Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 20 November 2015

Zaujiku

Assalamualaikum sahabat ahli syurga sekalian

Sejarah percintaan kita
Tak seindah orang lain
Penuh liku dan airmata
Hampir putus di hujung jalan
Kau pernah hilang pekerjaan
Leherku pernah dihinggap pisau
Demi menegak sebuah ketulusan

Diijabkabul dalam kekurangan
Hati berbaur bahagia dan sayu
Memulakan rumah tangga
Tanpa apa-apa harta
Tapi kau bawa Firdaus
Di sisiku ada Farhan

Pernah kawan datang bertandang
Sedih melihat keadaan kita
Cuma karpet lama menghias ruang
Tapi kita tetap ketawa riang

Perlahan menapak alam rumahtangga
Satu tangga ke satu tangga
Berbaur suka dan duka
Farah dan Faris menambah ceria
Faiqah Khadeeja melengkap cerita
Dan Firdaus pergi dulu bertemuNya

Kau bukan yang pertama
Insyaallah kau yang terakhir
22 tahun bahagia tercipta
walau tidak sesempurna mana

Satu hari kebahagiaan ini akan terhenti sementara
Relakan aku pergi selamanya
Kita jumpa semula sebagai bidadari syurga
Di sana kekal selama-lamanya

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 23 tahun zaujiku Fazli Husain..

Permata hati dari kiri : Farah, Farhan, Faris (riba) dan Firdaus (anak tiri tercinta meninggal 2004)

Bidadari kecil kami - Faiqah Khadeeja.. 5 tahun 

23 tahun - semakin teguh


Ya Allah.. Bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.

25 comments:

  1. Sedih baca nukilan Che Mid..
    Semoga ikatan ini berkekalan hinnga ke syurga..
    Selamat ulang tahun perkahwinan Che Mid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah cemburu dengan orang lain.. kenapa lah orang lain boleh je bercinta sekali terus kahwin dan bahagia.. kenapa aku ni diuji begitu sekali. Tapi sekarang syukur sangat2.. Allah mahu kita susah dulu. manisnya sekarang

      Delete
  2. selamat ulangtahun che mid..moga kekal hingga jannah..
    terharu lak bc nukilan indah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Robb. Allah maha tahu apa yang terbaik buat hambanya..

      Delete
  3. Selamat ulangtahun cik mid,moga Allah akan memberikan kebahagian hingga ke Jannah.
    Terharu baca catatan cik mid tentang nostalgia silam....liku2'itulah sebenarnya jalan menuju kebahagiaan kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Saniah.. kena sabar banyak-banyak..

      Delete
  4. amin..amin..amin..moga rumahtangga akak dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  5. Terharu sekali saya che mid! tahniah atas ketabahan mengharungi segala rintangan demi sebuah cinta dan kasih yang di perjuang dan di pertahankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaikan sebuah novel kehidupan. Memang teringin mencoret dalam blog ini sebelum menutup mata, buat tatapan dan pedoman anakcucu. Bukan mahu membuka aib, tetapi mengongsi pengalaman yang mungkin orang lain boleh belajar darinya..

      Delete
  6. Begitulah adilnya Robbuljalil
    Setelah puas dibebani ujian
    cahaya indah menyusul lebih panjang nikmatnya
    selamat ulangtahun perkahwinan dari kakak.
    Barokallah..

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH...SELAMAT ULNGTAHUN PERKHWINAN...PENGALAMAN PAHIT KEHIDUPAN JADIKAN KENANGAN MANIS INSYAALLAH....

    ReplyDelete
  8. selamat ulang tahun cikmid, semuga kekal bahagia sehingga ke jannah..

    ReplyDelete
  9. Che Mid..kita adik zaidi lah Che Mid.. ;)

    ReplyDelete
  10. Selamat ulangtahun perkahwinan...moga berbahagia hendaknya

    ReplyDelete
  11. Tahniah Che Mid...Selamat ulang tahun perkahwinan...

    ReplyDelete
  12. Happy anniversary Che Mid...
    Moga berbahagia hingga ke Syurga.

    ReplyDelete
  13. Happy belated anniversary che mid semoga berbahagia dan kekal selamanya.

    Sedih kak Zai baca.

    ReplyDelete
  14. semoga jodoh hingga ke jannah..amin..

    ReplyDelete
  15. Salam n happy Monday. tahniah che mid, mog kekal bahagia hingga syurga yer amin2

    ReplyDelete
  16. Senyuman manis terhias di bibir cuba menghapus susah-payah yang hadir..
    Moga Che Mid dan hb kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah kak.. Tahniah ya..moga terus berkekalan hingga ke syurga..bahagia selamanya...amin..amin

    ReplyDelete