Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 16 July 2014

Bukan Dia Yang Minta..

Assalamualaikum wbrk

Terima kasih atas komen pada entri yang lalu..tentang ziarah dan beri sumbangan pada sahabat yang ditimpa musibah.

Tapi hari ni Che Mid nak luah perasaan sikit ya..bear with me ..

Rasanya ada tanggapan yang perlu di 'fine tune'kan sedikit tentang memberi bantuan pada yang kurang mampu. Seperti juga kes Ku Nan yang tak suka sistem soup kitchen di 'tanah jajahan' dia ..

Biasanya untuk orang yang susah-susah  tapi punya iman dan malu, mereka TIDAK meminta-minta. Tapi ada kalangan orang luar yang ingat bila Che Mid ceritakan masalah sipolan tu begitu begini, mereka mula buat komen seolah-olah orang tu tak cukup berusaha lah, nape kerajaan tak bantu lah, tak pandai berjimat lah..dll. Yang lama kelamaan Che Mid rasa " Alahai..dah jadi macam sombong pulak dia orang ni.."

Sebenarnya, bila bagi tau orang tentang kesusahan sahabat Che Mid, sebenarnya itu INISIATIF  Che Mid sendiri. Orang tu TAK MINTAK PUN  dan TAK TAHU PUN, tapi atas usaha kita yang prihatin apabila melihat dengan mata kepala sendiri betapa sukarnya hidup dengan wang ringgit terhad. Sampai ikat perut dan kurus kering..

1) Mungkin kita pun tak berapa mampu dan ala kadar, tapi kita ada anak yang sihat dan masih punya suami yang pulang ke rumah setiap hari dan bawa gaji setiap hujung bulan. Masih boleh saling mengadu sakit pening, beras habis atau gula habis..sekurang-kurangnya keluarga kita masih lengkap walaupun tak sesenang mana.

2) Boleh tak bayangkan bagaimana rasanya seorang isteri/ibu harus memikul tanggungjawab bapa sekaligus. Apa anak nak makan, belanja sekolah, urus anak balik/hantar asrama, duit minyak... ni time nak raya ..seboleh mungkin akan siapkan anak macam anak orang lain. Kalau boleh tak mau keluar dari mulut ibu, " Kita tak de duit untuk raya.., kita takde duit beli baju raya..takde duit untuk balik kampung.." Sebab pada sang ibu, anak-anak tak salah dan berhak hidup macam anak orang lain. Macam anak saya..anak awak..

3) Perasaan sendiri tolak tepi. Rindukan suami di sisi.. Malam tak boleh tidur memikir macamana nak cari duit. Duit makan hari-hari mungkin lepas tapi yuran sekolah anak, bayar asrama dll..Kena pulak kereta masuk bengkel meragam, roadtax insuran..(Nanti ada pulak yang kata eh, dah susah tapi ada kereta..Jangan ingat orang ada kereta dan henfon tu orang senang..itu keperluan ok..) Akhirnya ditikar sembahyanglah ibu mengadu..bermunajat bertemankan airmata..

3) Hidup manusia ni macam roda dan percayalah untuk orang yang ada iman dan taqwa, musibah hanya bersifat sementara. Akan sampai masanya dia akan keluar dari belenggu masalah. Allah akan pimpin dan tunjuk jalan keluar. Jadi sementara dia berada di dalam keadaan tak tentu hala, emosi tak berapa nak ok..kita tarik dia, pimpin dia. Dengar apa dia kata dan fahami yang tersirat. Dia tak de duit langsung, dia akan kata, " Ada la sikit.." Dia ada duit sikit, dia kata, " Cukup la apa yang ada atau boleh laa..." Memanglah setiap orang ada pilihan untuk hidup dan kena usaha tapi kalau dah nampak  dia tercungap-cungap nak tenggelam takkan nak suruh dia fikir macamana nak naik ke darat. Yang  teruk siap kata lagi, " Tu la! Sape suruh main air??". Kitalah yang kena tolong dia naik. Hulur kayu ke tali ke...

4) Che Mid bukan orang kaya. Selalu bagi tau kawan-kawan, " Aku takde duit, tapi untuk uruskan sedikit sebanyak Insyaallah boleh asalkan korang percaya."  Masyaallah, akan ada nanti sahabat yang budiman dan pemurah menghulur bantuan. Bagi sikit atau bagi banyak itu lain cerita. Tuan punya badan tak tau apa pun. Dia cuma berdoa dan usaha siang malam tanpa jemu. Jaga anak orang, menjahit baju, jual kuih..Tau-tau kita datang dan bagi sumbangan. Bagai bulan jatuh ke riba. Allah..nikmat apa lagi yang kau dustakan???

