Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 5 March 2015

Kamcheng di Amverton

Assalamualaikum everyone..

Kami rancang agak lama untuk bersama meluang masa bercuti. Ambil peluang untuk bersama semua ahli keluarga dan kawan-kawan tersayang.

Mana? Amverton Cove Golf & Island Resort, Banting, Selangor
Bila?  19-20 Februari 2015
Siapa? Geng bekas sekolah rendah 1973-1978 ( 9 orang bekas pelajar sekelas bersama keluarga masing-masing) Jumlah 27 orang





Pertama kali dalam hidup Deeja pergi bercuti. Beberapa hari sebelum dah excited sangat. Dua beg kanan kiri tu penuh mainan. Basikal pun bawak jugak. Spek tu celok abang Ayan punya..


Sekarang ahli keluarga kami dah jadi 7 orang termasuk menantu. Oh, rupanya dah tak muat isi barang dalam boot. Terpaksa keluarkan balik barang dan pasang "Roof Box".


Taraaa..inilah dia Amverton Cove & Golf Resort. Tak ramai tahu tentang tempat ini. Terletak di Pulau Carrey, Banting, Selangor di dalam ladang kepunyaan Sime Darby. Tapi berbaloi sebagai tempat berehat yang cantik dan tak jauh dari bandar. Tak sampai 1 jam kami dah sampai, jalan pun tak sesak sebab bukan laluan utama lebuhraya. Percutian yang berbaloi kepada yang tak mahu berjalan jauh. Jimat tenaga jimat masa.



Bilik-bilik dan vila tersergam indah untuk tetamu melepas lelah. Kami menempah sebanyak 9 bilik dengan harga RM299 sebilik. Dapat group rate untuk peak season.  Kalau bukan peak season boleh dapat lagi murah tau..

Pemandangan dari bilik penginapan menghala ke kolam renang dan tempat makan di sebelahnya. Dilatari dengan padang golf di sebelah belakang.



Bilik yang luas. Kami bertujuh cuma ambil satu bilik sahaja. Yang pompuan tidur atas katil dan yang lelaki atas lantai tidur beralas toto. Masih ada lagi ruang untuk solat.

Daftar masuk pukul 2 petang tapi ada yang datang lebih awal dan ada yang datang lewat. Pertemuan pertama kami diadakan di salah sebuah bilik untuk minum petang.

Grup kami terdiri dari kawan sekampung dan bersekolah rendah di sekolah Kebangsaan  Sungai Binjai Meru. Kira-kira 42 tahun dahulu kami sama-sama darjah 1.

Prof Khadijah bertugas di Leeds, UK tapi sekarang sedang berada di tanah air. Cikgu Manisah pula tinggal di Gopeng Perak. Yang lain-lain tinggal di Kuala Lumpur dan di Klang. Err..tak payah le susah-susah kira berapa umur kami sekarang..malu aaah...



Bilik Prof Khadijah jadi sasaran kami. Juadah dibawa sendiri pada sesiapa yang sudi. Che Mid bawa gandos dan taik kucing. Ada yang bawa cheese cake, kuih muih dan lain-lain.



Barisan juadah minum petang..masing-masing bawa seorang sikit. Mihun goreng dan nasi goreng tiba agak lewat. Memang kenyang..alhamdulillah..


Kaum Hewa sembang atas lantai..

Penyejuk mataku pun minum petang sebelum berterjunan..Deeja yang tak sabo-sabo nak berendam.




 
Kaum Adam sembang atas kerusi..

Lepas minum-minum, ada yang terjun dalam kolam renang termasuk anak-anak Che Mid. Yang lain sambung borak sampai Maghrib.




Lepas solat Maghrib kami turun ke Rabbit Room untuk makan malam. Group buffet RM35 seorang.


Che Mid sengaja bawa  lemak udang campur belimbing buluh sebagai lauk tambahan.


Dan tumis pakis merah campur nenas ni..ramai kawan lama dah tak makan..


Anak menantu yang besar duduk semeja. Anak yang kecik entah merayau ke mana..Omak eh duduk belakang dengan kawan-kawan..ish mengunyah teruk betul...

Lepas makan malam, kami terus beriuh rendah dengan acara seterusnya:-

1) Bertukar-tukar hadiah ada mug, coklat, tudung, bantal, bekas kuih bertingkat, bekas air, vas bunga, bekas sudu garfu, chip al-quran  dan bekas garam/gula.

2) Permainan - setiap satu keluarga anjurkan satu permainan - masukkan benang dalam jarum, kupas kulit epal, tiup belon sampai pecah, kuiz, soalan mengarut, cari dan kumpul barang, ukur panjang dengan barangan di badan, bowling kelapa

3) Cabutan bertuah



Deeja dapat cabutan bertuah buat pertama kali..pelik tapi suka he he



Sesi bertukar hadiah..kecoh dan meriah..ini pasangan Aina dan Rashid, kedua mereka sebaya dan satu sekolah menengah..bercinta selepas sekolah dan bahagia hingga sekarang.


