Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 17 May 2012

Saja-saja tulis rupanya...

Surau di taman Che Mid sedang mencari dana untuk memasang pendingin hawa. Mesyuarat hari Khamis lepas telahpun dibentangkan kedudukan penyata kewangannya, memang masih jauh dari mencukupi. Kalau boleh nak siap sebelum Ramadhan ni. Emm.. kena buat sesuatu ni..

Esoknya, tergerak hati nak usaha sendiri untuk membantu apa yang boleh. Nak bagi duit... dah bagi pun.. ciput je.. nak bagi banyak tak mampu...

Che Mid pun sesaja je taip dalam fesbuk. Camni..


Surau al-Faizin memerlukan dana bagi membeli alat penghawa dingin dan berharap dapat memasangnya sebelum Ramadhan. Duit terkumpul masih belum mencukupi. Jika ada sesiapa yang mahu bersedekah atau berzakat, boleh beritahu Che Mid melalui pm. Nanti Che Mid bantu uruskannya. Kalau dah niat tu, baik segerakan....
 ·  ·  · 11 May at 12:57 · 


Dalam masa setengah jam selepas tu, masuk satu komen..

Siti (nama pendek je)   :   Berapa unit diperlukan kak?
Che Mid                      :   4 unit.. 2.5hp..nak tau details call akak kat  1234567...

Petang itu juga Siti call Che Mid.

Che Mid                      :   (Ingatkan nak derma duit...sambil menerangkan kepada siapa yang patut
                                        ditujukan sumbangan tu...)
Siti                               :   Jadi macamana ??
Che Mid                      :   Camne.. macamana...? (Tak faham)
Siti                               :   KALAU SAYA PANGGIL KONTRAKTOR TERUS BOLEH TAK KAK,
                                        pihak surau tahu siap jee..
Che Mid                      :    Subhanallah.. Alhamdulillah... (Rasa nak sujud syukur , tapi dalam kereta
                                        masa tu... terkedu Che Mid )

Bila Che Mid beritahu ajk incaj.. dia pun tak habis-habis kata ALHAMDULILLAH...

Setakat yang Che Mid tahu hari ni, kontraktor nak datang pasang air cond. Tentu semua ajk surau terkejut dan bersyukur sangat atas sumbangan Siti.

Pengajarannya 1 - Jangan segan meminta sumbangan kalau tujuannya baik. Tugas kita berusaha dengan ikhlas tapi Allah yang beri petunjuk dan hidayah. Insyaallah, berkat usaha kita ini, orang lain juga beroleh pahala dan ganjaran dari Allah swt.

Pengajaran 2 - Usaha yang sangat mudah (seperti saja-saja tulis dalam fesbuk) mungkin boleh menjadi penyelesai masalah yang besar.. Subhanallah!

Untuk Siti, sekiranya membaca entri ini.. Allah akan menjaga mu, keluarga dan hartamu dik.. Ameen.


21 comments:

  1. terkedu gak kak...
    Alhamdulillah, kuasa Allah menggerakkan hati cik/puan Siti utk bersedekah...syukurr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sebenarnya ramai orang yang baik hati dan pemurah kat luar sana..cuma kita je yang rasa cuak dan takut-takut untuk meminta. Sedangkan pahala tu utk orang yang memberi kan..

      Delete
  2. rezeki namanya tuh kann.. alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mama.. rezeki tak terduga, utk surau akak dan juga Siti yang pemurah..

      Delete
  3. murah rezekinya...mudah2an Allah membalas pahala yang banyak niat murni Siti tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, mudah-mudahan juga Siti dan ramai lagi di luar sana akan terus bersedekah dan berzakat..bisnes terjaga, ummah terbela..

      Delete
  4. itulah yang Allah janjikan.... rezeki yang tidak disangka2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. Wa maiyattakillah ha yakh roju makh roja..

      Delete
  5. niat yg baik sentiasa dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kita je yang kadang-kadang teragak-agak atau terlalu banyak berfikir utk melakukan kebaikan..

      Delete
  6. alhamdulillah...berguna juga FB ni yer..Allah dh beri jlnnya

    ReplyDelete
  7. Terharu kakak CM... Siti memang insan yg bertuah dan beruntung kerana sedekahnya amat diperlukan. Bayangkan setiap jemaah yg menikmati keselesaan dek kerana adanya pendingin hawa itu ganjaran tertulis dan selagi ianya dipergunakan selagi itulah ganjaran tercatat... alhamdulillah... moga makin ramai 'SITI' diluar sana CM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie.. Che Mid dapat tahu, rupanya selama ni, dia memang selalu bersedekah ke surau kami..

      Delete
  8. Alhamdulillah..Moga Allah murahkan rezki siti..

    ReplyDelete
  9. saya pula yang rasa sayu sebab tak mampu nak berderma macam kawan akak..Moga2 Allah bukakan rezeki lebih luas untuk kawan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lina.. I rindu you la.... akak pun sama, tak mampu nak bagi banyak.. tapi niat dan usaha tu pun penting kan..berapa jumlah tak kisahlah...

      Delete
  10. replica bags joy this content n4y86g5p97 best replica bags online 2018 a fantastic read f5l98d6m60 replica louis vuitton replica bags dubai browse around these guys t2e96n3j96 best replica bags online replica bags nancy

    ReplyDelete