Farah dan Che Mid. Tepi sekali adik Nor, anak dia Harith pun belajar di tempat sama... boleh le tengok-tengokkan Farah. Adik Nor bekalkan sambal goreng tempe, bilis dan kacang untuk Harith. Farah pun dapat sebekas. Sampai di kampur, baru Harith sedar yang bekalan dia tertinggal dalam teksi. Terkilan sungguh Nor, anaknya tak dapat merasa. Mujur Farah tinggalkan sikit bahagian dia untuk Harith.
Bas tak sampai lagi masa ni, boleh le snap gambo sikit.. Si Deeja tu sempat masuk dalam bas. Pakcik asisten drebar tu kesian kut, asek tertinjau-tinjau tengok kakak yang dah duk dalam. Jadi Pakcik tu pun dukung Deeja, bawa masuk dalam bas kejap.
Lepas hantar Farah, Che Mid tak terus balik ke rumah. Ada janji dengan bff Roszana dan Rohana untuk berjumpa (sebenarnya breakfast tapi jadi lunch.. he he). Roszana bawa Che Mid dan Deeja ke Shah Alam.
Mula-mula Rohana belanja kami rendam kami..Setengah jam RM10 seorang. Che Mid pun tak tanya banyak .. sibuk nyembang.. lepas rindu lama tak jumpa..
Rohana dan Masdiana ni sebenarnya balik ke Malaysia untuk bercuti. Sebenonya, mereka berdua sedang mengikut suami bertugas Petronas Turkmenistan. (Betul ke ejaan ni..). Cuti di Malaysia sempena Ramadhan sebab di sana waktu siang sangat panjang.. sampai belas-belas jam. Cikgu Masdiana tu pun sedang bercuti dari jadi cikgu. Dia tu anak kepada tuanpunya Nasi Ambeng Ibu di Tanjung Karang.
Tengok air tu.. makin lama makin banyak keladak yang keluar. Katanya, kalau keladak tu tenggelam, maknanya kolestrol la tu, kalau timbul dan warna kekuningan maknanya banyak minyak dalam badan. Kalau ada macam darah beku kehitaman, maknanya kuat minum kafein (macam Che Mid.. kaki kopi o kaw..)
Dah tamat sesi rendam merendam kaki, kami pun melangkah ke Restoran Zam Zam yang terletak di bangunan sama. Terima kasih Rohana sudi belanja..
Roszana dan Rohana, sambil menunggu makanan tiba.. kunyah potato chips Deeja..Selain dari kawan rapat, dia orang ni pun sedara rapat gak..
Masdiana and me... harap lain kali dapat jumpa lagi..Dia banyak ajar cara makan nasik Arab ni antaranya makan cili hijau dan bawang gril ..almaklumlah, pernah tinggal di Dubai sebelum ni..
Menunya adalah... Ayam Mandey
Cream mushroom soup
Lentil Soup
Pan Fried Lamb
Yang ini Che Mid order.. Dawood Basha
Roti ni percuma, tak tau ape ke namanya.. tapi macam roti nan yang ditaburi bijan hitam. Sesuai di makan dengan si Dawood tu..
Aiskrim . Ada lagi dish lain tapi lupa ambik gambar.. khusyuk dan tawadhuk menyuap ha ha..
Semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak Che Mid. Pas tu kan, makan sambil pot pet.. sedar-sedar dah kenyang.. Alhamdulillah...
Ini pulak meatball ala si Dawood Basha kat atas tu. Teringin buat sendiri. Sedap gak jadinya. Petang ni Che Mid nak buat ni sekali lagi untuk berbuka puasa bersama adik-adik Che Abang yang bertandang ke rumah. Kena cari roti dan buatkan supnya sekali.. Tentu menyelerakan untuk berbuka nanti.. Insyaallah.
Assalam che mid..nasi ambeng ibu ditanjung karang tu..acik tau..acik kalau pi tanjung karang..memang beli tapau...anak suka
ReplyDeletelama tak singgah sini..tgk2..tu dia header..terpampang...(sabar2 hehe)
ReplyDeletebanyaknya xtvt che mid...jalan2 makan2...:-)
ReplyDeletesedapnyer nasi arab tue...nnt nk g mkn gak..:)
ReplyDeleteterliur wei.. hehehe
ReplyDeleteEntah kenapa, saya memang suka makan Nasi Arab, especially Mandhi.
ReplyDeleteselamat berpuasa kak..sy x pernah makan nsi arab..sedap pulak tengok..mengoda..hehehe..
ReplyDeletekak sedapnya makan nasi arab...beras dia panjang-panjang kan...lama tak makan...kena tunggu orang belanja ni...nasi arab mahal jugak kan...hehehehe
ReplyDeleteBerkat sedekah makanan kat farah,akhirnya dapat juga si anak turut merasa. Hikmah berkongsi tu che mid. Tapi Che mid keluar Menu nasi mandiwaktu puasa..memang menggoda habis.heee
ReplyDeleteP/s kawan che mid ramai cikgu:D))
lame x singgah... rindu la....
ReplyDeleteAsalam che mid..mcm nama orang lak nama makanan tu ye...nekcik ingat makan ngan jejak maanalah pulak
ReplyDelete