Assalamualaikum semua!
Ok kita sambung sikit lagi tentang riadah kami ke Port Dickson. Entri pertama kat SINI
Ada sahabat-sahabat yang tak dapat tengok semua gambar tertera. Che Mid pun tak tau kenapa..layan je la mana yang boleh ya..maaf sangat-sangat ya.
Janji bangun pukul 5.30 pagi untuk qiamulail, tapi ada yang terlajak bangun dek leka berborak hingga awal pagi. Che Mid dan beberapa rakan sempat solat sunat berjamaah sebelum masuk waktu Subuh.
Seronok dapat solat bersama-sama berdoa dan aminkannya bersama-sama. Semoga Allah mengabulkan doa-doa kami.
Kemudian kami sama-sama ikuti tazkirah Subuh bertajuk Aurat Wanita Dalam Islam dengan tumpuan kepada aurat suara. Mula-mula kami tonton video Ustaz Don dan video Berita Islami dan merujuk kepada nota yang disediakan oleh Ustazah Lela (malangnya tak dapat hadir) dan kemudian sama-sama membincangkannya dalam sesi hati-ke hati.
Masing-masing diberi peluang memberi pendapat dan pengalaman masing-masing ketika bermarhaban. Kami mementingkan menjaga aurat sempurna sebelum keluar memenuhi jemputan termasuk jenis dan warna material unifom dan pemakaian tudung kerana bukan imej glamor yang mahu ditonjolkan tetapi imej Islamik. Che Mid juga berpesan untuk menjaga izin dan restu suami masing-masing kerana tiada gunanya kita berdakwah di luar rumah jika menanggung marah suami.
Perlu berhati-hati menangani cabaran mendatang kerana semakin dikenali, kami semakin terdedah kepada tohmah dan fitnah juga dari mata dan hati orang yang tidak puas hati. Astaghfirullah..semoga Allah memelihara niat dan iman kami.
Bertuah sangat kumpulan ini dapat bertahan hingga berbelas tahun dengan ahli dari warga emas dan orang muda beranak kecil. Ada yang mengandung dulu, sekarang anak dah bersekolah..hi hi termasuk Deeja. Sesi yang panjang berakhir pada jam 8 lebih.
Sebelum sarapan kami terkinja-kinja dulu di sesi aerobik dipimpin oleh Sarjan Azma, Kalau Che Mid tunjuk video, memang banyak ragam dan adegan lucu sepanjang sesi. Kami bebas beraksi kerana semuanya wanita dalam kawasan tertutup.
\
Sampai ada yang terbaring kepenatan..
Kak Yah tu beria-ia tunjuk step aerobik..suruh ambik gambao nak tunjuk kat suami ha ha
Terima kasih Cikgu Azma ajar kami senamrobik. Takde nya kurus..cikgu suruh pusing kanan, awak pusing kiri, cikgu suruh tekan tangan atas tanah..tak sampaiiii!!
Lepas tu berendam dalam air laut dan bawah pancaran vitamin D..sekali lagi jadi budak-budak..
Lepas mandi-manda kami balik ke bilik masing-masing, bersiap dan berkemas untuk pulang.
Cik Jah kita dapat bilik 'master bedroom'. Menghala ke laut..tu diaaa..macam sun bathe tepi pantai jeee..
Sementara tunggu bas datang, kami bercanda-candaan di lamanan...
Bawah bunga kertas jadik sasaran
AJK kebaboom!! Terima kasih semua..setia bersama..Kak Ita yang hujung kiri tu sebenarnya masih belum sihat betul selepas kemalangan motor bulan lepas. Tapi ikut juga selepas puas dipujuk.
Dalam perjalanan balik kami sepatutnya singgah ke ladang Ostrich tapi semua orang tak mau turun dari bas. Tiket masuk je RM13seorang, lagi pun semua dah kepenatan dan lapar. Jadi kami berhenti di Teluk Kemang untuk makan tengahri, solat dan menjamu mata sekejap.
Dalam bas balik..mula-mula je ceria. Lepas tu bas senyap sunyi..semua penumpang diulit mimpi..tau-tau dah sampai rumah.
Tamat cerita kami. Doakan kumpulan HELWA ini terus teguh untuk tahun-tahun mendatang!!
Ma'assalamah wa ilalliqo'
Alhamdulillah. Saya sendiri tak tahu kewujudan banglo ni kak...hehehe. Tapi semuanya berjalan lancar, syukurlah. Semoga terus cemerlang selepas ni.
ReplyDeleteAamin atas doa nya. Terima kasih juga tolong CM cari tempat hari tu walaupun semuanya fully booked.
DeleteAamin atas doa nya. Terima kasih juga tolong CM cari tempat hari tu walaupun semuanya fully booked.
Deletesyoknye depa....
ReplyDeleteBestnya rombongan ni...heeee
ReplyDeleteKalau sy kena pg training camni confirm nangis la kak sbb tgalkan anak anak. Byk kali opis buat program camni tp x pegi.
ReplyDeleteAlahai seronoknya CM..... dapat berjimba mamba dengan geng. Bukan cuma jimba kosong tp penuh dengan ilmiah juga....
ReplyDeleteRasa teringin pulak nak jadi mcm CM hihi .....
ReplyDeleteI really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful