Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 8 April 2015

Cucu ke 25

Assalamualaikum sahabat yang comel lote kat luar sana,,,

Satu pagi yang indah adik Che Mid yang bongsu, Nana, akan bersalin anak ke empat. Dah janji dengan doktor di DEMC..pagi-pagi nak ke hospital, anak-anak yang lain, Aidid, Icha dan Aiman sibuk nak ikut. Kebetulan Che Mid ada kat situ. Jadi pujuk anak-anak buah untuk bersarapan dengan mak long, atuk dan mak nenek. Papa bawa mama ke hospital.

Sebenarnya, papa mereka ni bekerja di Langkawi..jadi sekali-sekali balik..anak-anak tak nak lepas bergayut kat papa.

Muka saspen orang nak bersalin.

Dalam pukul 2 lebih, mak nenek bergegas datang ke rumah. "Jom pegi hospital tengok Nana.." Muka nampak risau dan gelisah je mak ni. (Dalam hati kata..eh, pagi tadi ok je..tak nampak macam risau pun..) Balik ambil Deeja sekolah, kami pun gerak ke Shah Alam. Dalam perjalanan, mak dapat panggilan Nana dah selamat melahirkan. 


Atuk dan mak nenek ni, dah ada 24 orang cucu..nak sambut cucu yang ke 25 pun masih risau kan anak dan baby yang bakal lahir.  Alhamdulillah.



Sampai di hospital, terserempak dengan suami Nana tengah makan. Kami pun ikut duduk kat situ sebab tak boleh tengok Nana yang masih di bilik bersalin lagi. Kami tumpang minum-minum he he

Itulah mak dan abah Che Mid..Dekat 30 minit juga di situ, kami pun ikut naik ke tingkat satu. Rupanya Nana tak boleh keluar ke wad biasa lagi, misi kata belum dapat bilik lagi.

Maka kami pun berlepak-lepakan di bilik menunggu....perasaan risau dan bosan menjelma balik..Atuk duduk ikut suka dia..maklumlah dalam bilik bertutup dan takde orang lain..suka hati la bah...

Deeja? Tak usah ceritalah...bilik ini ana yang punya ha ha..tudung pun dah senget benget..


Baring pulak...


Bergolek-golek atas sofa tu


Menonggeng pulak..Mak nenek dah tak sedap hati..ini mesti ada yang tak kena dengan Nana ni..


Hampir satu jam menunggu..akhirnya kami dapat masuk ke bilik Nana. Terlalu lemah si Nana tu. Rupanya dia tumpah darah...menyusukan baby pun tak larat buka mata..tapi baby pandai hisap susu..amazing kan baru beberapa minit lahir dah tau menyusu ibu..


Barulah nenek boleh tersenyum lega..bila dapat menatap wajah cucu ke 25 nya tu..


Inilah dia Ainul Mardhiah bt Hermei..

Seronok sangat dapat teman mak ke hospital. Merasai saspennya menerima berita kelahiran cucu.  Ya lah..walaupun dah banyak kali menerima cucu..rupanya risau dan saspen tetap ujud juga..

Kita nanti pun macam tu juga kut kan...




8 comments:

  1. Assalamualaikum CM..dah lama tak jenguk sini..tambah lagi orang baru...meriahlah keluarga besar CM..dpt ank buah..maknya dpt cucu..raya tahun ni bertambahlah sampul raya..:)

    ReplyDelete
  2. kaknoor pun lama tak singgah sini, nak tengok orang baru lah, best nya wangi baby baru lahir tu CM kan..

    ReplyDelete
  3. Tahniah....seronok kan dapat org baru dalam family...Ida tak boleh view gambar2 tu la Che Mid huhu...nanti nak try buka lain..kot2 boleh ^_^

    ReplyDelete
  4. tahniah che mid..

    betul la.. satu dua jew pic ug boleh tgk.. yg lain xboleh

    ReplyDelete
  5. Macam itulah kalau dah bergelar ibu/nenek selagi ada anak atau cucu nak bersalain selagi itu suspen menanti debaran kelahiran suatu yg sukar ditafsirkan CM. Murah rezeki CM pun anak merasakannya.. mana tahu akhir tahun ini nak jadi nanny..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah bertambah keluarga mesti seronok bukan saja nenek n atuk tapi seluruh keluarga.

    ReplyDelete
  7. Salam. lama x menyinggah ke sini dek busy... seronok bau2 baby ni tahniah CM

    ReplyDelete
  8. seronoknya nenek berpeluang dpt menyambut kelahiran cucu....
    moga abah dan mak che mid dapat jumpa cicit nanti...in sha Allah

    ReplyDelete