Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 30 April 2013

Walimatul urus Muhammad Danial Zaharudin dan Syarifah Nadia

Salam.. lama tak update al-kisah pengacaraan .. bukan apa.. asal nak tulis je, tertulis lain.. nak upload gambar pengantin tertengok gambar lain.. las-las, sebulan gak terpendam cerita kawen-kawen ni.

Mula-mula nak tunjuk gambar persandingan saudara jauh sebelah abah. Asal Johor tapi menetap di Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Che Mid tak de le mengacara tapi temankan emak dan abah. 

Tengok gambar pengantin di pelamin tu.. memang gah dan cantik sangat. Cuma ruang di depan pengantin terlalu sempit, jemputan yang nak merenjis terpaksa pusing belakang pelamin untuk turun. Sebelah tangga pulak di 'blok' oleh live band, agak sesak sikit laluan tu. Kami memang disambut meriah sangat. Dapat berkenalan dengan sedara mara yang tak pernah berjumpa sebelum ini.

 Kami bergambar dengan tuan rumah dan adik beradik pihak perempuan. Balik dari Simpang Pulai kami 'singgah' di Cameron Highlands.. Pukul 11.30 malam baru sampai semula ke rumah. 


Esok paginya, team Yahanana Events berada di Sek 6, Petaling Jaya untuk memeriahkan majlis walimatul urus anak kepada En Zaharudin yang bernama Muhammad Danial. Sayang sekali tak dapat bergambar dengan pengantin, dek sibuk 'bertugas'. Ingatkan sempatlah ambik gambar semasa akhir majlis, tapi rupanya fotografer dah bawa keluar untuk 'out door shooting'. 

Seperti biasa kami buka majlis dengan lagu-lagu nasyid seperti Maher Zain dan Opick. Bila pengantin tiba, Che Mid dan Farah berselawat diikuti dengan paluan kompang menandakan pengantin tiba. Sejurus pengantin duduk di meja santapan, kami melagukan 'Selamat Pengantin Baru' diikuti dengan seloka pengantin yang merupakan  latarbelakang dan kisah cinta kedua mempelai.


Sebenarnya, bapa pengantin sendiri yang menghubungi Che Mid untuk tempahan dan perbincangan tentang aturcara majlis. Kelakar juga, bila dia call Che Mid, Che Mid tanya, " Ni pengantin ke ayah pengantin?" sebab dengar suara macam suara orang veteran je.. he he. Tiada sanding-sanding, cuma makan beradab, ucapan-ucapan dan karaoke. Dalam gambar tu, En Zaharudin sedang berkaraoke khusus untuk pengantin. Sebelum itu, bapa saudara pengantin, Dato' Zubir, awal-awal lagi sudah ditempah untuk menyampaikan lagu Broerey Marantika. 

Satu majlis yang santai dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat je Che Mid rasa. Bermula pukul 12 tengahari dan tamat pukul 4 petang. Jam 4.30 petang kami dah pun dalam perjalanan balik ke Klang. 

Mulanya kami berasa semacam je bila khemah pa sistem dan emcee di letakkan betul-betul dilaluan masuk para tetamu. Selalunya kami ni diletak dihujung-hujung sikit, atau dekat dengan pelamin. Jadi tetamu akan lalu di hadapan kami dahulu sebelum ke meja masing-masing. Yang bestnya pulak, ramai yang 'menyinggah' di tempat kami. Ada yang memuji cara kami 'handle' majlis. Mereka kata, santai dan tak bingit.. Ada juga yang meminta kad nama dan beritahu tertarik denga stail kami yang lebih Islamik. 

Esoknya, kami dapat panggilan telefon dari salah seorang yang wanita yang menjadi tetamu semalam tu. Dia kata, " Saya seorang emcee, biasa jadi emcee di hotel-hotel dan saya ada ramai kawan-kawan emcee. Tapi you ada kelainan dan saya suka suara you". Subhanallah, teruja sangat dengar orang yang 'pro' berkata macam tu. Sapalah Che Mid ni, dibandingkan dengan dia kan. Tapi, dah rezeki Allah nak bagi, dia terus confirm untuk tempah Yahanana Events sebagai pengacara dan sistem pa sekali sempena majlis persandingan anaknya bulan Jun nanti.  

