Sabtu 5.00 petang.
Che Mid mula memandu dari Klang ke Sunway Resort & Spa. Ada tugas mengacara dan mesti ada di sana pada jam 6.30 petang untuk sesi taklimat sebelum majlis bermula pukul 7.30 malam.
Keadaan trafik di Lebuhraya Persekutuan lancar, takde masalah untuk tiba di sana pukul 6 petang. Tapi, itu bukan apa yang berlaku!! Aduiiii!!!
Che Mid terlajak jauh dari simpang naik ke Bandar Sunway. Tersesat hingga masuk ke Kerinchi Link... Lepas tu pusing balik ke hiway, tapi TER masuk simpang ke KWSP. Tak pe lagi la kan sebab dari KWSP tu ada jalan dalam ke Bandar Sunway.. Che Mid boleh terlepas lagi simpang bulatan ke Sunway Pyramid tapi menggagau mencari entah ke mana-mana. Sedar-sedar dah tiba semula ke susur Federal Hiway! Nak buat U-turn, polis sudah blok jalan sebab trafik semakin teruk. Ya lah, orang ramai keluar untuk berbuka puasa. Polis buat jalan sehala menghala ke KL, tapi Che Mid masuk ke Sg Way dan berhenti di hadapan rumah orang. Masa tu dah pukul 6.30. Pihak penganjur dah 'call' tanya kenapa tak sampai lagi!!!
Nampak hamba Allah ni nak masuk ke kereta, Che Mid panggil dengan muka cemas merah padam dah ni. " Dik, saya kena ada di Sunway Resort pukul 7.30, jadi emcee.. macamana saya nak ke sana?". Lelaki tu kata, " Ok, akak keluar dari sini, jalan terus bla bla bla.. " Che Mid potong cakap dia," Dik, saya dah blank ni..". Pandai adik tu pujuk, " Kak, tak pe .. akak dengar saya cakap..." Dan dia terangkan satu persatu.. Apa nak buat, kena ikut je la.. no choice maaaa...
Tapi Allah Maha Baik Hati. Dia bukakan hati lelaki tu untuk tolong. Kebetulan kereta dia di hadapan, tapi Che Mid terasa yang dia akan tunjukkan jalan. Jadi kita pun folo je la.. Memang betul, orang tu memandu hingga masuk hiway.. kemudian dia keluarkan tangan dari tingkap dan mengarahkan Che Mid untuk jalan terus... Sepanjang jalan, Che Mid berzikir dan berdoa, " Ya Allah, Kau tolong la aku demi pihak penganjur.. aku tak dapat bayaran pun tak pelah.. janji aku boleh sampai dan buat keja..".
Alhamdulillah, akhirnya Che Mid berjaya sampai ke hotel beberapa minit sebelum pukul 7.00 malam. Tekak terasa sangat kering, jari jemari sejuk. Bila tiba di pintu lif, si penjaga lif menyuruh Che Mid bertenang. " Tak pe Puan, tarik nafas panjang-panjang dulu.. saya bawa puan ke bilik tu ya.. tadi saya ke sana, mereka masih belum siap lagi puan..." Wah, bukan main baik lagi dia.. siap escort ke function room lagi..
Memang benar, pengurusan agak kelam kabut tapi team pa sistem sangat 'ngam' dengan Che Mid. Kami terus boleh kerja macam dah lama kenal. Tepat 7.30 majlis dimulakan dengan qasidah pembukaan dari Che Mid diikuti dengan azan Maghrib dan doa berbuka puasa dari salah seorang staff. Nak tau, majlis siapa? Jom tengok gambar!!
Majlis Berbuka Puasa D' Herbs Healthy Sdn Bhd!!
Selain dari berbuka puasa mereka juga mengadakan penyampaian bonus dan bermacam hadiah dan anugerah untuk kakitangan. Permainan dan cabutan nama bertuah pun tidak ketinggalan..dengan tema Hari Raya.
Jadi emcee pun boleh, jadi asisten pun ok je..
YBhg Dato' Aliff memang sporting habis.. Masa Dato' buat ucapan aluan, dia kata, " Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis, saya baru kenal dia 10 minit je.. tapi sangat talented.. wajahnya manis, suaranya pun manis.. terkesima saya.." Wah, semangat Che Mid yang tadinya terbang melayang entah ke mana dek kerana sesat barat dan jam sana sini, terus naik memuncak!!
Puan Has, staf D'Herbs yang 'menjumpai' Che Mid di Mudah.my. Terima kasih kerana sudi pilih Che Mid, dari berapa ramai deejay dan emcee di internet... itulah rezeki Allah namanya kan..
Fizi dari Adrenaline Production, PA Sistem
Bos Adrenaline Production, Azim. Mereka ni rupanya anggota band Nitrus, yang dah ada lagu sendiri. Che Mid sempat tengok video persembahan Nitrus band ni.. memang mantopp!!
Reaksi tetamu .. adalah tu yang mencuit hati..
Itu dia kisah Che Mid kali ni. Tu la degil, Che Abang kata nak hantar, Che Mid cakap tak payah..jimat kos..lagi pun tau jalan ke sana.. memang pun, dulu pun pernah buat function dan makan-makan kat tempat tu.. Apa pun, Alhamdulillah Ya Allah.. akhirnya semuanya berjalan lancar dan berjaya. Pelanggan pun happy. Dato' Aliff kata lain kali boleh panggil lagi!...
