Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 6 November 2015

RM10 je...Wah Banyaknyaaa..

Assalamualaikum semua..salam Jumaat yang penuh barokah ini. Mari banyakkan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammd saw. Allahumma solli a'la Muhammad! Sollu 'alaih.

Ish tak sabar nak cite ni..

Mulanya macam ni.. Che Mid terasa nak sedekah barang  sikit pada rumah anak yatim. Tanda kesyukuran sebab suami dapat kerja baru yang berdekatan dengan rumah. Bukan banyak pun, setakat sekampit dua beras je. Pastu tergerak hati nak ajak kawan-kawan. Che Mid kata RM10 je pun takpe. Kalau 10 orang dan RM100, kalau 20 orang dah RM200. Paling-paling pun dapat RM300 - RM400 pun Alhamdulillah sangat. Boleh lah tambah gula, tepung dan susu. 

Bila dah ada duit ditangan, eh macam mana nak belanja ni. Berapa portion nak beli? Panik kejap.. Cuba tanya biras tercinta yang memang dah buat projek macam ni. Borak lebih kurang. Antara tipsnya ialah:-

1) Hubungi pengurus/penjaga dan tanya status penghuni - bilangan, jantina dan umur dll.
2) Seboleh-bolehnya beri barangan, jangan wang tunai 
3) Belikan makanan yang jarang mereka makan di hari-hari biasa
4) Belilah barangan yang baik 

Telefon Ustaz Zubir, pengurus rumah anak-anak yatim. Ustaz kata, " Anak-anak ada 35 orang umur antara 4-12 tahun. (Che Mid dengar ada anak umur 4 tahun..dah sebak kat dada ni). Kami perlu banyak sabun basuh sebab kami ada 6 buah mesin basuh. Tapi kalau boleh jangan beli sabun yang murah sangat ya, cuci tak bersih la. Kalau puan nak beli sardin, kalau boleh beli Adabi ke atau Pertima, murah sikit tapi yang penting halal. Anak-anak minum Milo dengan susu, dua kali sehari ya puan."

Lembut je suara Ustaz Zubir. Terasa ketulusan menjaga hal ehwal anak-anak yatim dan miskin. Mungkin ada orang sebelum ini yang beri bantuan dengan barangan yang terlalu murah tapi tak sesuai dengan kualiti atau status halalnya diragui. 

SHOPPING time.. Ibu pilih barang, Farhan tolak troli, Farah tukang kira.. alahai rasa nak borong satu kedai.

Tengok ada seorang ibu muda beli jenama ini. Kita pun pilih ini juga. Ustaz kata nak banyak..kami beli 2 carton x 8 paket 4 kg = RM128.90

4 paket besar Milo RM31.50 = RM 127.40


Susu Gold Coin satu carton RM104.90

Sabun mandi, pencuci pinggan dan clorox

Terfikir untuk buat spesel sikit. Selain dari barangan asas, kita siapkan set sarapan dan minum petang. Maknanya bila orang yang nak memasak tu, tengok barang kami ni dah boleh masak terus.  Jadi ada bahan nasi impit dan kuah kacang, bahan untuk bubur kacang dan nasi lemak. Santan pun kami beli satu carton, saiz besar RM93.80. Selain dari tu, ada gula, ikan bilis, cili kering, bawang merah, bawang putih, kentang dan rempah-rempah. 

Telur beli banyak-banyak pun takpe. Budak-budak suka makan telur, tahan lama pulak tu.


Tengah pilih ikan bilis.


Dah masuk dalam kereta. Tolak kerusi ke dalam, ada banyak ruang. Masa ni telur, kicap dan tepung tak beli lagi. Farah dah tersalah kira kut..congak-congak masa pilih barang dalam RM650 je, jadi ada baki untuk beli barang basah dan kudapan..tapi bila kira di kaunter rupanya dah mencecah RM760. Oops..!! 
Tak dapat le kami beli seperti yang dirancang. Tak apa lah..Jumlah kesemua pembelian ialah RM831.80 selepas ditambah beberapa item lagi. 

Che Mid hubungi semula Ustaz dan janji akan ke sana selepas Asar. Bila minta alamat, rasa macam pelik je. Rupanya tempat ustaz ni lain dari yang Che Mid nak pegi.  Cadangnya nak ke rumah yang dekat dengan taman kami je. Rupanya Che Mid dah silap 'save' nama dengan nombor telefon. Tidak mengapalah..Allah Maha tahu. 


Memang rezeki anak-anak Nur Kasih ni. Boleh hubungi Ustaz Zubir di 013-2749579. Nama lama rumah ini ialah Rumah Hembusan Kasturi dan nama baru ini dibuat di bawah ROS.


Dah sampai. Bila Ustaz Zubir nampak je barangan tu. Dia kata, " Banyaknyaaa.."

Tu la kan, kita cuma minta RM10 je dari kawan-kawan, ada juga yang beri lebih..orang kata tutup sebelah mata je. Kalau pi KFC, satu snack plate je dah lebih RM10 kan. Tapi bila dengar mulut ustaz tu kata, " Banyaknyaaaa..' Allahukbar.. yang sikit kita bagi tu, sangat besar kesannya pada ustaz tu. 


