Gembiranya dapat jumpa lagi di sini. Sekarang Farah tengah cuti semester, jadi Che Mid ada masa lebih sikit untuk menghadap komputer ni, Insyaallah.
Baru-baru ini iaitu pada 5 April, persatuan taman kami mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimin dan Muslimat serentak. Ustaz pembimbing ialah Ustaz Ahmad Safuan bin Md Nayan dari JAIS.
Kedatangan amat-amat menggalakkan. Nampak tak kaki Deeja terjuntai atas riba abahnya...
Muslimat pun ramai juga yang hadir. Bagi diri Che Mid, kali ini dah beberapa kali hadir kursus macam ni, tapi kursus yang ini paling senang Che Mid khatam. Insyaallah lepas ni, Che Mid 'berani' dan boleh bantu uruskan jenazah. (Walaupun I ni jenis lemah semangat sebenarnya..) Tapi kena belajar juga ilmu Fardhu Kifayah ni kan, satu hari nanti ahli keluarga kita juga akan mati, (kalau tak kita mati dulu..)
Muslimat ada dua kumpulan, muslimin pun dua kumpulan juga. Ada yang sukarela jadi jenazah, tapi rugi lah tak dapat tengok praktikal kan..sebab asek tutup mata je. Pengalaman jadi 'jenazah' mungkin dapat lah ha ha
Orang lelaki pun belajar menggunting dan mengkafan jenazah juga..
Ada beberapa info yang Che Mid belajar dari kursus kali ini dan nak kongsi pada yang belum tahu ..meh baca..
Jika isteri yang memandikan jenazah suami, maka orang lain yang layak MEMBANTU isteri ialah anak-anak kandung, anak-anak susuan dan adik beradik perempuan suami. Adik beradik lelaki tak boleh lah, sebab boleh jadi fitnah pada isteri. Jika suami yang memandikan jenazah isteri pula, maka anak-anak kandung, anak susuan dan adik beradik perempuan suami yang boleh MEMBANTU. Maksudnya, hal-hal aurat si isteri/suami yang hidup dengan bukan mahram harus diambil kira. Sepatutnya juga pihak luar seperti ajk surau/masjid hanya bertindak sebagai mentor sahaja.
Satu lagi poin menarik yang tak pernah di'highlightkan sebelum ini ialah tentang badi mayat. Kebanyakan pengurus jenazah tidak mahu sangat bercakap soal ini sedangkan soalan tentang badi banyak ditanya oleh peserta. Sila baca..

Ustaz juga berpesan, kalau boleh jangan mengurus jenazah lewat malam sekiranya kita tidak tahu latar belakang jenazah tersebut. Ilmu yang kita ada mungkin belum cukup untuk menghalang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Terima kasih pada ustaz yang sanggup mengajar kami, walaupun dalam keadaan uzur.
Peringatan untuk diri sendiri - Mati itu pasti, alam kubur itu pasti... sudahkan aku bersedia untuk mati???









