Ha, pada sesapa kat luar sana kalau teringin nak gunakan perkhidmatan Che Mid.. sila call 013-3672459. Harga spesel untuk followers tersayang!!
Alhamdulillah..akhirnya..che mid dan tetamu ceria
ReplyDeleteAlhamdulillah.. pengajarannya, kena bertolak lebih awal dan masukkan masa sesat barat dalam time management ha ha
Deleterezeki che mid tu kann...
ReplyDeletetu yg dapat 'menjumpai' Che Mid kat Mudah.my,..alhamdulliah...
selamat berpuasa che mid...
Ya, dan amanah kena buat betul-betul..
Deleteselamat berpuasa juga buat ain
nasib baik sempatkan..kalau sy pun mau lemah kepala lutut kalau tersesat camtu..
ReplyDeleteapapun selamat maju jaya buat Che Mid..:)
Lady driver la katakan..memang le cepat panik.. tu pun ada yang hon dan jeling menjeling tau..
DeleteBerdebar2 saya baca kak. Alhamdulullah sempat sampai kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kekecohan diperjalanan tidak mengganggu tumpuan kepada tugasan..
DeleteSeronok tengok che mid makin naik setapak..setapak lagi..dan lagi..dan lagi...
ReplyDeleteTahniah che mid...
Insyaallah, sedang mencuba mencari tempat. Sekarang pelanggan lama dah mula yang panggil balik untuk event seterusnya Alhamdulillah..
DeleteSemakin lama semakin berkembang rezeki Che Mid.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sahabat blogger menjadi saksi dari awal mula dulu.. kita tengok sampai Che Mid "terbang' dan satu hari nanti Che Mid akan cerita apa yang berlaku disebalik semua ini..
Deleteseb baik yer che mid. kalau kita berserah pada Allah swt sentiasa ditunjukkan jalannyer..
ReplyDeleteDah buntu? Tentulah pada Allah tempat mengadu.. bercakap sorang-sorang dalam kereta.. he he..
DeleteWah....saya yang baca pun naik panik jadinya...hahahhaa. Syukurlah jadi MC nie dah naturally ada dalam diri Che Mid.
ReplyDeleteOh yer, saya ada niat nak jemput Che Mid. Tapi bukan dalam masa terdekat nie. Majlis kenduri kecil di kalangan ahli keluarga, sudi ke Che Mid datang agaknya..?
Practise and practise maaaa..
DeleteEh, mestilah nak datang, Insyaallah.
salam che mid
ReplyDeleteMeriahnya,jeles i tau
Jangan jeles-jelesan lah.. orak ilok!!
DeleteWahhhh Che Mid dah Terlajak Larisss
ReplyDeleteTahniah.
Saya ada juga menjual produk keluaran Datuk muda jutawan baru ni
Tahniah, semoga bertambah hebat
Takde lah larisnya.. sikit-sikit je..
DeleteSalam cheMid,
ReplyDeleteSaya pula yg terasa cemas... Mungkin sebaiknya kak pergi berteman, barulah ada backup orang tengok jalan.
Moga kerjaya terus berkembang. Ameen.
Salam, itu jugalah yang Che Abang bising sangat.. Insyaallah, lain kali Che Mid bawa teman..
DeleteSalam Tahniah untuk mak che Mid, juga abah dan kak Lina.
ReplyDeleteRezeki tu, kak. Dpt merasa berpuasa di tanah haram.
Salam.. berpuasa di tanah haram, dan insyaallah lailatulqadar di sana.. subhanallah!
DeleteSaya pulak yg berdebar2 baca kisah Che Mid....
ReplyDeleteAlhmdulillah..Allah permudahkan urusan...
Hey, kena le pandai masukkan unsur-unsur saspen thriller sikit..kan kan kan
Deletetu lah ,mujur ada penyelamat...suami kata nak anta tak kasi..kan kan kan...hehehehe...wah murah rezeki akak...saya tak de majlis nak pakai-pakai emcee ni..nantilah kot2 nak pakai ye...hehehehe
ReplyDeleteHa, padan muka I...
DeleteCantik isteri die.....
ReplyDeleteEmcee dia pun cantik KAH KAH KAH..
Deletesalam kenal che mid.. suka blog ni.. senang aje nak kongsikan entry di kelab blogger..terus je copy link entry blog dan paste pada status di atas kelab blogger tu..dan klik post ok.. semoga berjaya..
ReplyDeleteSalam, dah buat pun.. jadik! Thanks ya..
Deleterezeki buat che mid...alhamdulillah
ReplyDeleteselalu baca iklan dia kat suratkhabar...
Ha ah, tengok iklan, tengok dia kt TV.. tak sangka pulak boleh satu stage he he rezeki le tu kan..
DeleteSalam Che Mid . dgn dayah sekali terasa berdebar nye..
ReplyDeleteAlhamdulillah sempat tiba..
:)
Salam, Alhamdulillah semua berakhir dengan baik.
DeletePengajaran tu.. jangan eksyen, kalau ada orang nak anto ya kan je he he
ReplyDelete