Ini pula Rozinah Ahmad, bekerja di Mayban..


Ini Prof Dijah dan suami..sentiasa tersenyum lebar..awat mulut I tu..tak reti diam ek..

Sebelah kanan, pasangan Cikgu Manisah dan suami. Masa mereka bernikah dulu, Che Mid yang mekapkan Manisah...masa tu baru lepas grad..jual avon part time..boleh pulak jadi andam terjun he he


Pasangan sebelah kiri, Nazuri dan isteri. Penyelaras percutian kami. Terima kasih banyak-banyak atas penat lelah dan melayan kami yang macam-macam hal ini. Masa darjah empat, Che Mid dan Nazuri pernah berlakon drama English mewakili sekolah. Nazuri jadi pengemis, Che Mid jadi apa ntah...lupo dah eh..

Pasangan sebelah kanan, Zailawati dan Jaafar..juga sebaya. Pernah satu kelas dulu he he..

Dayang di sebelah kiri dan Roszana di sebelah kanan. Yang tengah-tengah tu anak buah Roszana.

Rozinah dan anak-anak..lengkap satu keluarga.


Keluarga Manisah yang sakinah.. seorang lagi anak berada di Mesir. Insyaallah bulan September ini anak lelaki berbaju belang itu akan bernikah. Dan kami kawan-kawan akan berkonvoi ke Gopeng pula.



Hadiah dari Aina yang sangat comel dan cantik. Bantal bertampalkan wajah setiap ahli keluarga..

Ini bantal untuk Che Mid...sukaaaa!!



Farhan masuk pertandingan kupas kulit epal terpanjang..tolong cik Zana.


Ini pertandingan masukkan benang dalam jarum. Pemenang pertama? Tu Che Abang berbaju kuning..

Che Abang I kupas kulit epal..menggunakan kelebihan di perut untuk 'parking' epal tu ha ha..


Pagi sebelum bertolak pulang. Para suami bersantai-santai

Ntah bila dapat berkumpul macam ini lagi..

En Nazuri..bos trip kami..Menung jauh nampak..pening ek handle orang-orang macam kami he he

Sementara tunggu kawan-kawan lain check put...posing lagik!

Che Mid dan Aina..memang rapat dari kecil..adik beradik kami pun saling mengenali. Pernah mandi parit sama-sama. Aina nikah dulu pun, Che Mid tukang mekap..Oh rindunya saat berbasikal keliling kampung..

Deeja dan Aishah..kejap lagi sorang nak balik KL, seorang lagi balik Klang..

Kawan-kawan pesan untuk tepek banyak-banyak gambar dalam blog ni.. I folo!!

Di kaunter lobi sebelum balik. 

Berderetan...alhamdulillah Allah panjangkan umur kami untuk bersilaturrahmi dari sekolah rendah hingga sekarang..

Kalau siisteri semua sebaya..para suami pula ada yang 50an...termasuk asben I..


Tunjuk kaki sikitttt...


Grup foto...happy pun ada sebak pun ada tengok gambar ni. Moga ini bukan riadah terakhir kami..

Itulah cerita hari ini..dari sembang di warung dan kopitiam, kami ke Amverton..

Bye! Ma'assalamah wa illaliqo'

18 comments:

  1. seronok baca cerita chemid... macam saya ada sekali dlm group kamcheng ni, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga yang pergi apa tah lagi

      Delete
  2. Seronoknya. Walaupun saya tak pernah berpeluang, tapi saya rasa seronok pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..mungkin susah berkumpul sebab tinggal berjauhan. Kami ni asal sama kampung tu yang selalu ada peluang bejumpa

      Delete
  3. Meriahnya...sukanya Che Mid dapat berkumpul kawan2 macam tu dari sekolah rendah pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka kan..persahabatan bersambung balik selepas masing-masing berkeluarga..

      Delete
  4. Kalau berkumpul dengan rakan-rakan lama cenggini, tak cukup sehari nak berborak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak cukup..ada yang tidur pukul 2 pagi..

      Delete
  5. Wah lawa rupanya Amverton Cove ni rupanya ya Kak Mid..saya pun baru tahu..

    ReplyDelete
  6. salam che mid,
    seronoknya dapat berjumpa kawan2 lama

    ReplyDelete
  7. amboi..kemain deeja.. siap pakai spek lagi..

    mmg cantik tmpt tu..

    meriah sgt kumpul2 ramai camni

    ReplyDelete
  8. Arghhhh Che Mid... banyak gambar takleh bukak... pesal nih??? pixel besar ker??

    kalau nak berkumpul macam ni selalu kena ada sorang yang power betul bab bab organise gathering nih... jangan kata tetiap tahun... tetiap bulan pun dia boleh buat...

    ReplyDelete
  9. sangat kompak kompak sekali seneng lihatnya...Obat Sakit Pinggang

    ReplyDelete