Ini barangan berjumlah RM800 lebih. Kalau ikutkan tak banyak mana pun..masa beli Milo dan susu, dalam hati kata," Mahalnya harga Milo dan susu ni. Ustaz tu kena beli untuk 35 orang minum, dua kali sehari..Allah..sebak.." Patutnya kerajaan kena bagi harga diskaun atau kupon percuma untuk anak-anak yatim dan miskin ni. Bukannya tambah dengan gst!!


Kiri sekali ialah Puan Mariam, isteri Ustaz Zubir. Dari tutur katanya, rasanya beliau ni orang yang bijak dan baik. Seorang penulis, (Ustaz seorang penerbit buku) tetapi sanggup sepenuh masa memelihara anak-anak kurang bernasib baik di rumah mereka sendiri. Tu tengah merujuk kepada senarai barangan. Tak payah le nak belek-belek beg satu persatu kan. Bila diterangkan tentang set minum petang yang kami siapkan, Puan Mariam kata, " Tu la, tadi macam nampak nasi impit je.." Alhamdulillah..suka dengar he he.. yang baju pink tu adik Nor, adik aka jiran yang ikut temankan.

Jom kita tengok belah dalam rumah Nur Kasih ni..

Bilik tidur anak-anak perempuan. Ruang tengah yang sangat luas.  (Kami tak pegi bilik anak-anak lelaki).  Masa ni lengang je sebab anak-anak ada yang belum balik sekolah petang. Ada juga yang baru lepas mengaji.


Sederet loker berdepan dengan katil. Belah hujung nuuu..bilik air yang besar. Ada bekas air besar..boleh mandi ramai-ramai rasanya.


Bilik belajar dan mengaji. Tak sempat edit..sebenarnya tak lah segelap itu. Belakang tu ada deretan sofa yang selesa.

Rak buku dan kitab


Ruang dapur yang terpisah antara dapur kering dan basah. 



Dapur lagi


Ruang tengah..tiada perabut. Untuk makan dan solat berjamaah.


Bahagian hadapan. Ada rumah kontena yang dijadikan pejabat dan tempat simpanan pakaian terpakai yang terlalu banyak. Pakaian tersebut dipilih untuk dijual secara 'bundle'.


Bahagian belakang rumah.


Di tingkat atas katil, ada dua orang anak-anak kecil terganggu tidurnya dek kehadiran kami.


Farah dan Khadeeja bergambar dengan anak-anak 

Yang bertudung hijau dan cokelat adalah anak kembar berusia 8 tahun. Penghidap dyslexia ini dilahirkan tanpa kemahuan ibu kandungnya. Mahu diserahkan kepada keluarga Cina di hospital, namun digagalkan oleh keluarga Melayu yang kebetulan ada dihospital. Mereka berdua dipelihara oleh orang tersebut tapi tak daya akhirnya disebabkan dyslexia. Berak kencing pun tak terjaga. 

Akhirnya diserahkan kepada rumah ini. Puan Mariam dan Ustaz Zubir mengambil alih tugas sebagai ibubapa. Merujuk ke hospital untuk rawatan dan JKM untuk pengesahan OKU. Sekarang sudah boleh mengurus diri dengan baik dan belajar di sekolah khas. Ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu, ada ibu bapa angkat yang menjenguk atau mengambil pulang ke rumah. 

Ini baru satu kisah nyata di bumi Malaysia tercinta ini.

 Dari 35 orang anak-anak ini, cuma 10 orang anak yatim. Selebihnya anak-anak mangsa perceraian ( atau mungkin tidak sah taraf ). Ayah entah ke mana. Kalau ada pun sudah berkahwin lain, tak mau dah jaga atau beri nafkah. Si ibu pula, tiada pilihan untuk keluar mencari rezeki..tak mahu mengupah pengasuh, akhirnya anak diserahkan ke rumah ini. 

Ini juga kisah nyata di bumi Malaysia tercinta ini.


Puan Mariam di belakang..menyimpan sejuta rahsia dan cerita. Menyerah sepenuh harta dan jiwa untuk anak-anak ini. Solat hajat dan dhuha beliau dan suami serta tawakkal pada Allah swt, memohon rezeki untuk anak-anak ini entah dari mana datangnya. Menurutnya juga, " Sepatutnya ada orang dah janji nak datang bagi sumbangan barang dapur bulan ni, tapi tak datang-datang." Alih-alih kami yang datang bantu. Subhanallah..terkedu kami. Inilah sebab rupanya Allah "beri" alamat yang salah tadi. Rupanya Allah mahu kami bantu anak-anak rumah ini dahulu. 

Ini seorang lagi anak. Tentu ada juga cerita sedih disebalik keberadaannya di sini kan...hmmm..


