Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 27 December 2015

Jalan-jalan Mersing

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian

Tentu ramai yang sedang bercuti-cuti Malaysia atau balik kampung kan. Che Mid dan keluarga tak kemana-mana cuti ni. Tapi dah berjalan-jalan ambil angin pada 11 Disember lepas sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.


Pukul 9 pagi kami gerak ke Kuala Rompin untuk mencari udang galah. Ibu teringin sangat nak makan, walaupun tahu jarak dari KL ke Kuala Rompin tau jauh sangat. 


Bekal kami - Roti jala, kari sardin, nasi lemak, sambal tumis dan sayur. Cadangnya untuk makan di bilik penginapan nanti. Sukun goreng ni untuk kunyah-kunyah dalam kereta.


Kami ikut jalan Seremban - Kuala Pilah - Bahau - Rompin - Muazam - Kuala Rompin . Sepanjang jalan sentiasa ditemani hujan lebat.  Tiba di Leban Chondong Kuala Rompin hampir pukul 3 petang. Semua dah kelaparan. Tadi nak berhenti untuk makan bekal yang kami bawa, macam takde tempat untuk berhenti. Lagi pun hujan merata-rata. 

Kami makan nasi hidang je lah di salah satu gerai. Ini daging gulai tapi pekat. 

Siput sedut kegemaran Farah dan Abahnya. 

Masak lemak labu 

Ini dia udang galah lemak cili padi. Sekil0 RM85.  Sayang sekali, menantu yang sedang 5 bulan mengandung alah pada makanan laut. Tak sampai hati nak beria-ia makan udang ni. Jadi cuma ambil setengah kilo je. Memang sedap udang galah ni. "Fresh n juicy" gitu... Tapi anak-anak tolak kepala udang kat ibu. Ibu sorang telan otak udang... aduiii cepat muak le.. ha ha. Apa pun, tercapai hajat makan udang galah Kuala Rompin, tapi rasanya masak sendiri lagi sedap kut....


Kami tiba di Air Papan Neach Resort, Mersing, Johor lebih kurang lepas Asar. Check in di Family Room berharga RM265/ malam. Simple tapi luas dan sesuai untuk kami bertujuh. Ini pemandangan dari pintu masuk. 

Dua katil di luar. Jap lagi kami tolak dua-dua katil ke tepi dinding. Berlonggok bergolek ramai-ramai nanti ha ha

Ini bilik tidur utama. Kami beri peluang Ayan dan Epa tidur di sini. Menantu ibu ni, masih malu-malu dengan kami. Biarlah ada privasi sikit.

Penat berkereta, akhirnya sampai juga ke Mersing ni. 

Dari tingkap bilik kami.. 



Lepas solat jama' Zohor dan Asar, mulalah sesi bermain pantai... lebih pada melayan si Deeja.

Pantai Mersing ini sunyi dan nyaman je. Tak ramai orang datang.. mungkin sebab kedudukan Mersing yang tidak melalui lebuhraya utama menyebabkan ia tak berapa popular. Tak tau lah, kalau masa kami datang je tak ramai... sebab musim hujan pun ya juga.

Dengan boyfriend-boyfriend

Dengan dara dan bakal mak dara.. eh ke mak bujang.. he he.. dah mula nampak perut tu kan..

Ibu nyibuk je kat belakang tu..

Abang teman adik main pasir.. sian adik takde kawan baya-baya dia..

Suka betul dapat baring-baring atas pasir...

Dapat air laut-laut sikit-sikit pun jadilah...


Pastu kutip cengkerang..

Cinta-cinta hati bunda..

Anak menantu bunda..

Menanti senja berlabuh di Air Papan



 Lepas Maghrib kami makan malam dengan bekalan - roti jala kesukaan Ayan, cicah kari sardin dan nasi lemak,

Ayam masak campak-campak dan buncis goreng pun ada.


Kemudian kami sekeluarga berkaraoke selama 2 jam. Masing-masing bawa lagu kegemaran masing-maisng. Pastu balik bilik dan tidur.

Hari ke 2 pagi, sambung mandi-mandi lagi.

Buli adik...

Abahnya pun sibuk jugak..


Dah jadi duyung..

Abang Aish tolong angkat..

