Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 29 July 2013

Yang Pemurah dan Dimurahkan Rezeki


Apa perasaan mereka agaknya?

Program menyampaikan Sumbangan Ramadhan 1434H Petronas Pekan Meru pada Rabu, 24 Julai 2013. Sebanyak 20 buah surau sekitar kampung Meru dan 100 orang fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim telah menerima sumbangan. Che Mid mengacara di majlis ini.

Dari pemerhatian Che Mid, ada wajah-wajah ceria di kalangan penerima dan ada yang sebaliknya. Selain dari ibu tunggal dan anak yatim, ada juga beberapa orang lelaki yang nampak sihat tetapi menerima sumbangan sebagai fakir miskin. Tentu ada sebab tersendiri mengapa mereka layak digelar fakir miskin. Demikianlah ujian Allah, mereka diuji dengan kemiskinan dan kepayahan.

Che Mid sering melibatkan diri dalam hal kebajikan, walaupun takde duit nak diinfaq tapi selalu jadi penganjur atau ajk bertugas. Pernah semasa mengacara, rupanya Che Mid 'memanggil' nama seorang sahabat lama. Dulu pernah bertugas dengan bank terkenal dan bersuamikan seorang anggota polis tetapi Allah mengujinya dengan arwah suaminya lumpuh akibat kemalangan semasa bertugas hingga akhirnya meninggal dunia. Sahabat Che Mid yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suaminya kini menjadi fakir miskin. 

Masya Allah, hampir berlinang airmatanya bila datang ke hadapan menerima sumbangan. Apakah itu airmata syukur kerana ada yang membantu, atau malu kerana "aku tak sepatutnya berada disini"..? Entahlah..

Ini juga sahabat se taman Che Mid, Najat namanya. Dia menjadi ibu tunggal selepas suaminya meninggal mengejut di tempat kerja. Che Mid lupa samada serangan jantung atau darah tinggi. Mempunyai 4 orang anak, kini dialah ibu dan ayah. Bekerja menjual kuih muih dan goreng pisang di gerai di taman kami.

Terlanjur bercerita tentang Najat, teringat Che Mid semasa hayat suaminya masih ada dahulu. Suaminya seorang yang rajin ke surau, membawa anak-anak lelakinya yang masih kecil solat berjamaah. Najat pula bekerja di kilang berhampiran. Bila bulan Ramadhan, Najat sekeluarga solat terawih bersama-sama di surau. Pernah Che Mid tanya, " Sempat ke Najat datang ke surau, dengan anak kecik lagi..  Najat kata dia akan siapkan bahan memasak di waktu pagi. Bila suaminya balik kerja, suaminya akan memasak apa yang patut untuk berbuka sementara menunggu Najat balik. Siap berbuka bersama, mereka akan berterawih di surau. Begitulah rutin mereka di bulan Ramadhan.

Mereka bukan orang senang, ramai anak yang masih kecil tetapi ibadah tetap diutamakan. Allah! Che Mid ni anak dah besar (kecuali Deeja) duduk rumah pulak tu.. tapi ibadah tak seberapa..

Kalu nak tahu, di tempat Che Mid ni, bila bulan Ramadhan adalah bulan paling sibuk bagi orang-orang yang memerlukan bantuan terutamanya golongan asnaf, anak yatim dan warga emas. Majlis menyampaikan sumbangan diadakan hampir setiap hari terutama hujung minggu. Boleh kata tak menang tangan.. peringkat surau/masjid, sekolah, ngo dan perseorangan dan syarikat. Hinggakan kadang-kadang terpaksa menghantar wakil kerana ada lebih dari satu jemputan dalam masa yang sama. Alhamdulillah sangat.. 


 Sekarang Che Mid nak cerita tentang dua orang wanita yang sangat rajin menderma samada di bulan puasa atau di luar bulan puasa. Yang pertama ialah Puan Siti Zuraidah Surani, pengurus Petronas Meru (gambar tengah). Syarikatnya telah berbuat kebajikan terutamanya untuk penduduk setempat sejak dari arwah ayahnya masih hidup dan diteruskan sehingga sekarang.