Kami tinggalkan anak-anak menjelang senja yang gerimis. Anak-anak melambai, meruntun hati kami yang sentiasa menahan perasaan. Sebak dan sedih melihat anak-anak itu. Marah dan geram pada orangtua yang tidak bertanggungjawab pada darah daging sendiri. Kagum dan respek pada kesungguhan Ustaz Zubir dan Puan Mariam, yang mencari redha Allah melalui cara ini.

Kita??? Pada yang belum bermula, ayuh hulurkan tangan kurangkan beban. Pilihlah cara mana dan pada siapa yang kita suka dan selesa. Biar sedikit tapi istiqomah. 

Asalnya 10 ringgit je..pada yang menerima..Wahhh..banyaknyaaa!!



















19 comments:

  1. SALAM JUMAAT CHEMID...SEBAK HATI BACA N3 CHEMID NI...SISI KEHIDUPAN MARHAEN YG SUKAR SUSAH XRAMAI YG TAHU DAN AMBIL TAHU...ADA YG MENGANGAP KITA SENGAJA MEMBESARKAN PERKARA YG REMEH HAKIKAT SEBENARNYA XMAHU MENERIMA KENYATAAN RAMAI YG HIDUP TERHIMPIT DAN PERLUKAN BANTUAN...LAIN KALI AKAN CUBA CARA CHE MID NI KALAU ADA REZKI NK BERSEDEKAH..KE RUMAH ANAK YATIM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama-sama infaq.. pada che mid, bila dah ada niat..tak usah tangguh. buat je..ajak anak-anak sekali supaya anak-anak tau betapa bernasib baiknya mereka ada kita..

      Delete
  2. Allahuakbar,...semoga sedekah cikmid dengan rakan2 dapat mengurangkan bebanan mereka.
    Kesian anak2 ini...bertapa beruntungnya anak2 kita..

    ReplyDelete
  3. Terkesan dihati kakak membaca entri Cm ini dari mula sehingga akhirnya
    Melihat mata anak-anak tak faham kerenah dunia hari ini buat hati terusik CM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbiar begitu saja pun ada, bagaimana lah anak-anak ini jika tidak ada yang 'mengesan' kesusahan mereka. Akidah pun boleh tergadai..

      Delete
  4. semoga anda sekeluarga dimurahi rezeki yang berlipat ganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga orang-orang disekeliling. pada Che Mid, wang ringgit dan ilmu yang kita ada, wajar dikongsi..tak banyak sedikit..

      Delete
  5. Hanya bermul dengan RM10 hingget sahaja kan Che Mid..
    Hendak dgn tak nak jer bersedekahkan..
    Semoga Allah ganda kan rezeki Che Mid dan kekawan yg bersedekah tu..

    Tu lah skrg kena cari rumah anak yatim yg benar2 dhaif..
    Jika kita beri yg senang sikit.. mula lah pemberian kita dijualnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Masa di rumah rasa macam tak kisah je. Rasa macam tak penting pun RM10 tu. Tapi bila dah membeli barang, terbayang je muka anak-anak tu. Rasa nak beli semua!!

      Delete
  6. Sebak saya baca che mid... tapi ada juga rumah anak-anak yatim yg tak mahu terima sumbangan berbentuk makanan... (tak perlu saya cakap namanya...) ini berlaku pada kawan saya yang ingin menghantar sumbangan tapi bila di talipon 'pengetuanya' cakap tak mahu barang makanan tapi nak duit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar..mohon Allah pelihara anak-anak ini dari tangan-tangan yang rakus..

      Delete
  7. Allahuakbar....Semoga apa yang che mid lakukan mendapat ganjaran dari Allah swt.

    Kak Zai pernah juga bagi duit dan barang2 makanan pada rumah anak yatim diIpoh. Excited betul mereka bila nampak kita datang bawa barang makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang kami silap hari tu tak beli jajan..ingatkan nak beli aiskrim tapi tak de kedai berdekatan tempat tu. Mujur masa tu ramai anak takde di rumah masa kami sampai. Kalau tak, memang terkilan sangat..

      Delete
  8. Salam isnin kak. Singgah sini

    ReplyDelete
  9. Tak dpt tengok gambolah Che Mid. Rasa tak puas pulak.
    Alhamdulilah....rezeki mereka dan rezeki Che Mid jugak tu. Moga murah rezeki Che Mid dan kengkawan...

    ReplyDelete
  10. Ada beberapa grup whatsapp saya sering buat aktiviti begini. Kami join semampu mungkin. Tp ada sorang kawan yg selalu isi mpvnya penuh2 dan round kampung2. Mana2 yg dhaif, fia singgah, beri salam, letak barang dan move out. Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  11. Ada hikmahnya Allah biarkan kita buat silap. Mungkin mereka lebih memerlukan bantuan. Sebak rasanya bila membaca kisah anak-anak yatim ni. Lebih-lebih lagi bila memikirkan separuh dari mereka bukannya anak yatim tapi ditinggalkan. Kalau kita yang mendengarnya sebak, apatah lagi si anak yang ditinggalkan begitu ya!

    ReplyDelete