Insyaallah, untuk bulan Mei, Che Mid dah pun terima tiga tempahan - 12, 18 & 19 Mei. Untuk bulan Jun pula dah ada dua tempahan setakat ini iaitu pada 1 dan 8 Jun 2013. Jadi, pada kengkawan yang nak rekemen pada sedara mara ke atau diri sendiri.. pada tarikh-tarikh yang lain,  sila lah..boleh le hubungi Che Mid di 013-3672459 ya! Janji ditepati, kawan blogger didahulukan!


29 comments:

  1. Assalamualaaikum...
    Teringin sgt nak tengok Che Mid mengacarakan majlis-majlis perkahwinan tu, tapi entah di mana.

    Yg dah pasti semua pengantin akan terkeseng-keseng.
    Terutama pengantin perempuan apabila diusik-usik oleh Che Mid.
    Terkeseng-keseng dalam kamus Dewan bbermaksud TERSIPU-SIPU MALU Che Mid....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. adui.. lari jauh dari apa yang Che Mid teka.. terkeseng-keseng jadinya..

      Delete
  2. Alor... Bila nak tgk che mid jadi emcee ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ada rezeki nanti.. mana tahu, salah satu majlis yang Lala hadir, rupanya Che Mid ada di situ..

      Delete
  3. ala...majlis kawin2 ye, esok cuti seharipun dah ada undangan ni, belum cuti sekolah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti Hari Pekerja dan selamat makan nasi minyak..

      Delete
  4. Kalau koi yang jadi emcee.Kompom koi MC.
    http://watikahsenja.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha.. konpom mc ya.. ala anggap orang ada depan kita tu budak-budak tadika jee.. hik hik

      Delete
  5. pengantin zaman saya dulu, lepas majlis kena cuci periuk belanga knduri..pengantin zaman la, dah hilang ambil gambar di luar...
    moga che mid terus sukses...tunggu anak saya kahwin 15 tahun lagi, heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. macam tak puas kan tengok pengantin.. Che Mid tak berapa minat bila pengantin buat outdoor pd hari yang sama..

      Delete
  6. betul tu pengantin sekarang lepas bersanding tak sempat beramah tamah dgn hadirin...dah lepas ke lokasi shoot gambar kat luar, tak puas2...itu yg berduit lah..yg kurang berduit tu tak jugakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul Raja Sehari he he, gunakan kesempatan sepenuhnya bila sedang berbusana pengantin. Teringat Che Mid pada kata-kata seorang jurugambar di majlis tersebut, " Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil gambar terbaik walaupun majlis tak seberapa.." Sesuatu yang berharga utk direnungkan..

      Delete
  7. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad.

    Terima kasih.
    ~Hijab valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, t kasih.. nanti Che Mid jenguh ya

      Delete
  8. bestnya makan kenduri.. sama la kazen kawen aritu, igt sempat la amik gmbar tgk2 dh hilang. semua sibuk shoot.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya, lain kali kita kena sambar pengantin cepat-cepat sebelum pengantin hilang dari pandangan..

      Delete
  9. wahhh baguslah che mid...
    bukan mudah nak cari eMCee & PA system yg islamik masa event2 penting macam kenduri walimatulurus ni ... kebanyakan mmg layan lagu2 macam2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami cuba tonjolkan imej bersesuaian dengan majlis dan elakkan perkara yang kita sendiri tak suka bila ke majlis orangkan..Alhamdulillah, setakat ini response sangat baik..

      Delete
  10. Air muka che mid yg sentiasa ceria, buat semua org terpikat.
    Bila buka mulut je, semua jatuh cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. orang kata bila tengok Che Mid sombong semacam, tapi bila Che Mid senyum.. nampak 'baik' he he..bila buka mulut.. semua lariiii.. he he

      Delete
  11. Akhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

    Semoga Che Mid terus berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ramai mendoakan tentu Allah makbulkan..

      Delete
  12. alhamdullilah...bahagia je rasa baca entry che mid ni...kali pertama berkunjung ke sini...teringin nak dengar suara che mid :) che mid lokasi di mana....salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih sudi singgah.. che mid di Klang .. semoga ukhwah terus terjalin hendaknya..

      Delete
  13. Saya pesan kat adik2, tolonggglah jangan lama2 di outdoor photoshoot. Ramai tetamu nak jumpa. Memang betul2 sekejap jer dia pergi jadinya..hehehehehhe

    ReplyDelete
  14. replica goyard bags replica hermes handbags k0e58a2l75 replica bags dubai replica bags manila visit this page j1l39r4z08 replica bags paypal accepted replica bags delhi other n1z03q3d81 replica bags qatar

    ReplyDelete