5) Pada sahabat yang sedang diuji kesukaran, jika anda baca entri ini, jangan terasa hati. Sebenarnya Allah bagi ujian pada setiap hambanya. Susah pun ujian, senang pun ujian. Pada sahabat yang banyak beri sumbangan, semoga Allah murahkan rezeki anda. Pada sesiapa yang banyak soal.. INGAT tu sebab dalam Islam ada zakat dan sedekah. Jangan terlalu berkira dengan rezeki kita dan berdolak dalik dengan rezeki orang. Silap-silap sedekah kita tak dak pahala sebab asek banyak soal. Astaghfirullah..

Sebagai penutup, renungi kata Ustaz Mustafa Kamal Hamzah di Tanyalah Ustaz.

 "Orang yang diberi ujian, dan dia INGAT Allah maka itulah sebesar-besar NIKMAT.
 Orang yang diberi nikmat, tapi dia LUPA Allah, maka itulah BALA yang paling besar "

Ok dah lega sikit.. luah perasaan kat sini. Terima kasih sudi baca bebelan Che Mid ni. Maaf tak edit sangat entri..direct from the heart.  Wallahua'lam.

Wednesday, 9 July 2014

Kenangan Manis di Singapura

Selalunya berziarah Ramadhan dengan kumpulan marhaban, tapi tahun ini, Che Mid berziarah Ramadhan dengan gang wassap sekolah. Bekas pelajar Sek Keb Sungai Binjai, Meru, Klang tahun 79. Oooh..tidak..tuanya I... Jangan nak nade-nade agak berapa umur Che Mid tau..

Sumbangan ikhlas segera di war-warkan dan dikutip cuma dalam masa 4 hari sahaja. Malangnya, pada hari yang dijanjikan ramai ada hal dan tak dapat ikut serta. Akhirnya, empat orang sahaja yang jadi wakil kawan-kawan yang lain iaitu  Khadijah Hj Hambali, Cikgu Nizam Banaji dan Kahar Jaafar. Alhamdulillah, kami mulakan perjalanan dari pukul 11.30 pagi, dari rumah Che Mid dan berakhir pukul 5 petang di Restoran Sri Rimbun yang juga bekas kawan sekolah kami untuk tapau juadah buka puasa.  Dapat special diskaun dan tentunya No masak-masak day..!

Kami menziarah 4 keluarga. Jom tengok gambar sambil berbual.




Dari kiri Khadijah, Puan Nor, Che Mid, Kahar dan Nizam.
 
Rumah pertama yang diziarah ialah keluarga Jefri Selamat yang telah meninggal dua tahun lepas. Jefri kawan sekolah yang meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja dan 7 orang anak dan semuanya masih belajar. Kami memang tak pernah kenal dengan isteri arwah, dan tentu beliau amat terkejut dengan kedatangan kami. Bila ternampak anak lelaki arwah, hati jadi sebak sebab rupa paras ada iras arwah.



Puan Aspiah berbaju hijau, berdiri dengan anak bongsunya. Anak keduanya, pula baru ditimpa kemalangan, patah kaki selepas jatuh dalam bilik air.
 
Keluarga kedua pula ialah Puan Aspiah. Ini kawan sekolah menengah yang kematian suami sebelum Ramadhan tahun lepas. Mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki 2 perempuan juga masih belajar.  Lega hati bila tahu yang Aspiah bekerja untuk menanggung keluarga dan juga menerima pencen dari Socso. Alhamdulillah..


 
Keluarga ketiga - Puan Rasminah, rakan sekolah kami yang menghidap penyakit barah tahap 2. Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi, Rasminah semakin pulih dari penyakitnya.



 
Keluarga terakhir - Puan Siti Hajar, kawan sekelas Che Mid yang kematian suami. Hampir 35 tahun tak jumpa, memang ada banyak benda yang nak dibualkan. Kalau ikutkan hati, sehari suntuk pun tak cukup. Siti Hajar mempunyai 2 orang anak lelaki dan mereka tinggal di rumah peninggalan suami di Ijok bersama dengan emaknya yang telah tua. Che Mid tabik dengan Siti ni, walaupun cuma seorang 'cleaner' di sekolah Puncak Alam tapi nampak Siti tabah dan pandai mengurus rumah tangga.


