Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 19 July 2013

Anugerah Ramadhan untuk Mak



Hari ni Che Mid nak kongsi luahan hati tentang besarnya kasih sayang Allah pada hambanya yang tidak terhingga  lebih-lebih lagi sekiranya kita benar-benar berdoa dan berharap padaNya. Ceritanya macam ni..

Kisah pertama

Dua minggu lepas mak ke Klinik Desa Meru, saja-saja je pergi check-up walaupun mak takde sakit darah tinggi dan kencing manis macam kawan-kawan sebayanya. Cuma dia rasa ada yang tak kena dengan matanya tu.

Bila doktor periksa, terus di rujuk ke hospital besar untuk bertemu pakar mata. Katanya mata kiri mak ada katarak dan hampir tak nampak langsung dan mungkin kena bedah. Kalau boleh suruh mak naik ambulan terus ke hospital. Tapi mak tak mau. Ditemani dua cucunya, mak ke Hospital Sungai Buluh dan dapat tarikh temujanji.

Hari Selasa lepas,  Che Mid dan adik Nor sama-sama temankan mak. Deeja pun ikut gak.


Mak dah takut-takut walaupun wajahnya tenang je. Mak cakap, " Sakit tak kena bedah.." Alhamdulillah, doktor di Hospital Sungai Buluh cuma kata mak perlu TUKAR CERMIN MATA sahaja. Tambah power. Katarak memang ada tapi sikit sangat.. Allahuakbar.. leganya kami.. kelakar pun ada.. 

Kisah kedua

Mak, abah dan adik Lina merancang untuk ke Mekah menunaikan umrah. Dah berurusan dengan pihak agensi tapi asyik tunda tarikh. Sepatutnya sebelum puasa, tangguh ke awal puasa, pun tak dapat tarikh berlepas. Duit pakej pulak asyik minta tambah je. Bila mak mengadu, Che Mid kata, " Memang kerajaan Arab Saudi nak kurangkan jemaah masa musim puasa ni mak.." 

Tetiba adik ipar yang jadi polis SB bagi tau, ada seorang agen buat umrah kena tangkap kerana disyaki menipu bakal jemaah. Paspot pelanggan pun dah jadi bahan bukti dan disimpan di balai polis, termasuk antaranya kawan-kawan mak. Ya Allah, masa tu mak dah dapat tahu yang kemungkinan besar dia pun tak dapat pergi. Cuma abah sahaja yang belum diberitahu.. kesian.. (Kami sekeluarga selalu macam tu. Apa-apa hal atau masalah, selalu elakkan dari abah. Sebab abah ni cepat melenting dan panik, mak tu senang bawa bincang dan tak menggelabah, tapi Allah sahaja yang tahu apa dalam hatinya kan.) Duit dah bayar RM20,000 lebih!! Kalau betul kena tipu, memang tak dapat balik la duit tuuu..

Semalam, mak dapat panggilan memberitahu mereka semua akan berangkat ke Mekah ISNIN DEPAN. Allahuakbar!! Demi doa kami yang tak putus-putus terutamanya mak. Mungkin juga demi keikhlasan mak hantar juadah iftar setiap hari ke surau, demi mulianya Ramadhan ini.. sekali lagi Allah beri rezeki untuk mak dan abah. Jadual asal cuma merasa 2-3 hari berpuasa di sana, tapi Allah bagi rezeki mak dan abah ke sana hampir akhir Ramadhan.. Subhanallah! 





29 comments:

  1. Begitulah CM. Kita merancang tapi Alah juga merancang dan pastinya perancangan Allah adalah yg terbaik. Wamakaru wamakarollah. Wallahukhairul makirin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dan Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Agen umrah tu kata ada pelanggan yang maki hamun dia kerana rasa kena tipu.. dan orang itulah yang sampai hari visa tak lepas lagi..

      Delete
  2. Alhamdulillah..nasib baik mak Che Mid x tergolong dlm yg kena tipu tu..semoa dipermudahkan segalanya buat mak dan abah che mid..Selamat berangkat buat mereka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Kita sama-sama doakan segalanya lancar ya..

      Delete
  3. Kite hanya mamou merangcang. Hanya die yg menentukan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat dan perancanganNya lebih baik dari kita

      Delete
  4. Kisah pertama tu saya pelik bila org tu kata mak CM punya katarak dah teruk. Kalau teruk...hampir tak nampak tau. Betullah kata doktor Sg Buluh tu...hihihihi.

