mertua Che Mid punya style. Tak pedas sebab takde cili, tapi tambah dengan tauhu dan isi ayam. Bubuh juga kiub ayam dan sikit sos tiram. Masak sampai kobis tu betul-betul lembut... Hmmm..memang meratah-ratah le Faris makan ni.
Sebenarnya sejak awal tahun ni, Che Mid jarang masak sangat. Sebab tinggal kami suami isteri dan Deeja je. Tak seronok rasanya masak sedap-sedap bila situkang makan duk berjauhan. Ayan pun dah berpindah ke rumah lain sejak beristeri ni. Time pagi hingga lepas Zohor, memang Che Mid sorang-sorang je di rumah.
Selamat memasak dan memasak lah dengan selamat he he..
nyom nyom nyom,, sedap nya kak che mid,, lama sangat dah tak jamah pucuk paku merah,, memang susah nak cari kat tengah bandar ni,, sedap2 lah resepi che mid ni,, kalau berkeinginan saya nak wat gak lah,, insha allah sayur kobis tu saya nak cuba sebab huby suka kobis hehe..
ReplyDeleteSayur kobis paling senang nak masak..anytime ada je kan. Pakis merah ni pun susah nak dapat..tu yang syok sangat masak bia dapat.
DeleteMusim belimbing sekarang ni Che Mid pokok kat rumah pun berbuah lebat...
ReplyDeleteA aj..kat umah Che Mid pun tengah tunggu masa utk dipetik..
Deletepakis merah kat brunei ni di panggil lemiding, mmg sedap tumis air macam tu, sesekali masak lemak pun ok + ikan masin che mid
ReplyDeletemasak lemak ? Tak pernah tau pulak kak..kena cuba ni,,
DeletePucuk pakis+ nenas ni resepi keluarga kakak juga ni CM.
ReplyDeleteKakak baru semalam masak lemak belimbing tapi dgn ikan masin bukan udang. Siap bagi jiran lagi sebab belimbing kan tengah musim sekarang ni. Bergayutan macam anggur:)
kena cuba dengan udang pula kak Zakie he he terangkat gitu..
DeletePakis merah ni kak zai tak pernah makan biasa yang hijau.
ReplyDeleteSama macam kak zai tinggal berdua bila petang baru hubby blk.
Dah lama tak baca entry masak memasak akak. Kalau dah tak ramai penghuni, nak masak pun takder mood kan kak. Hubby saya pun tak bagi masak. Buat penat mengemas jer katanya...
ReplyDeletePecal tu sedap betul nampaknya. Masukkan cekur la tu yer kak...
Tu la..hari ni akak buat jemput-jemput je utk dinner..abang makan nasi lemak..done!
Deletea ah, bubuh cekor..baru bau original he he
Sedapnya tengok gambar.......CM, bunda belom pernah makan pakis merah ni...sama ke rasanya ngn pakis hijau tu?
ReplyDeleteKalau kat Sarawak ada sejenis pakis jugak...midin namanya...
Deletemidin tu bukan pucuk paku hijau tu ke bunda..
DeleteLapar jadinya tgk lauk pauk yang sedap2 ni...
ReplyDeleteTapi saya tak pernah lagi makan tumis paki nenas tu... nampak sedap!
kena cuba nur..cuma susah dapat pakis merah ni...ada masa-masa nya je..
Deletesedapnya pakis + nenas.
ReplyDeleteKalau di pasar tani, paku pakisnya dah tua-tua pun dijualnya..
mak datuk... jangan kata jawa macam saya ni... yg bukan jawa pun meleleh tengok... pecal ikan keli... aduhai... nanges tengok... tapi paku pakis nenas memang best....
ReplyDeletePakis merah tu kalau saya buat goreng bercili.
ReplyDeleteCamtulah yang saya rasa selama beberapa tahun kebelakangan ni cik mid. Sepi dan sunyi kat rumah... anak-anak duk berjauhan... tapi rasanya tak lama lagi 'terang' lah balik rumah... anak-anak saya dah nak habis belajar.
1st time saya tengok puck pakis merah...makan mmg la lagi tak pernah...haha
ReplyDeleteIkan keli pecal tu menarik betul la rupanya...saya nak mintak wife saya tgk kan resepi tu la..hahaha..sebab saya tahu makan je...:P
pucuk pakis merah + nenas memang 1st time tau, che mid. kena cuba...
ReplyDeletekeli pecal,my faveret.tak pernah masak sendiri, makan mak masak aja..haha
boleh cuba..boleh cuba
supreme
ReplyDeletebirkin bag
balenciaga trainers
moncler jackets
yeezy boost 350 v2
golden gooses
curry 6
a bathing ape
kd shoes
balenciaga triple s
web link check this site out pop over here Our site have a peek at this website my sources
ReplyDeleteoff white outlet
ReplyDeletefear of god hoodie
bape t shirt
off white x jordan 1
bape hoodie
kobe byrant shoes
yeezy boost 700
jordan shoes
hermes bag
kyrie irving shoes