Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 21 November 2011

Doaku di hari ulang tahun perkahwinan ke 18


Ya Allah ya Rahman ya Rahim... lapan belas tahun dahulu, pada tanggal 20 November 2011, aku dan suami telah diijab kabulkan.

Atas dasar cinta, kami memulakan gerbang perkahwinan dengan penuh liku dan onak duri, sementelah kedua-dua kami pernah gagal pada perkahwinan sebelum ini. Sewaktu bernikah, aku adalah janda beranak satu (Farhan) dan suami pula duda beranak satu ( arwah Firdaus, meninggal 10.10.2004.. al-Fatihah)

 Kami bangkit membina kehidupan dari celah-celah penderitaan lalu yang amat memedihkan. Tiada persandingan atau hantaran, cuma akad nikah wajib pengikat hubungan. Tanpa wang dan harta, kami kuat menerjah gelora yang tak henti-henti membadai. ( Sahabat baik kami sedih melihat rumah sewa pertama kami yang kosong tanpa perabut..) Keajaiban cinta dan kasih sayang merupakan kunci membolehkan kami terus melangkah dengan senyuman.

Namun Allah swt sentiasa memelihara kami, ditambah lagi dengan sokongan dan doa ibu bapa dan keluarga ke dua-dua belah pihak. Keajaiban cinta dan kasihsayang adalah senjata untuk kami terus melangkah dengan senyuman. Dihiasi dengan kehadiran putera dan puteri; Farah Khalidah, Faris Khalifah dan Faiqah Khadeeja, kehidupan kami tambah bahagia. Tiada apa lagi kami pohon selain keimanan dan keredhaan dariMu ya Rabbi.


Bertambah manis, menjelang subuh hari ulang tahun perkahwinan kali ini Ya Allah, aku telah khatam membaca kitabMu buat ke sekian kalinya. Memakan masa hampir 2 tahun untuk khatam disebabkan 'gangguan' dari Deeja yang sentiasa mahukan perhatian. Beberapa kali Deeja hampir mengoyakkan helaian suci al-Quran itu Ya Allah, namun akhirnya aku berjaya lagi dengan izinMu. Semakin banyak kali aku khatam, semakin aku rindu untuk membacanya lagi ya Allah. Ku mohon ya Allah, kau rahmatilah hidupku suami isteri dan keluargaku serta Kau lapangkanlah kubur kami nanti ya Allah. 


Melengkapi hari ulang tahun ini juga, anak-anak semua berkumpul bersama. Kami berkongsi meraikan hari bersejarah ini bersama-sama dengan izinMu ya Allah. Akhir sekali ya Allah, kurniakan kami dan anak-anak kebahagiaan dunia dan akhirat. Robbana atina fiddunya hasanah, wafil akhiroti hasanah, waqina 'azabannar. Amin ya Robbal 'alamin.

19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam che mid,
    Selamat hari ulangtahun perkahwinan buat kak suami isteri. Alhamdulillah, kira perfect family tu. Saya tumpang seronok, lihat anak-anak kak semua dah 'tinggi'. Saya ntah bila lagi. :) Moga bahagia hg ke akhir hayat. :)

    ReplyDelete
  3. SElamat ulangtahun perkahwinan kak. SEmoga dirahmati Allah

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun akak. semoga terus berbahagia & di berkati hendaknya

    ReplyDelete
  5. Selamat meyambut ulangtahun perkahwinan...Ke-dua itu mungkin lebih membahagiakan...:)

    TAHNIAH!

    ReplyDelete
  6. kami doakan semoga berkekalan sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  7. Semoga gembira selalu disamping keluarga tersayang...

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun perkahwenan ..semoga bahagia berterusan..insyaallah

    ReplyDelete
  9. Salam buat akak

    Liza adalah pembaca setia blog akak dari dulu hingga sekarang. Banyak yang liza belajar dari akak. Dari saat kenangan akak terdahulu sehingga terkini memang Liza tak pernah lepas pandang membaca. Dan kini akak berada di rumah baru tetap Liza ikut. Semoga akak berbahagia dan begembira di samping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  10. Indah - T kasih atas ucapan dan doa. Perasan ya ketinggian anak-anak he he

    ReplyDelete
  11. Nurbeena/ Pena Rozi/ Eelobor - T kasih banyak2, terus baca blog ni tanpa jemu ya..

    ReplyDelete
  12. Junaina - Sangat setuju. CM sedih bila lihat ada pasangan yang sanggup menderita drp berpisah. Hidup ini terlalu singkat utk mencari bekal akhirat. Jangan takut utk mencuba yang kedua, selebihnya serah pada Allah swt

    ReplyDelete
  13. Kazman/ainoraini/acik erna - t kasih semua CM doakan kalian pun begitu juga..

    ReplyDelete
  14. Liza - Akak hargai perhatian Liza pada akak selama ini. Akak doakan Liza pun kuat menghadapi saat2 sekarang. Insyaallah, jika bahagia yang kita cari, Allah akan beri jua satu hari nanti

    ReplyDelete
  15. salam kak che mid..

    sweet entri kali ni.. selamat menyambut anivesari ya! tarikh nya cantik sekali..

    semoga akak dan suami berkekalan hingga ke syurga..amin..

    tahniah ya! =)

    ReplyDelete
  16. selamat ulangtahun perkahwinan kak...saya doakan supaya kekal bahagia selamanya..memang untuk hidup bahagis pengorbanan itu penting...Alhamdulillah akak berjaya kekalkan..

    ReplyDelete
  17. Salam, che mid. Tahniah dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke-18 tahun. Semoga berbahagia sentiasa demi suami dan anak2 tercinta....:)

    ReplyDelete
  18. Salam Che Mid,
    Semoga berbahagia ke akhir hayat. Happy family, suka saya tengok.

    ReplyDelete