Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 12 August 2014

Soul Brothers beraya di Temerloh

Assalamualaikum sahabat sekalian

Masih sibuk beraya lagi..of course laaa...

Che Mid berkesempatan berjalan ke Temerloh, Pahang hujung minggu lepas, bukan beraya tapi bekerja. Ada jemputan di sana. Emcee, pa sistem, nasyid Soul Brothers dengan percussion. Jom kita belek-belek gambo kat bawah ni.

 Tengahari Sabtu 8 Ogos kami bertolak, konvoi 3 kereta. Tengok kat belakang Che Mid tu, sarat dengan barang. Farhan memandu, Adam, anak buah Che Mid jadi pembantu kru tangkap muat he he. Terima kasih Adam sudi ikut Mak Long.

Entah kenapa, pagi tu Che Mid selsema teruk. Terpaksa makan ubat. Tapi sempat jugak buatkan nasi lemak untuk cik abang dan Deeja kat rumah. Dalam kereta Che Mid kejap-kejap tidur.

 Rehearsal time. Hidung dah mula sumbat balik. Tekak perit tapi menten ceria!! Testing..testing...

 Masing-masing bersiap untuk sound check di atas pentas.

Di bawah pentas, Che Mid terangkan aturcara malam nanti. Lepas tu pengantin buat latihan sikit. Majlis yang sangat simple..tiada pelamin, tiada deko; memang tak sangka majlis anak Dato' Datin macam ni. Walaupun pertama kali Che Mid jumpa mereka, dapat rasakan yang keluarga ini sangat rendah diri dan disukai ramai. Respek dan tabik spring untuk Dato' dan Datin.  Kalau kat KL mau kena umpat berbakul-bakul Dalam gambar tu, pengantin, ayah pengantin dan staf Hotel Seri Malaysia Temerloh ikut sekali. Hee..macam pro pulak I ni kan...

 Show time - 8.15 malam, persembahan pembukaan. Semua sekali ada 3 segmen. Yang ini sebelum ketibaan pengantin.

 Keseluruhan persembahan ada la dalam 15 lagu lebih, termasuk lagu raya. Qunut Nazilah versi UNIC pun ada. Masing-masing pakai baju Melayu raya..Kelasss gitu!

 Adam tolong tangkap video.

 Bergambar dengan pengantin di luar dewan. Pengantin perempuan ialah Nurul Afiqah bt Dato' Zamri dan suaminya, Ahmad Fauzan bin Hj Osman. Dato' Zamri ialah big bos Hotel Seri Malaysia Temerloh. Nampaknya Dato' dan keluarganya sangat terkenal di Temerloh berdasarkan ramainya tetamu yang hadir. Melimpah ruah sampai ke luar dewan. 

Posing lagi

 Vokalis 

 Percussionists 


 Bergambar dengan Dato' Zamri dan isteri jugak pengantin

Ambil peluang bergambar dengan YBhg Tan Sri Sabaruddin Chik dan isteri. 

 Menjelang pukul 12 tengah malam masih ramai tetamu yang belum pulang. Staf dan famili Dato' Zamri mengadakan kejutan sambutan harijadi untuk Dato'. Team Soul Brothers menyanyikan lagi Allah Selamatkan Kamu dari pentas sementara kek comel di bawa dari luar dewan ke tempat Dato' berdiri. 

Dato' Zamri sedang memberi ucapan ringkas sempena hari jadinya.

Sebelum balik, Dato' mengucapkan terima kasih dan tak ketinggalan memberi nasihat dan perangsang pada kami. Kalau nak tau, Dato' merupakan salah seorang penunggang motosikal berkuasa besar yang mengikuti ekspedisi Kembara Bumi Suci. Che Mid memang suka menonton program tu di Astro Oasis dulu, tapi tak sangka pula bertemu sendiri dengan Dato' dan kawan-kawan rider beliau. Insyaallah, tahun depan Dato' akan menunggang secara solo pula. 

Menjelang 1 pagi, baru kami bertolak pulang ke bilik, tapi yang lelaki-lelaki nak pi ngeteh la pulak. Farhan tak bagi ibu ikut sebab ibu tak sihat. Takpe la, kasi can..Che Mid makan ubat lagi dan tidur 'like a baby'. 

 Esoknya daftar keluar pukul 12 tengahari. Misi mengisi perut di Temerloh diteruskan. Rugi le kalau tak makan patin Temerloh kan. Tengok tu, masing-masing kebuloq..

 Adam makan patin tempoyak, telor asin, sayur dan air..RM17.50

 Farhan yang tak suka makan ikan, teringin pulak menjamah patin. Ya lah..dah semua orang cakap patin sedap... patin buah, ayam goreng, sayur kubis dan air..RM22.50

 Udang galah pilihan Izat dan Zul. RM35

Yang ini ikan kerai..sepotong RM25 ..Che Mid tapaw untuk Che Abang. Tulang ikan ni besar-besar dan isi lembut tapi ada texture. Memang sedap sangat. Che Abang sanggup simpan untuk malam lagi..sayang nak habiskan..

Dah kenyang..masa untuk berpisah. Ada yang nak singgah Genting tapi Che Mid terus balik, ada open house menunggu. 

Alhamdulillah, selesai satu tugasan. Insyaallah, 23hb Farhan akan ke Segamat untuk persembahan solo di sana, dan 24 Ogos ini kami ke Langkap, Perak pula.
Pada sesiapa yang ingin dapatkan kami, sila hubungi Che Mid di 013-3672459. Balik dulu ya...

12 comments:

  1. Lama tak singgah sini. Selamat Hari Raya Che Mid and family :D

    ReplyDelete
  2. selamat Hari Raya Che Mid... ^_^

    ReplyDelete
  3. Semestinya Dato Zamri tu terkenal seantero Temerloh..sebab dia pengusaha Hotel SM...:) Majlisnya berlangsung malam ya kak...

    Apa nama kedai makan tu? Mana lah tau saya ke Temerloh..boleh try patin & udang galah tu...hihih

    ReplyDelete
  4. Ramai orang suka makan ikan patin tapi kak zai sebaliknya dah cuba banyak kali tapi tak boleh masuk.

    ReplyDelete
  5. oii.. harga mknn.. takut lak nak mkn.. hihi

    ReplyDelete
  6. Jauh berjalan smpai ke Temerloh tu kak. meriah gak majlis...sy tak makan sgt ikan patin ni..hehe
    Selamat Hari Raya ye Kak.. Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..murah rezeki akak.. smpai ke temerloh tu..
    salam aidilfitri .
    Maaf zahir n batin..

    Lya pom mohon maaf sbb lma x dtg sini

    ReplyDelete
  8. che Mid.I suka u.u look cheerful most of the time.its good.nanti kita tk cpat tua tau.he he

    ReplyDelete
  9. wah...che mid dpt jumpa orang besau-besau ya...

    ReplyDelete
  10. Bestnya tengok CM .....banyak betul bisnes yg masuk... Seronok kerja sendiri tak terikat mana mana kan...
    Subhanallah mahalnya makan tengahari..... memang tak hairankan.....ikan patin mmg mahal pun... Suka Cik Abang bini ingat hehe...

    ReplyDelete