Malah, sewaktu Che Mid duduk berbincang tentang pengacaaraan majlisnya, ada seorang makcik datang untuk memohon bantuan untuk sebuah keluarga miskin yang baru diketahui. Rupanya makcik tu selalu mencari dana bagi membantu orang susah di sekitar kampung kami dan Zuraidah adalah salah seorang yang tidak kisah menghulur apabila diminta.

Memang bangga sangat bila melihat seorang yang berjaya tetapi 'mengembalikan' semula sebahagian pendapatannya untuk kesejahteraan orang yang memerlukan.

 Seorang lagi wanita yang Che Mid kagumi telah menaja jamuan iftar dan moreh sempena majlis Nuzul Quran surau al-Faizin pada Khamis malam Jumaat yang lalu. Antara jemputan yang hadir ialah pelajar tahfiz berdekatan, ibu tunggal dan anak yatim di taman Che Mid. 

Orangnya ialah Puan Marsidah dari D Hidang Catering (duduk tengah). Kami baru selesai solat terawih bersama-sama semasa bergambar ni.. Sudah beberapa tahun, Puan Marsidah menjamu kami berbuka tetapi tahun ini beliau turut hadir bersama-sama. Sangat merendah diri, walaupun bisnes berjaya berdasarkan jemputan katering untuk orang besar-besar!. Lauk-pauk istimewa seperti kambing masala, ayam masak merah, nasi minyak dll sangat berkualiti, bukan asal ada (mentang-mentang percuma). 

Dua wanita ini adalah contoh yang menguatkan azam Che Mid untuk berjaya seperti mereka. Kaya tapi tak tamak harta.. 


 Sebagai penutup, nak tunjuk kerenah Deeja di majlis iftar hari tu. Dia nak sangat duduk semeja dengan jemputan khas, isteri YB dan isteri Ketua Kampung, sebab nak minum dengan 'gelas tinggi' tu. Dia duduk di kepala meja lagi.. macam dialah VIPnya..Nasib baik lah keletah dia tu buat orang gelak.. ! Siap cakap lagi, bubur lambuk yang dia makan tu " Emm, sedaappnya.. macam nenek masak!"  Aduii.. anak bertuah sorang nii!

Akhir kalam, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Yang kaya menghulur pada yang miskin, yang miskin bersyukur menerima dari yang kaya. Insyaallah, rezeki Lailatul Qadar pula menanti. Ayuh.. teruskan qiamulail!

28 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki yg diterima dikongsi dgn fakir miskin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang sekali berada disekeliling orang-orang kaya yang sebegitu..

      Delete
    2. Mhn di share kepada sesiapa boleh bantu.
      Saya berumur 42 tahun, tinggal di Bandung, Indonesia, krn kesalahan saya, sekarang saya menanggung hutang sebesar RM 400.000, termasuk hutang arwah orang tua, dan menanggung kehidupan 9 anak.
      Boleh dihubungi di email toni261971@yahoo.com untuk info lebih detail.

      Delete
  2. Subhanallah....bukan calang2 orang yang boleh melawan hasutan nafsu sendiri bila menjadi orang 'ada-ada' dan berkongsi dengan yang memerlukan. Mereka ini, pemurah dan kuat jiwanya. Semoga kita juga dapat mengikut jejak mereka kan Che Mid...

    P/S : comelnyaaa Deeja. Nak minum dalam gelas tinggi....hihihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan sebegitu perlu dididik dari awal lagi kan.. semasa untung banyak terus ingat pada yang kekurangan.. sentiasa menghulur pada yang memerlukan dan tidak menolak bila ada yang datang memohon bantuan.

