Ingat tak lagi posting Che Mid hari tu berkenaan dengan Projek Telekung HELWA TDB..haa..hari ni kita sembang pasal tu ya.
Menyedari bahawa sesi persekolahan dah nak dibuka, ibu bapa pun sibuk buat persiapan sekolah anak-anak, Che Mid tak harap sangat dapat kutipan yang banyak untuk membuat kutipan telekung untuk mangsa banjir. Lagi pun pihak surau taman kami dah pun dua kali membuat kutipan bantuan ke Kelantan. Semasa melancarkan kempen, kami cuma menyasarkan 100 helai telekung sahaja ( 1 keluarga 1 telekung) yang kemudian akan diserahkan kepada mana-mana pihak yang akan ke Kelantan.
Benarlah kata salah seorang ajk HELWA, " Kita buat je kak..yang lain tu kerja Allah". Tak sangka, tak sampai seminggu kami dah sampai Kelantan.
Siangnya war-warkan di grup wasap dan fb, malamnya Che Mid terima panggilan telefon dari seorang wanita yang memang tukang jahit telekung. Dia kata boleh dapatkan harga murah dengan pembekal kain telekung yang selalu dia beli. " Takpe Mid, kita sama-sama usaha. Nanti akak carikan lagi duit sumbangan. Kita cuba mana yang termampu". Memang terkejut bila terima berita macam ni dari orang yang kita tak kenal, tapi sangat bersyukur, Subhanallah..
Sahabat AJK sudah mula menerima sumbangan dari jiran-jiran, sedara mara dan rakan fb. Ada yang rajin mencuci semula telekung terpakai dan me'repair' mana yang tak berapa kemas.
Yang baru pun di cuci juga. Katanya, " Kesian orang sana takde air nak cuci nanti..biar la bau wangi-wangi sikit."
Ada yang bagi siap satu set - telekung, kain pelekat, sejadah dan buku Yaasin.
Kumpulan marhaban kami memang selalu dapat hadiah surah Yaasin dan sejadah, jadi kami kumpulkan dan selitkan dalam bungkusan telekung.
Hari Rabu : 31/1/14
Sumbangan semakin banyak diterima, baik wang ringgit atau telekung. Sekejap saja melepasi target 100 pasang. Che Mid tak decide lagi nak salurkan ke mana .. Muslim Care ke, Abim ke..Tengah memikir-mikir hendak hantar ke mana, tiba-tiba ada orang bagi sejumlah wang tunai. Katanya," Gunalah untuk logistik, isi minyak ke..apa-apalah..janji untuk mangsa banjir". Ya Allah..bagai orang mengantuk disorongkan bantal..
Hari Khamis : 1/1/15
Misi mencari kenderaan bermula. Target : Dua 4WD untuk barangan dan 1 kereta untuk orang. Che Mid mula bertanya sana sini. Tahun lepas Che Mid ke Kuantan untuk menghantar bantuan juga, tapi kedua-dua pemilik kereta sibuk tahun ini. Seorang anak nak kahwin, seorang lagi pula terlibat dengan misi sama di tempat lain. Bila pos di FB, respon sangat mengecewakan..tak dapat membantu kerana ada komitmen lain.
Sementara itu, Zainon, salah seorang orang kuat HELWA menawarkan diri untuk ke Mydin untuk membeli barangan mandian. RM1000 diperuntukkan untuk membeli tuala, sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi.
Balik dari surau, malam Jumaat tu..Che Mid termenung melihatkan barang hampir memenuhi ruang tamu rumah, tak termasuk telekung yang ditempah tapi belum diambil. Ramai lagi yang datang menyerahkan barangan. Baiti pulak baru balik dari kampung suami - bawak satu kereta penuh barang dari sana.. tak daya nak menolak katanya. Hampir buntu Che Mid dibuatnya..tapi bila melihat amanah orang di depan mata, naik semangat pula.
Nampak gaya...kena bawa kereta sendiri ni..tapi mana cukup masukkan semua dalam satu kereta...( malam tu buat solat hajat dan istikharah..mohon petunjuk dan kekuatan)
Hari Jumaat : 2/1
Confirm pandu sendiri dengan kereta MPV Nazaria. Plan dengan Che Abang dan Farhan. Ajak Ruzzi sekali.
Pagi : Sesi packing memacking dan sorting bermula dari pukul 9 pagi di rumah Che Mid. Riuh rendah rumah dengan suara geng marhaban.
Cik Jah bawa keladi goreng cicah sambal kicap, Zehan tak dapat ikut membungkus tapi singgah kejap hantar buah rambutan, Kak Eda pun tak boleh tolong sebelah pagi tapi anak dia datang bawa apam balik dan Kak Ita pulak datang bawa air teh susu panas jag besar.
Meriah kan...ada sesi pagi petang, ada yang datang pagi, petang dan malam.
Tapi Che Mid terpaksa tinggal mereka semua untuk mengambil 500 pasang telekung di Pudu, KL.
Tu diaaaa...dah tersusun depan kedai..
Kami bergambar dengan tauke kedai..Terima kasih pada Kak Eton (baju biru) dan Hana (baju merah muda) yang tunjuk Che Mid tempat ni.
