Sebelum Che Mid teruskan catatan ini, ingin kongsi info baru diterima. Konvoi sukarelawan dari Masjid Assyarif Meru terlibat dalam kemalangan di Karak malam tadi, Tiada kemalangan jiwa namun ada kenderaan yang teruk dalam 'bumper to bumper accident'. Mereka terpaksa membatalkan misi cuci dan berpatah balik. Kereta adik ipar Che Mid paling teruk hingga terpaksa ditunda ke balai polis Karak. Semoga Allah merahmati mereka walaupun hajat tidak kesampaian, Allah Maha Tahu..
Dari SACC Convention Centre Shah Alam, Che Mid tiba di rumah pukul 8 malam. Terus solat Maghrib dan siap pakaian dalam beg. Mak dan Farah sibuk siapkan bekal nasi, maklumlah kabarnya takde kedai buka dan susah nak makan atau mandi.
Jam 9.00 malam : Sesi menaikkan barang dalam Naza kami. Farhan punggah telekung yang dah dipek sederhana besar ke atas 'roof box'. Sebahagian lagi telekung dan set mandian di letak di but kereta. Kerusi paling belakang dilipat ke depan. Ada banyak baki lagi barangan...hmmm..
Rupanya, ada kawan dah minta tolong orang surau untuk bawa lori surau. Angkut ramai-ramai masuk dalam lori pula.
Siap!! Kalau boleh semua kawan-kawan nak ikut sekali tapi apa kan daya..kekangan transport dan urusan lain membantutkan cita-cita. Hanya semangat membara yang Che Mid bawa. Macam-macam pesan dan ingatan untuk kami sebelum kami bertolak.
Di saat-saat akhir pun, masih ada lagi yang beri sumbangan. Secara tunai atau bank in. Alhamdulillah..
Akhirnya kami bergerak membelah malam... depan Che Abang dan Farhan, belakang Che Mid dan Ruzzi serta amanah orang-orang yang pemurah hatinya di atas dan belakang kereta. Semangat lain macam tau!!
Tiba di tempat berhimpun konvoi, kami terus cari mana barang-barang yang lori bawa tadi. tak nampak la..terus jumpa Ust Haidar untuk beritahu yang kami bawa banyak telekung. Tiba-tiba, ada seorang abanng kat situ menyampuk, " Semua telekung dah masuk dalam kereta saya". Sambil tangan menunjuk kereta 4WD putihnya. Alhamdulillah...akhirnya semua barangan kami 'ikut' sekali ke Pantai Timur.
Oleh kerana kami mengikuti misi bantuan 4x4 ..jadi kena la tampal stiker dan no kenderaan..syok jugak rupanya konvoi ramai-ramai ni..walaupun secara bidan terjun he he
Lihatlah dunia..satu Malaysia turun ke Kelantan!! Entah dari mana konvoi-konvoi ni datang..tengok lori besar tu..penuh barangan. Jeep putih ni bukan dari konvoi kami. 4x4 depan tu no 17, belakang dia no 18, teka kereta Che Mid no berapa? he he no 19 la kan..
Subhanallah..suasana Hentian Gua Musang di subuh Maulidurrasul. Solat berjamaah silih berganti..doa qunut disambut dengan 'Aamiin' yang kuat dan bersemangat..syahdu dan sendu. Di luar, rata-rata penuh dengan kenderaan sukarelawan. Ada yang bawa tong air besar, hos paip, water jet..makanan tak usah sebutlah..inilah indahnya kemanusiaan..Kereta lagi banyak dari manusia...
Ini bas selebriti - Sebarkan kasih sayang..
Inilah muka-muka orang yang hampir tak tidur langsung sepanjang malam. Alhamdulillah tetap ceria dan semangat!!
Dari Gua Musang kami teruskan perjalanan sekadar berhenti minum secawan air panas. Che Mid putuskan untuk ke Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, tempat pengumpulan dan agihan bantuan kelolaan YM Raja Shamri. Hanya mengenali beliau di FB, pm pun tak berjawab..jadi kami redah je perjalanan mengikut waze. Insyaallah dipermudahkan.
Ahirnya tiba di Masjid Ibrahimi pada pukul 11 pagi. Jauh juga dari Gua Musang. Al maklum, kami tak pernah jejak kawasan selain Kota Bharu dan Rantau Panjang...main redah je ni..
Keadaan sibuk di masjid. Telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Makanan, pakaian, dan lain-lain. Ada yang baru sampai menurunkan barang, ada juga yang mengambil barang untuk dihantar ke tempat yang ditetapkan. Semua barang masuk dan keluar mesti direkodkan walaupun tak lah begitu detail.
Barangan yang datang secara 'bulk' akan dibuka dan dibungkus semula dengan saiz lebih kecil. Sukarelawan bertugas siang malam, ada yang tak tidur terutaman ajknya. Termasuklah Raja Shamri yang tidak kelihatan, kabarnya beliau balik ke rumah sebentar untuk tidur setelah berjaga sepanjang malam.
Mungkin bekalan beras tidak mencukupi, jadi petugas terpaksa membungkus semula untuk sekali masak..Allah..
Seperti biasa bahagian pakaian terpakai yang paling banyak dan paling memeningkan..