      Delete
  3. Alhamdulilah..semuga kita pun termasuk dalam gulungan mereka yang suka memberi walau pun sedikit ikut kemampuan kita...Insyallah Allah akan sntiasa lapangkan dada kita dan memudahkan segala urusan kita..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa khabar Nek Chik! Ya,orang yang sering bersedekah dengan ikhlas Allah akan beri kelapangan jiwa dan tidak taksub dengan harta mereka. Ringan je tangan dan hati menghulur kerana tahu rezeki yang diperoleh itu dengan izin Allah.

      Delete
  4. Dulu2 selalu jugak terima bantuan semas kecil atas kapasiti anak yatim, masa tu tahu suka sahajalah dapat duit, dapat hamper atau baju raya.

    Memberiah Che Mid walaupun sedikit atau setakat sumbangan kudrat yang penting memberi dengan ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada pengalaman la ni.. di tempat Che Mid, ada anak yatim yang dah tak mahu ke majlis serah sumbangan macam tu.. alhamdulillah sbb terlalu banyak..

      Delete
  5. Alhamdulillah...sm2 bkongsi rezeki..insyaAllah makin btmbh rezeki pd yg memberi...rs sebak lk bila dgr cerita ibu2 tggal nih..kita pon x tau akan dtg nnt Nasib kita kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nasib kita sendiri belum tahu kerana ujian Allah tak pernah berhenti kan.. dan Allah akan menguji hambanya dengan kemiskinan, kelaparan, kematian dsb..

      Delete
  6. Membuka minda membaca catatan che mid nie..semoga ramai lagi yang akan wujud seperti mereka2 ni yg tak lokek harta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. ya ke membuka minda.. Alhamdulillah, moga ada keberkatan dari apa yang ditulis dalam blog kita.. Insyaallah

      Delete
  7. Rezeki yang dapat dikongsi bersama. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutama di bulan mulia ini.. masing-masing berlumba untuk cari pahala berganda-ganda.. bagi yang mahu mengetahui..

      Delete
  8. Dalam ribuan yg gah dah kaya pasti terselit insan-insan yg pemurah begini CM. Org begini semakin dimurahkan rezeki berkat doa mereka yg menerima...

    Deeja dah biasa duduk dgn VIP oklah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan Che Mid bertuah kerana dapat bersama orang-orang seperti itu Kak Zakie.. terasa bisnes mereka 'sejuk' dan tuanpunya serta keluarganya pun 'sejuk hati'...

      Delete
  9. Alhamdullilah.....moga yg memberi dimurahkan rezeki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan orang yang diberikan sumbangan akan keluar dari garis kemiskinan secepat mungkin, Amin.. kerana mereka juga sahabat-sahabat kita yang mahu jadi seperti insan lain yang tak perlu dibantu..

      Delete
  10. Alhamdulillah...rezeki yg ada dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  11. Cerita2 yg memberi inspirasi dan pembakar semangat. Suka saya membacanya. :)

    ReplyDelete
  12. mudah2an berkat berdamping dengan mereka, kebaikan dan kemurahan mereka dapat kita contohi..

    ps cayalah deeja...heee

    ReplyDelete
  13. subhanallah,seronok baca kisah che mid kali ni.saya pun sentiasa memasang impian untuk menjadi orang yang sentiasa memberi daripada menjadi orang yang menerima.

    hahaha deeja....deeja...kirim salam kat budak comel,tu

    ReplyDelete
  14. semoga bantuan yg diberi memberikan mereka senyuman utk sama2 merasa kegembiraan lebaran nanti

    ReplyDelete
  15. salam ramadhan kak che mid tuu.,ehHHe

    ReplyDelete
  16. alangkah bagusnyer kalau rezeki yang ada dikongsikan bersama !

    ReplyDelete
  17. Assalam Che Mid,

    he he he, lawaklah Deeja tu. Nnt dtg umah acik minta minum dlm gelas tinggi ye.

    Anak-2 ada nk join berbuka masa ni tapi ble fikir semula jamuan adalah untuk anak-2 yatim dsbgnya, maka dibatalkan hasrat mereka.

    Memang ex tamanku terbaik di dalam perlaksanaan program-2 begini.

    ReplyDelete