Itu dari depan kedai. Kat mana..Jalan Merbau off Jalan Kenanga, Pudu, KL
Deretan kodi-kodi kain untuk dijual
Kami bergambar dengan tauke kedai..Terima kasih pada Kak Eton (baju biru) dan Hana (baju merah muda) yang tunjuk Che Mid tempat ni.
Itu dari depan kedai. Kat mana..Jalan Merbau off Jalan Kenanga, Pudu, KL
Deretan kodi-kodi kain untuk dijual
Dari belakang Naza Ria...
Dari dalam..penuh..
Dalam perjalanan balik ke Klang, kami singgah di Yayasan Restu untuk serahkan 100 pasang telekung kepada Nini dan sahabatnya. Khas untuk di hantar ke sekolah tahfiz Ustaz Ashari di Kerdau, Temerloh. Kabarnya, muslimat di sana bersolat menggunakan kain batik sebagai telekung..(pernah buat tak masa kecik-kecik dulu..) Kak Eton (baju biru) memang aktif dalam kerja kebajikan dan sangat bertenaga walaupun umur menjangkau 66 tahun. Alhamdulillah, kami semua baru je berkenalan semata-mata buat kerja amal ini dengan cara masing-masing, kecuali Nini (sebelah Che Mid) rupanya kawan lama yang dah bertahun tak jumpa. Allhuakbar..indahnya Allah mengatur perjalanan kita..
Sampai di rumah, geng marhaban sambung lagi tugasan sorting dan packing, masukkan kain pelikat dan lain-lain. Che Mid pulak ke bengkel kereta untuk servis, sebab nak jalan jauh.
Balik dari servis kereta, Che Mid mandi dan bersiap ke SACC Convention Centre..ada job di sana. Terpaksa tinggalkan lagi geng marhaban yang sedang membungkus barangan. Kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah akan membuat persembahan di majlis Sambutan Maulidurrasul berama dengan Ustaz Kazem Alias dan beberapa artis lain. Sepatutnya Che Mid dan Soul Brothers hadir hingga akhir majlis, tapi apa kan daya..mangsa banjir menanti telekung kami..
Sempat susunkan tempat duduk semasa persembahan dan buat uji suara
"Three Old Buddies"..rindu suasana semasa kami di Taman Tamdun Islam dulu..
Kenalkan grup qasidah Raudhatul Jannah pada Alwi Mustafa
Kenalkan mereka juga pada Farihin Abdul Fattah...bukan senang nak tengok Farihin senyum..
Tak senyum kan...baru siap ambil wudhu' untuk solat Maghrib
Alwi ni suka senyum..tu tengah senyum sebab kelakar dengan kopiah kat kepala dia tu..
Masuk waktu Maghrib, Che Mid minta diri dan kelam kabut balik ke rumah.
Sebelum balik, sempat Che Mid hubungi Ustaz Haidar, ketua rombongan 4x4 ke Kelantan malam ini. "Ustaz, saya nak ikut konvoi ustaz malam ni, tapi saya bawa kereta Naza Ria je. Minta tolong ustaz 'jaga' kami malam ni, maklumlah kita tak tau macamana keadaan jalan raya ke Kelantan. " Ustaz benarkan dan beritahu di mana berkumpul malam ni.
Ok dulu ya..esok Che Mid sambung saat-saat menarik dan mengharukan di Kelantan...
Moga sedikit sebanyak dpt meringankan beban saudara kita di sana CM.
ReplyDeleteApa kemampuan kita selain memberi apa yg mereka perlukan.
Nak buatkan rumah tak mampu. Kesian tengok mereka tinggal dlm khemah. Sedih:(
Betul sangat tu kak. Tengok dalam fb dan tv pun dan kesian sangat, ni lagi yang dapat tengok depan mata..rasa tak nak balik..
DeleteAlhamdulillah.. DIA permudahkan urusan Che Mid dan mereka yang bertungkus-lumus dengan urusan tersebut.
ReplyDeleteaamiin..tengah buat sambungan catatan perjalanan ni..he he tunggu naaa..
DeleteCabaran2 itulah yang menjadikan perjuangan kita tu semakin manis kan kak.. Saya tak sabar nak tengok macam mana akak nak sumbat segala barang tu dalam Nazaria. Koman2 kena guna lori 3 tan sepatutnya tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Seronoknya jadi Che Mid berkesempatan membuat kerja amal sebegitu.
ReplyDeleteAlhamdullilah...moga sumbangan2 telekung, sejadah, Surah Yasin..dan termasuklah sumbangan masa & tenaga akak & the team mendapat ganjaran yg kekal abadi kelak...
ReplyDeleteBanjir itu ujian buat yg terlibat..
Juga ujian buat kita yg tak kena ...
Semoga perjalanan cik mid selamat dan dipermudahkan.
ReplyDeleteterharu baca tentang misi bantuan ni,
ReplyDeletemoga dipermudahkan yea, insha Allah
air jordan 1
ReplyDeleteTravis Scott Jordan
paul george shoes
off white clothing
hermes outlet
ggdb sneakers
kd 15
yeezy 380
stephen curry shoes
off white clothing