Sementara kami menurunkan barang, terdengar suara meminta telekung dari petugas yang menjaga bahagian pakaian. " Kain semaye..kain semaye.." Allahuakbar..sebaknya rasa hati ni. Memang betul la yang kita buat ni.."Mintok kain semaye..ore hok Dabong dah sebule dok solat.."..Maka segeralah telekung kami beralih tangan..Masyaallah tabarakallah..
Selesai menurunkan barang, kami berjumpa dengan Ustaz Tarmizi, setiausaha ajk bantuan. Mohon pendapat beliau untuk ke tempat mangsa banjir. " Kalau boleh kami nak ke tempat mangsa ustaz, tapi kereta kami Naza ria, bukan 4x4.." Ustaz jawab, " Takpe..saya bagi puan tempat yang ada jalan tar..jalan lebih tinggi dari rumoh mangsa".
Che Abang dengan muka cuak...Ustaz Tarmizi tengah tunjuk arah tu.." Encik bawak kereta masuk dalam jalan tu..tapi jangan berhenti...terusss sampai mana kereta encik boleh pi..lepas tu encik u turn, barulah agihkan barang dari rumoh ke rumoh..sebab yang hok luar tu dah banyak dapat bantuan..yang dalam-dalam tu takut tak dapat lagi".
Troli penuh set makanan untuk dimasukkan dalam kereta
Tu diaa..kereta dah penuh semula..
Pakcik ni sangat tegas tapi peramah. Dapat tau dari FB Raja Shamri, dia ni bekas Pegawai Tentera dari Johor, berkampung di Masjid Ibrahimi menyemai bakti sebagai Ketua Sukarelawan.
Ustaz Tarmizi paksa kami makan tengahari sebelum balik. Katanya, " Kak, boleh tulong saya sikit tak...boleh tak akak makan tengahari dulu. Kalau tak makan saya tak bagi balik". Begitulah berbudi bahasa Ustaz Tarmizi..di celah tugasan yang tak pernah berhenti, dengan tak tidur malamnya..masih tersenyum manis meraikan 'tetamu' dari jauh seperti kami.
Makan di celah-celah barangan bantuan dengan dua adik beradik sukarelawan dari Terengganu. Rezeki hari itu; nasi putih, ikan selar masak kicap dan masak lemak kuning timun. Licin kami makan..Alhamdulillah..
Orang awam menyumbang nasi campur untuk sukarelawan dan petugas. Ada dua tiga pihak yang menyumbang jadi ada pilihan. Farhan tak makan ikan. Che Abang tak makan sayur..mujur ada nasi dan lauk daging. Masih boleh memilih makanan. Terfikir juga, kalaulah jadi mangsa banjir..pilihan apa mereka ada untuk sesuap nasi..
Lepas makan, kami bertolak ke Tanah Merah. Ingatkan dekat je Tanah Merah dari Pasir Puteh rupanya satu setengah jam baru sampai. Masuk ke dalam Mukim Paloh. Tapi untuk kisah bertemu mangsa, kita sambung kemudian ya..jumpa lagi!
Papaglamz singgah dan follow. Semoga usaha ug di lakukan mendapat ganjaran dr Allah. Jemlut follow papaglamz.
ReplyDeletewww.papaglamz.com
alhamdsulillah dan tahniah Chemid...hanya ALLAH yg mampu membalas jasa2 kalian...
ReplyDeletealhamdulillah semoga ALLAH membalas segala penat lelah chemid subhanallah
ReplyDeleteTerimakasih Che Mid. Kami rakyat Kelantan amat menghargai bantuan Che Mid dan semua sukarelawan banjir.
ReplyDeleteBestnya dpt join misi kemanusiaan.
ReplyDeleteSUBHANALLAH TERSENTUH HATI MEMBACA N3 CHE MID NI...RAKYAT MALAYSIA NI RAMAI YG BAIK2 N SUKA MEMBANTU MRK YG KESUSAHN...SANGGUP DATANG DARI JAUH MNGHNTAR BNTUAN KE SASARAN YG MEMERLUKAN...TERIMA KASIH BANYK CHEMID N KAWAN2..
ReplyDeleteTahniah cik Mid...sangat mengharukan
ReplyDeleteMASYALLAHHH.. Cik Mid.. terharu i.. semoga apa yg dicurahkan hanya ALLAH yang membalasnya... kalau lah diizikan ALLAH teringin nak bersama - sama berbuat begini.. tp masalah kesihatan memang tidak mengizinkan.. cuma dua'a je yg mampu.. di kedai saya jugak, kami menjual voucher dan ditukarkan dgn pakaian sekolah.. ALHAMDULILAH akan disampaikan tak lama lagi.. semoga Kelantan terus bangkit.. hugs to u..
ReplyDeleteSama-sama kita menyumbang dengan cara masing-masing. Insyaallah, mangsa akan terbela..
DeleteSayunya hati saya baca entry ni... nak nanges pun ada (tahan air mata) saya doakan Allah akan membalas perngorbanan tuan tuan puan puan semua dengan yg lebih baik lagi... berkorban diri masa dan harta... ahhhhh kurangnya sumbangan saya...
ReplyDeleteSubhanallah...indahnya kak. Sangat berhikmah ujian Allah ni.
ReplyDeletesayu saya baca entry ni kak..
ReplyDeleteSinggah di sini..
ReplyDelete