 
Terima kasih pada Zaedah yang sudi tunjuk rumah Siti. Empat orang gang sekolah berjumpa semula pada umur menjelang 50 an dalam keadaan sihat walafiat.. Satu rahmat besar Allah beri pada kami, Alhamdulillah.



 
Suka suasana kampung di rumah Siti yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Sangat tenang dan mendamaikan. Sekotak besar durian menjadi rezeki untuk di bawa pulang. Terpaksa dimasukkan dalam bonet kereta walaupun Khadijah tak tahan bau durian..kesian dia..


 
Emak Siti sangat ramah..teringat pada arwah Nyai..Dah berumur 90 tahun tapi masih sihat dan kuat ingatan. Kita esok, emmm.. tak taulah masih kuat ingatan ke tidak..sekarang pun banyak benda dah lupa..

 
Tengok tu...berborak sakan dengan Jaafar dan Cikgu Nizam..

Tentu mereka sangat terkejut bila kami datang secara tiba-tiba setelah berpuluh tahun tak jumpa. Datang pula bukan tangan kosong, ada sumbangan ikhlas dari para sahabat. Bukan seratus dua tapi empat angka. Masyaallah Tabarakallah, Allah yang menggerak hati-hati kami menyalur sedikit rezekiNya pada yang memerlukan walaupun mereka tidak pernah meminta-minta.

Hati tersentuh, bila esok paginya Che Mid terima wassap dari Puan Nor -  

" Terima kasih atas sumbangan dari kalian semua. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Ianya dapat meringankan perbelanjaan menjelang perayaan nanti."

Che Mid jawab,

" Kami sendiri pun tak sangka dapat kutip sebanyak itu.. Rezeki Allah untuk puan Nor dan anak-anak melalui kami.."

Sedikit motivasi sebelum mengundur diri.  Jika ada grup wassap atau facebook, jom ajak kawan-kawan untuk infaq sedikit harta pada yang memerlukan. Percayalah hati akan jadi lapang selepas bersedekah dan mengurangkan beban penerima dan juga akan mendoakan kembali pada kita. Insyaallah. 

Dalam setiap rezeki kita, ada sebahagian untuk orang lain. Yang itu pun Allah janji akan ganti dengan yang lebih baik. Bye..



Thursday, 3 July 2014

Second is the Best!

Siapa yang mahukan rumahtangga yang dibina hancur di tengah jalan. Siapa yang mahu menderita di saat orang lain bahagia menjalani kehidupan suami isteri bersama anak-anak tercinta.

Namun, jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan. Dia menyimpan segala rahsia yang tidak diketahui sesiapa. Kita, sebagai hambanya yang terlalu lemah dan dhaif sekadar akur akan nikmat dan ujianNya.

Yang pasti, setiap orang berhak untuk bahagia dan meneruskan kehidupan sebagai hambaNya sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan.

Sekali gagal, akan sentiasa ada sinar di hujung jalan, dan pasti Allah yang Maha mendengar doa akan mengabulkan.

Bukan mudah membina rumahtangga kedua, terlalu banyak hati yang perlu dijaga dan dipujuk, bagai menarik rambut dalam tepung..apatah lagi jika empunya hati-hati itu adalah zuriat sendiri. Sekali-kali tidak membelakangi sesiapa, tidak juga menolak tepi adat dan adab.. yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan.

Berkat kesabaran dan hikmah, akhirnya niat yang suci pasti berakhir dengan ijab dan qabul. Alhamdulillah wa syukurillah. Selamat pengantin baru buat sepupu, Fauziah Abdul Rashid dan suami barunya Shaiful Bahari yang telah mendirikan rumahtangga buat kedua kali.

Saat dinikahkan..

Bersalaman buat pertama kali selepas bergelas suami isteri

Giliran anak-anak bersalaman

Seorang demi seorang ke hadapan..bersalaman dan mendengar pesanan ayah baru..

Saat ini, yang melihat pun turut sebak dan menitiskan air mata..

Satu-satunya anak lelaki..

Seorang lagi anakanda tercinta

Satu keluarga lengkap lah sudah..


Wajah bahagia pengantin baru - Shaiful Bahari dan Fauziah Abdul Rashid. Tahniah dari kami sekeluarga and trust me, second is the best!! Just like us..he he..