Mula-mula nak tunjuk gambar persandingan saudara jauh sebelah abah. Asal Johor tapi menetap di Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Che Mid tak de le mengacara tapi temankan emak dan abah.
Tengok gambar pengantin di pelamin tu.. memang gah dan cantik sangat. Cuma ruang di depan pengantin terlalu sempit, jemputan yang nak merenjis terpaksa pusing belakang pelamin untuk turun. Sebelah tangga pulak di 'blok' oleh live band, agak sesak sikit laluan tu. Kami memang disambut meriah sangat. Dapat berkenalan dengan sedara mara yang tak pernah berjumpa sebelum ini.
Kami bergambar dengan tuan rumah dan adik beradik pihak perempuan. Balik dari Simpang Pulai kami 'singgah' di Cameron Highlands.. Pukul 11.30 malam baru sampai semula ke rumah.
Esok paginya, team Yahanana Events berada di Sek 6, Petaling Jaya untuk memeriahkan majlis walimatul urus anak kepada En Zaharudin yang bernama Muhammad Danial. Sayang sekali tak dapat bergambar dengan pengantin, dek sibuk 'bertugas'. Ingatkan sempatlah ambik gambar semasa akhir majlis, tapi rupanya fotografer dah bawa keluar untuk 'out door shooting'.
Seperti biasa kami buka majlis dengan lagu-lagu nasyid seperti Maher Zain dan Opick. Bila pengantin tiba, Che Mid dan Farah berselawat diikuti dengan paluan kompang menandakan pengantin tiba. Sejurus pengantin duduk di meja santapan, kami melagukan 'Selamat Pengantin Baru' diikuti dengan seloka pengantin yang merupakan latarbelakang dan kisah cinta kedua mempelai.
Sebenarnya, bapa pengantin sendiri yang menghubungi Che Mid untuk tempahan dan perbincangan tentang aturcara majlis. Kelakar juga, bila dia call Che Mid, Che Mid tanya, " Ni pengantin ke ayah pengantin?" sebab dengar suara macam suara orang veteran je.. he he. Tiada sanding-sanding, cuma makan beradab, ucapan-ucapan dan karaoke. Dalam gambar tu, En Zaharudin sedang berkaraoke khusus untuk pengantin. Sebelum itu, bapa saudara pengantin, Dato' Zubir, awal-awal lagi sudah ditempah untuk menyampaikan lagu Broerey Marantika.
Satu majlis yang santai dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat je Che Mid rasa. Bermula pukul 12 tengahari dan tamat pukul 4 petang. Jam 4.30 petang kami dah pun dalam perjalanan balik ke Klang.
Mulanya kami berasa semacam je bila khemah pa sistem dan emcee di letakkan betul-betul dilaluan masuk para tetamu. Selalunya kami ni diletak dihujung-hujung sikit, atau dekat dengan pelamin. Jadi tetamu akan lalu di hadapan kami dahulu sebelum ke meja masing-masing. Yang bestnya pulak, ramai yang 'menyinggah' di tempat kami. Ada yang memuji cara kami 'handle' majlis. Mereka kata, santai dan tak bingit.. Ada juga yang meminta kad nama dan beritahu tertarik denga stail kami yang lebih Islamik.
Esoknya, kami dapat panggilan telefon dari salah seorang yang wanita yang menjadi tetamu semalam tu. Dia kata, " Saya seorang emcee, biasa jadi emcee di hotel-hotel dan saya ada ramai kawan-kawan emcee. Tapi you ada kelainan dan saya suka suara you". Subhanallah, teruja sangat dengar orang yang 'pro' berkata macam tu. Sapalah Che Mid ni, dibandingkan dengan dia kan. Tapi, dah rezeki Allah nak bagi, dia terus confirm untuk tempah Yahanana Events sebagai pengacara dan sistem pa sekali sempena majlis persandingan anaknya bulan Jun nanti.
Insyaallah, untuk bulan Mei, Che Mid dah pun terima tiga tempahan - 12, 18 & 19 Mei. Untuk bulan Jun pula dah ada dua tempahan setakat ini iaitu pada 1 dan 8 Jun 2013. Jadi, pada kengkawan yang nak rekemen pada sedara mara ke atau diri sendiri.. pada tarikh-tarikh yang lain, sila lah..boleh le hubungi Che Mid di 013-3672459 ya! Janji ditepati, kawan blogger didahulukan!



