Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 19 November 2015

Lempeng Pecal Getok Sri Kempas

Assalamualaikum sahabat ahli syurga semua..alhamdulillah sihat nampaknya ya..Kita cakap pasal makan la ari ni. Tambah-tambah musim-musim hujan ni, perut lapo je kan.. Tengok tajuk pun dah ngada-ngada hiii..


Sebenarnya di sudut kampung Che Mid ni ada satu warung tepi jalan yang menjual makanan dan minuman dari pagi sampai petang. Che Mid baru je tau, mula-mula beli bungkus je bawa balik. Tapi perasan ada kerusi meja juga, maknanya boleh le duduk situ makan. 


Kuih muih macam-macam jenis yang bergoreng atau berkukus ada dijual. Pisang, tempe, keladi, sukun, keropok lekor, leher ayam, rangka ayam, tapai ubi dll memang nampak menyelerakan.


Ishh.. order air dulu. Teh tarik halia satu!!

Nak cerita ni, daya penarik di gerai ini ialah, antaranya getok ubi. Makanan Jawa dari ubi kayu yang direbus, kemudian di campur dengan kelapa parut dan gula serta garam dan ditumbuk. Selepas diacu dalam loyang, boleh diptong dan dihidang macam dalam gambar tu. Getok keladi pun ada. 

Lempeng kelapa


Ada empat jenis lempeng - lempeng ubi, kelapa, pisang dan lempeng kosong. Boleh makan dengan sambal tumis.

Semasa Che Mid singgah pertama kali dan "take away" je, Che Mid pos di fb..ramai gak yang tanya kat mana tempat ni dan kemudian ada yang pergi sendiri. Ada juga yang memang dah tau tempat tu. No hal.. pada Che Mid, sharing is caring. Takde niat langsung nak menunjuk-nunjuk ke hape. Siapa yang pergi silakan. Yang untung, tuan kedai..Che Mid tak dapat apa pun kan.. Kalau makanan dia sedap, apa salahnya kita bagi tau orang lain..tolong promosi sesama Melayu. 



Ok, back to our story mori.. satu hari Che Mid pun bawa mak dan adik bongsu, Nana, sarapan di sini. Anak-anak buah pun ada sekali. Seawal 7 pagi ada la nasi lemak, mi hun dll. Lempeng pun dah ada tapi cepat habis.

Suasana kampung yang mendamaikan. Gerai di bawah pokok-pokok. Sunyi dari hiruk pikuk pekan walaupun warung terletak betul-betul di tepi jalan.

Titi kecil di tepi warung..saja je bawak budak-budak ni berjalan atas titi..

Selepas pukul 10 pagi, menu tambahan dah siap. Antara menu yang terlajak laris ialah...jeng jeng jeng!!

Pecal oh pecal - campuran pucuk ubi, betik, kacang panjang, sengkuang dan mee.. fuhhh..memang 'perfect' rasanya. 

Mi kari ni pun sedap sangat. Tak berapa pedas. 

Soto spesel. Ada sambal kicap dah standby atas meja. Laksa pun ada, tapi tarak pikce. 


Ipar dan biras dari KL minta di bawa ke sini. Nak sangat makan lempeng selepas tengok dalam gambar. Disebabkan stok lempeng yang cepat habis, Che Mid sanggup datang awal pagi, bungkus lempeng, bawa balik rumah, pastu tunggu adik dan keluarganya sampai. Kemudian kami datang balik ke gerai ni, minta pinggan dan makan lempeng kat sini... Haaaa... haru ke tak haru. Mahukan suasana kampung yang original gitu..


Tengok tu.. Licin ke tak licin Afruz dan Daniel makan soto..

Makan macam-macam untuk 8 orang, cuma RM26.50.. Ayu kata," Murah gilerrrr". Ya lah..orang KL datang kampung memang le terasa beza harganya. Lempeng baru 50 sen. Kuih 5 ketoi RM2 tapi saiz besar-besar. 

