Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 8 July 2013

Rojak Sayur

Hari Khamis malam Jumaat lepas giliran moreh. Hidangan ringkas dari Che Mid kali ini cuma rojak sayur. Kalau biasanya kuah rojak Che Mid ni dimakan dengan buah-buahan kali ni Che Mid olah menggunakan tempe, tahu, timun dan kentang. Patutnya nak campur dengan sengkuang tapi tak de pulak di kedai hari tu. 


 Ni dia tempe yang siap digoreng dan dipotong nipis memanjang dan tahu pun dah digoreng dan dipotong-potong. 

 Timun pun dipotong panjang macam ni.

 Kentang yang dah dipotong dan direbus sampai empuk.

 Hidang cantik-cantik atas pinggan (ini untuk makan sendiri je. Untuk ke surau, Che Mid buat dua bekas berasingan muslimin dan muslimat. Bahan-bahan dah dibubuh semua dalam bekas, tapi kuah dan kacang Che Mid campur selepas solat Isya', barulah dihidang.

 Rupa rojak sayur selepas dicurah kuah dan ditaburi kacang tumbuk.

Sikit dekat... tapi makin kabur la pulak..


Inilah dia Sos Rojak Che Mid.. sape nak order boleh le tempah ya.. call di 013-3672459

Kuah rojak Che Mid boleh dipelbagaikan hidangan.. dari buah-buahan ke sayur sayuran. Jangan terkejut, makan dengan sosej pun sodap tau!

11 comments:

  1. Dah rupanya makan rojak mamak!

    ReplyDelete
  2. wah..che mid dah boleh lawan rojak mak bee nih..
    kalau jawa di johorkan che mid (sayalah tu..) tempe, tahu, timun, tauge tu semua dicurah sambal kicap cair2 sikit..alamak, kecur..

    p/s ada rezeki beraya di shah alam/klang nanti, saya calling2 che mid, nak rasa kuah rojak tau!

    ReplyDelete
  3. eemmm....sedapnya KY ni bukan pengemar asam, tapi kalau rojak cam gini, memang suka heee

    ReplyDelete
  4. assalam che mid buat sendiri ke..ada kacang tumbuk sekali ye..teringin jugak acik nak beli tu

    ReplyDelete
  5. salam singgah che mid...

    alahai... kecur saya tgk kuah rojak che mid ni. makan pulak dgn tempe tauhu bagai. mmg terangkat nih.

    ReplyDelete
  6. sedap ni ...bolih jadi pembuka selera..

    ReplyDelete
  7. wah che mid jual kuah rojak pula...kalau balik lipis bawa sebotol ye...sedap jer nampaknya...

    ReplyDelete
  8. Che Mid...ini produk Che Mid sendiri yer? Wah....tahniah. Tahniah.

    ReplyDelete
  9. Alahai kak. Terliur dibuatnya.

    ReplyDelete