Mula-mula Che Mid berdiam diri sambil menyidai kain. Jarak antara kami tak jauh, cuma dipisahkan pagar dan longkang sahaja. Mereka bertiga pula rancak berborak sambil tangan bekerja. Dari segi rupa memang le tak boleh cam siapa mereka tu sebab badan bertutup dengan baju panjang, kasut but dan bertopi lebar. Tapi telinga Che Mid dapat menangkap bicara mereka rancak dan ceria dalam Bahasa Melayu.
Oh, orang Malaysia kita rupanya.. sedangkan pada mulanya mati-mati Che Mid anggap mereka itu 'orang luar' samada Indonesia atau Bangladesh! Terkejut sambil beristighfar dalam hati..
Memang selamanya Che Mid menyangka tidak ada lagi orang kita yang mahu bekerja seperti itu terutama bekerja tepi jalan sebagai tukang sapu atau tukang cuci longkang walaupun tentunya tuan kontraktor mereka orang tempatan. Astaghfirullah, ampunkan aku.. buruk silap sangka aku rupanya selama ini..
Alah, lepas tu Che Mid ikut sekali la berborak. Cakap pasal pokok ceri yang semakin banyak tumbuh di sekitar rumah.. pasal pahala kerja di bulan puasa.. ntah apa-apa lagi lah..( Che Mid baru tau, akar pokok ceri liar boleh menjalar jauh ke dalam tanah, sehingga melangkaui longkang dan naik semula ke atas menyebabkan tumbuh pokok-pokok baru. Che Mid ingatkan anak-anak pokok ceri yang mudah tumbuh berasal dari buah ceri yang bertaburan.. oh, aku silap lagi..sekarang ni ada pokok ceri tumbuh dalam kawasan laman rumah Che Mid pulak..)
Kelakarnya, tiba-tiba Deeja datang siap pakai sarung tangan yang abahnya guna untuk membuang rumput. Tersenyum-senyum dia tengok orang-orang tu buat kerja. Lepas tu Deeja 'hilang' kejap.. dan datang balik pakai topi pulak.. ikut style si tukang cuci tu la..
Gambar ihsan google.. (Che Mid cuba nak ambik gambar tadi tapi terlindung pokok dan dedaunan..tak jadik..)
Che Mid doakan semoga mereka bertiga dan semua Tukang Cuci dikurniakan kesihatan yang baik untuk berpuasa dan bekerja sekaligus di bawah cuaca panas terik, hujan atau jerebu sekali pun. Che Mid terbaca bagaimana ada orang menghina dan memaki golongan ini dan hampir melanggar mereka pun ada. Sedarlah kita bahawa tanpa mereka, siapa yang akan mengutip sampah dan mencuci longkang dan seterusnya mencantik dan menyihatkan sekeliling rumah kita? Mereka pun makhluk Allah yang sama-sama mencari nafkah halal demi sesuap nasi seperti orang lain. (Eh, terover la pulak..)
Salam ramadhan che mid..
ReplyDeleteBiasa lah kan salah sangka nie..tapi takper, asal kite sedar tarik lah balik..:)
Salam, moga Allah jauhkan kita dari dosa-dosa percuma ni.. Amin
DeleteSifat manusia memang begitu kan Che Mid. Lepas tu cepat2 istighfar.
ReplyDeleteYang buat Che Mid lebih terharu tu, dia orang bukan main ramah lagi.. tinggi budi bahasa disebalik penutup muka dan baju lusuh mereka tu.. Astaghfirullah..
DeleteKita ni selalu mendongak ke atas che mid, tu kadang2 kita terlupa apa ada dibawah kaki kita.
ReplyDeleteP/S dpt bayangkan comelnya deeja. Kalau ada gambar dia, mesti cute
Ha ha Deeja belum mandi lagi la Anim.. pagi tu Che mid ke surau bertadarus, dia tidur lagi. Balik dari surau, Che Mid sidai kain.. tu yang Deeja ikut main di laman..
Deletesalam ramadhan che mid...
ReplyDeleteselalu kan kita bersangka buruk kat org lain... minta2 dijauhi akal meliar menyusahkan diri kelak... :-)
Salam.. begitu lah.. tak pasal-pasal kita bersangka begitu.. masih ada orang Malaysia yang sanggup bekerja macam tu. Hati yang berbisik macam-macam..Namun memang Che Mid respek pada orang-orang macam tu
Deletesalam che mid,
ReplyDeleteorng melayu kita....sy mmg payah nak jumpa....yg ramainya india ada la kat tmpt sy ni..
Salam, memang pun.. rasanya boleh dikira orang macam tu kan..
DeleteAssalamualaikum Che Mid
ReplyDeleteBenarlah, setiap manusia ingin dihargai sebagai manusia.
Tak kiralah mereka itu siapa.
Kerana manusia inginkan pengiktirafan dan penghormatan
walau apa pun darjat dan pekerjaan mereka.
Rasulullah tidak memandang rupa dan latar belakang mereka.
Sebab itu Bilal yang hitam dan tiada apa-apa pun menjadi istimewa.
Tak semua orang berhati mulia seperti Che Mid. Sudi menegur dan berbual mesra dengan mereka pun dah cukup menggembirakan mereka.
ReplyDeleteOh, orang Malaysia kita rupanya.. sedangkan pada mulanya mati-mati Che Mid anggap mereka itu 'orang luar' samada Indonesia atau Bangladesh! Terkejut sambil beristighfar dalam hati..
ReplyDeletemaria b replicas ,
maria b replica wholesale ,
kobe shoes
ReplyDeletesupreme hoodie
kyrie 7 shoes
bape shoes
kobe shoes
curry 6 shoes
supreme clothing
fear of god essentials
goyard bags
fear of god essentials hoodie