Check out pukul 12 tengahari. Ingatkan ak bermalam di tempat lain tetapi sebab hujan sepanjang jalan, tak boleh nak menyinggah-nyinggah, akhirnya abahnya buat keputusan untuk balik terus ke rumah. Memang tak best tapi faktor cuaca menyebabkan kami terkurung dalam kereta. Waze dan maps tidak banyak membantu. Ada tempat yang kami nak singgah, tapi 'maps' paksa kami berpusing di round about yang sama berulang kali.  Keadaan jalan raya kadang-kadang merbahaya juga buat rasa 'takde mood' untuk berantai-santai cuti.

Kami meredah hujan hampir keseluruhan perjalanan dari Mersing ke Pasir Gudang. Sampai Pasir Gudang, kami isi perut di Restoran Kampungku di Tesco Seri Alam. Kali kedua datang ke restoran ni, memang sedap-sedap masakannya. 

Faris makan ayam penyet



Pengat labu


Farah's feveret - Nasi Goreng USA


 Epa dan Ayan pilih mee hailam dan apa ntah.. dah lupa..


  Budak kecik ni memang buah hati abah



Kuat menyakat jugak..

 Kakak Farah makan chocolate oreo crepe

Lepas makan, kami ronda-ronda di jalan lengang ni sebelum hantar Farah balik ke UITM

 UITM Pasir Gudang - berhenti solat

My heroes


Faris!! Tepi sikit.. 

 Minit-minit terakhir sebelum adik berpisah dengan kakak

Bye bye kakak..

Itulah cerita cuti-cuti kami yang takde apa yang syoknya pun. Tapi kebersamaan sesama ahli keluarga itulah yang sangat-sangat mahal. Alhamdulillah Ya Allah..

23 comments:

  1. Seronok tengok satu keluarga pergi jalan-jalan bersama, iratkan hubungan siratulrahim kasih dan sayang. Pantai tu pun sangat cantik, awan cantik, ikan duyung seronok bermanja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tahun depan ada ahli baru mak long.. cucu pulak. Aamiin.

      Delete
    2. Amiin. Muda-muda dan nak jadi tokmak. Lagilah meriah keluarga bila sampai si kecil nanti. Alhamdulillah..

      Delete
  2. muat satu kereta lagi tu....mudah nak makan angin bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masih muat satu kereta 7 seater. Nanti ada cucu kena bawa bakul bayi, selit antara dua seat. Macam Deeja baby dulu he he

      Delete
  3. Pantai ni biasa nya padat dengan pengunjung cik mid...agaknya musim hujan kot sebab tu lengang.
    Sedapnya nampak makanan2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh gitu. Rezeki Che Mid dan family. Dah macam private beach pulak he he

      Delete
  4. Rindunyaaa saya dgn Mersing.
    Huaaa... nak nangis jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo... sekurang-kurangnya buat pengubat rindu laaaa..

      Delete
  5. Udang masak lemak dan labu masak lemak putih tu memang faveret bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi udang masak lemak tu tak macam yang kita selalu masak.. terasa sangat cincainya bunda..

      Delete
  6. Meluangkan masa bersama keluarga itulah saat yg bahagia kan che mid..
    Saya balik kg hubby masa 11.disember tu.. konon nak jalan2 Melaka tetapi hampa juga sebab hujan dan pergerakkan terbatas..
    Oh che mid sambil menghantar anak balik uitm..
    Memang besar udang tu .. geram tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, sambil menghantar Farah balik Uitm, tapi kami ambil jalan jauh la sebab ke Kuala Rompin dulu he he

      Delete
  7. Sebenarnya masuk hujung tahun ramai juga yg agak takut-takut main pantai sebenarnya CM. Kalau ke taman tema air rasanya mana-mana pun sesak cuti sekolah ni..

    Apa pun memang moment dgn keluarga itulah yg terindah. Apa lagi ada anak yg belum baligh macam Deeja tu best nak gomol-gomol:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. tak kisah le kat mana pun kan. Janji sama-sama berkumpul. Itu yang penting..

      Delete
  8. sukanya tengok ukhwah sebuah keluarga. Moga che mid sekeluarga sentiasa dlam rahmat Allah.. Ameen

    ReplyDelete
  9. Baru tau kenapa CM nak gi Air Papan....nak menghantar anak ke UITM sekali yee...
    Pernah jugak saya sampai sini dulu CM, tp rasanya zaman kecik. Rombongan sekolah hihi...Lupa dah suasananya macamana. Bersih jugak pantai dia ye CM

    ReplyDelete
  10. Assalam. Menarik jugak pantai mersing ye. Boleh masuk envelope untuk jalan2 akan datang.

    ReplyDelete
  11. Berjalan satu kereta dah cukup puas rasanya, berbanding dua kereta.. baru havoc.. ;)

    ReplyDelete