Si ayah pilih untuk makan mi kari.. sedap sangat katanya. Awish kat sebelah pun ikut order mi kari juga.
Btw ; Tahniah pada Awish yang dapat 4A 1B UPSR, dan 7A UPSRA baru-baru ini. Budak yang sangat pendiam ni rupanya sangat pandai!!



Bergambar di rumah, sebelum balik ke KL. Kami makan di gerai tu dari pukul 10.30 sampai pukul 11 lebih. Pastu borak-borak dan makan waffle yang dibeli otw balik tadi dan apom lenggang yang Farah buat. Minum air sejuk dan teh panas. Sedar-sedar dah Asar.. tak makan nasik kami hari tu ha ha. Punya le kenyang sampai ke petang.

Dua beradik ni kalau berjumpa.. borak dari dalam rumah.. pastu luar pagar... pastu tepi kereta..tak habeh-habeh!!


3R - Roszana, Ruzita, dan Rozinah

Dannn.. hari Sabtu lepas, Che Mid datang lagi. Kali ni bawa geng bas sekolah. Ada yang dari KL dan ada yang duk sekampung tapi tak pernah sampai ke warung ni. Rupanya belah petang lagi ramai kasteme.. tak cukup tempat duduk!


Si tudung hitam ni, pertama kali medang-medang dengan kami.. nama je sekampung tapi tak pernah jumpa..


Kenangan minum petang di Warung Sri Kempas. Suami dan anak-anak tak masuk gambar, kecuali anak daraku yang bertudung pink tu.


11 comments:

  1. Memang murah tu che mid...
    Disini lempeng pisang 80sen sekeping..
    Rasa nak kesana pulak mkn getuk ubi tu..
    Sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap makanan kat warung ni ,kalau tidak masa kan cik.mid datang lagi dan lagi.....Memang terbaik idea empunya warung ni menyediakan makanan kampung , ramai yang suka tentunya.

    ReplyDelete
  3. CM, saya nak ke Lumut Sabtu ni. Nak ikut jln tepi pantai. Agak2nya saya lalu x kedai ni? Aduhai...sedapnya.nampak.lempeng tu. Dgn getuk..soto lagi. Tp yg paling spesel...pecallll!!!

    ReplyDelete
  4. Wah seronok betul baca cerita CikMid. Naik rindu yang teramat sangat kepada kampung. Rasa teringin macam orang mengandung pulak... Seronok keadaan kampung yang tenang.

    ReplyDelete
  5. ANAK2 KAK SUKA BALIK KAMPUNG SBB KATANYA SENANG NAK CARI MAKANAN SEDAP N YAKIN SAPA YG MENJUALNYA...KALAU KAT BANDAR NI NTAH SIAPA2 ...MAHALNYA XSEPADAN KUALITINYA..

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Sekarang ramai yang mencari makanan kampung. Harga dahlah murah rasa sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  8. Samalah macam bunda... kalau balik kampung suka ajak adek dan bapak ke pekan Ahad... kat sana banyak makanan dan kuih muih tradisi...yg jarang nak jumpa kat bandar... kalau ada pun tak sama dari segi rasanyer...

    Lagi satu bunda suka beli ikan pekasamnyer... memang terbaik...

    ReplyDelete
  9. Samalah macam bunda... kalau balik kampung suka ajak adek dan bapak ke pekan Ahad... kat sana banyak makanan dan kuih muih tradisi...yg jarang nak jumpa kat bandar... kalau ada pun tak sama dari segi rasanyer...

    Lagi satu bunda suka beli ikan pekasamnyer... memang terbaik...

    ReplyDelete
  10. ingatkan jauh kak mid pergi rupanya kat jalan kempas jew...leh lah pergi nanti...

    ReplyDelete
  11. Video Gaming History of video games, the first true video
    The third year of video gaming's history will youtube mp4 be remembered as the second of the best video game kadangpintar consoles available in the market. 1xbet It was the first console to

    ReplyDelete