    Barakah Ramadhan untuk umat Islam yang ikhlas dan suci hatinya. Insya Allah di lindungi di dalam rahmatNya. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah le, kadang-kadang Che Mid klinik ni terover sikit, bukan apa mereka tak nak ambik risiko kemudian hari.. tapi syukurlah emak tak apa-apa..

      Delete
  5. subhanallah..cantiknya perancangan Allah buat mak che mid (muda lagi)..
    pasti ada amalan mak yang tersembunyi dari pandangan mata che mid.bukan takat hantar makanan ke surau saka. keikhlasannya diberi ganjaran serta merta oleh Allah.

    memang rata2 kita dengar jemaah umrah banyak tak dapat/belum dapat visa umrah bulan ramadan ni (termasuk suami saya)..syukur..rezeki berganda buat mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mak dapat beribadah dengan baik dan mabrur.. tak payah fikir tentang masalah matanya tu lagi ..lega betul!

      Delete
  6. syukur alhamdulillah... di dunia lagi mendapat balasan kebaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sebagai anak, Che Mid terus dapat tempias dari perbuatan baiknya tu.. Amin. Semoga Allah panjangkan umur mak..

      Delete
  7. Alhamdulillahrezeki mak ayah cm
    tang katarak tu.acik pun pernah dikata macam tu cm..pi hospital..siap ambik gambo macam xray tu la untuk mata lagi..tak de pun katanya..pi buat cermin baru je katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka.. elok le dia anggap teruk tapi tak teruk, jangan sebaliknya.. bahaya!

      Delete
  8. Mudah2an emak che mid sehat2 hendaknya sblum berangkat ke tanah suci.. Alhamdulillah tak perlu di bedah matanya.. emak saya dulu pernah bedah mata di salah sebuah klinik swasta dan alhamdulillah tak sakit pun dan beberapa jam selepas dibedah doktor kata mak boleh solat spt biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak CM ni tak pernah masuk hospital kecuali hal bersalin dan sakit orang pompuan je.. tu yang cuak jadinya..

      Delete
  9. salam CM..alhamdulillah kuasa Allah di bulan ramadan.segala kesukaran yang mak CM hadapi,Allah telah permudahkan.nasib baiklah mak CM tak terkena macam kawan2 lain tu(kesian diorang).


    owh abah mertua saya bulan lepas operate mata buang katarak,alhamdulillah semuanya berjalan lancar.kirim salam untuk mak CM ye dari kami kawan blogger ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Lea.. memang kesian pada sesiapa yang terkena tu.. simpan duit, pasang niat tapi Allah uji begitu. Semoga digantikan dengan yang lebih baik

      Delete
  10. Terkedu.. rasa nak pegi peluk Mak Che Mid...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluk Che Mid pun ok apa... wakil he he

      Delete
  11. Syukur Alhmdulillah...
    Allah telah permudahkan segalanya..dan semoga mak dan ayah CM diberi kesihatan yg baik..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. lega bacanya. Ya.. semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Semoga perjalanan ibadah mereka nanti dipermudahkan dan mendapat umrah yang makbul..amin....

    ReplyDelete
  13. salam akak...alhamdulillah mak akak tak kena operate. moga dia sentiasa sihat dan penglihatannya bertambah baik.

    ReplyDelete
  14. Kalau dah namanya rezeki tu CM...insyallah x kemana, sama kes dgn mak sy nak ke mekah tahun lpas, ikut agensi swasta...mmg penat nak menunggu kelulusan utk musim haji, tapi..itu la..rezeki emak...akhirnya...dapat juga..alhamdulillah sngt...sbb duit semua...dah kuar..takut orng tipu je kan...

    ReplyDelete
  15. Kita mampu merancang Allah yg menentukan segala2nya..
    CM masak apa hari ini...kalau sedap nk bawak mangkuk kosong niii...

    ReplyDelete
  16. mak mertua akak buah pembedahan mata pd hari pertama posa..ada katarak jugak...2 minggu takleh terkena air bahagian kepala,takleh tunduk..kena pakai spek hitam sentiasa...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah rezeki tu Cik Mid. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita, ujian yang di balas dengan kemanisan.

    ReplyDelete
  18. go now dolabuy.su go to these guys additional hints these details these details

    ReplyDelete