Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 28 March 2012

'Hilang' Kereta

Nak kongsi sikit salah satu pengalaman semasa menguruskan Perjumpaan Keluarga Che Mid tempoh hari.

Che Mid, Arni (sepupu) dan Nor (adik) ke pejabat katerer untuk membuat tempahan di Shah Alam.Tempat meletak kenderaan amat terhad lebih-lebih lagi di waktu makan tengahari menyebabkan kami meletak kereta di tepi jalan. Adik Nor yang keberatan terpaksa akur dengan pujukan kami kerana kami pun biasa buat macam tu. 

Perbincangan dengan katerer mengambil masa hampir satu jam, lebih kepada berborak, kerana tuan punya syarikat tu adalah jiran sekampung. Itu pun dia mengajak kami makan tengahari tapi kami menolak dengan baik kerana kesuntukan masa.

Turun dari pejabat katerer, adik Nor terus ke kereta, Che Mid dan Arni serta anak-anak singgah di restoran untuk tapau sedikit makanan. Selesai membeli, kami mencari-cari Nor dan keretanya tapi tak kelihatan.

Tiba-tiba terdengar suara Nor memanggil sambil berkata, " Kak, KERETA NOR TAKDE!!"

Macam tak percaya pun ada.. dalam banyak-banyak kereta kat situ, kereta Nor yang 'hilang'. 

Panik kami dibuatnya. Tengok muka Nor macam dah nak menangis sangat. Che Mid dan Arni dah rasa bersalah sebab kami berdua yang beria-ia nak Nor parking 'haram'. Aduii.. macamana ni.

Tak pasti samada kereta dicuri atau ditarik MBSA, kami menggaru kepala hilang punca.  Tiba-tiba Che Mid terfikir sesuatu lantas bertanyakan di mana Nor memarkir keretanya tadi. Che Mid berjalan perlahan-lahan ke tempat kereta sambil mata memerhati sekeliling kut kut ada tanda-tanda kereta dipecah atau apa-apa klu. Macam penyiasat pun ada. 

Akhirnya mata Che Mid tertumpu pada kun oren yang tertampal kertas kecil bertulis plat kereta Nor. Juga catatan bahawa kereta tu telah ditunda oleh MBSA kerana meletak kenderaan di kawasan larangan! Fuhh! Lega sedikit tapi satu hal lagi... Nor kena bagi tau supaya suami tentang hal tu. TAKUT!!

Akhirnya, keesokannya, suami Nor menuntut kereta tu dari MBSA dan dikenakan kompaun.. khabarnya teruk juga Nor kena bebel.. kesiannn...



22 comments:

  1. salam kak mid...miss kak mid so much..senyap sungguh la..:) harap rajin meng update lepas kesibukkan menguruskan gathering hari tu ya..:)
    peluk cium untuk deeja yang lasak tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. ha ha rindu akak, rindu deeja.. emm..bestnya ada orang rindu...
      sedang cuba sedaya upaya utk meluangkan masa update blog utk tatapan sahabat-sahabat setia CM ni.. Insyaallah

      Delete
  2. sian pulak kannn.. tp dr ilang dilarikan org lg la kesian.. aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, memang panik dan kelam kabut dibuatnya. lepas kes tu, Che Mid segan bila bertembung dgn suami adik Nor..

      Delete
  3. salam cik mid...

    hadoiii, ntah berapa kompaun kena bayar tu kak..
    pastu balik rumah naik taxi ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bayar tetap bayar tapi Che Mid tak dapat kurang sebab suami dia tu SB.. kalau tak salah RM60..

      Delete
  4. lain masa dah tentu adik nor tu mau dengar dah cakal che mid..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, Che Mid pun tak nak advise dia supaya parking haram lagi... ha ha

      Delete
  5. ada tak dalam RM300 kena bayar kompaun? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai 300 sebab suami dia rayu bagus punya ha ha

      Delete
  6. Aslkm

    Sibuk?
    Adik ipar pernah hilang kereta. Pergi report, semak2 rupanya kereta kena tarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama

      Tu la kan.. nasib baik kena tarik je..

      Delete
  7. Salam CM

    Bunga sundal mlm yg mama tau lain, dia kecik tak menjalar-jalar. Tak taulah kot lain tpt lain nama.

    ReplyDelete
  8. hehehe.... kira ok lah tuh sbb tak hilang. kalau saya, maunya tak meraung kan?

    ReplyDelete
  9. haish..!.suspen sungguh cerita akak...Alhamdulillah mujur bukan hilang..

    ReplyDelete
  10. haish..!.suspen sungguh cerita akak...Alhamdulillah mujur bukan hilang..

    ReplyDelete
  11. Kakak terlambat komen CM...

    Baca N3 ini kakak dah agak mesti kereta dia kena angkut sebab salah parking.

    Kakak baca juga N3 yg terlepas tengok gambar-gambar keluarga yg berkumpul tu. Seronoknya tak terhingga. Tahu mesti CM keletihan tapi seronok tengok Deeja macam kata CM behave well dan pandai tak buka tudung pulak tu.

    ReplyDelete
  12. tragedi nak menimpa tak disangka2 yee...nasib baik tak hilang terus..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah tak dikebas perompak
    Kalau tak memang susah nak jumpa balik.

    ReplyDelete
  14. Tak mengapalah kena kompaun kan, asalkan bukan dicuri..kalau dicuri lagi banyak duit yang kena keluar..

    ReplyDelete
  15. ayooo.... kan dah kena tarik kak... heee3x... tak pee... MBSA tarik modal kecik... Kalau bank tarik lagi modal beso.... kalau pencuri tarik .... terus termenung kat tepi jalan ...

    ReplyDelete
  16. lain kali xmo parking kat tpt haram yer...hehe

    ReplyDelete