Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 24 April 2013

Sup tomato versi Che Mid

Jom makan..


Terpengaruh dengan follower baru dari Turki ( tak tau nama dia sbb tak faham bahasa Turki kan..) Che Mid terbaca entri tentang sup tomato. Dia bubuh sosej.. Che Mid guna apa yang ada..

Mana tau ada sesiapa yang teringin nak cuba, resepi cincai ni.. jom tengok bahan-bahannya:-

Bawang besar ( dua biji) dan bawang putih (dua biji)
2 biji kentang, 3 biji tomato yang agak besar, 2 keping tauhu biasa,
1 paket fish ball, air rebusan daging, kiub ayam, daun pasli, garam dan gula

Caranya :-

Tumis dua biji bawang besar yang di potong dan dua biji bawang putih dalam minyak sayuran.
Masukkan dua biji kentang yang dipotong dadu, biar sehingga agak empuk.
Tambah secubit mix herbs dan separuh kiub ayam
Masukkan dua cawan air stok daging (kebetulan periuk sebelah tgh rebus daging)
Masukkan dua biji tomato yang dikisar halus
Masukkan sebiji tomato yang dipotong kecil-kecil
Biar sehingga kentang sedang elok empuknya
Masukkan 2 keping tauhu yang telah di potong kecil dan di goreng separuh garing (utk elak pecah-pecah)
Masukkan fish ball yang telah dipotong
Perasakan dengan garam dan sedikit gula
Bila kuah agak pekat, taburkan dengan daun pasli. Siap!


Inilah hasilnya.. memang sedap. Makan sebagai appetizer makan cicah roti atau makan macam tu saja. Untuk ibu-ibu dalam pantang, boleh la cuba.. yang tak pantang tak usah tanya.. 

23 comments:

  1. Cik Mid agaknya rasa sup ni masam2 gitu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. masam2 sikit, tu sebab che mid bo gula sikit.. utk seimbangkan rasanya..

      Delete
  2. Nampak sedap nie kak..nanti berpantang nanti nak cuba jgk nie...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah, buat tukar-tukar selera.. tak le ituuu je..

      Delete
  3. err...sesuai tak dengan selera Jawa kita, CM? Macam nak kena campak cili padi jer dalam tu...hehehehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. tentu mengancam bila ada cili padi potong-potong...

      Delete
  4. Patut pun tomatonya tak nampak dah kena blendar. Kakak tak pernah buat ni CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM pun pertama kali cuba.. not bad bagi orang yang tak suka masam sgt .. tak seperti tomyam yang pedas dan menyengat, sup ni sedang elok masam, lemaknya..

      Delete
  5. Replies
    1. Ha, boleh suruh orang rumah buatkan nanti..

      Delete
  6. Sup bega sendiri.. eh, ada ke perkataan bega ni..hi hi

    ReplyDelete
  7. salam che mid,

    wah..mmg lain dari lain..

    kita minat mencuba resepi yg lain mcm ni..thanks

    ReplyDelete
  8. nengok je saya dah tau sedap che mid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terer ya.. nengok je dah tau jantan betina ait...

      Delete
  9. Kreatiflah Cik Mid. Nampak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. tiru resepi orang je .. jadi kreatif sebab tak cukup bahan, guna apa yang ada..

      Delete
  10. Kalau masuk segmen ujian cita rasa Chef Jo ni, kalah semua peserta masterchef selebriti tu...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwang kwang kwang... pasta tak pasti ha ha

      Delete
  11. masam gitu ya che mid...rasa2 boleh masuk tekak saya. resepi pun simple je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak le masam macam tom yam tu, tapi boleh la utk elak cepat loya..

      Delete