Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 29 November 2011

Dua kali kena dalam seminggu

Rabu 23 Nov 2011, jam 9.00 pagi...di Sungai Petani.

Che Mid memandu Ria menghala ke bandar untuk menghantar Farah ke tempat menunggu bas yang akan membawanya ke Kuala Lumpur. ( Farah menyertai program Karnival Kesenian Sekolah 1Malaysia ). Deeja duduk di hadapan sambil menonton dan menyanyikan lagu-lagu nasyid kegemarannya. Farah duduk di belakang (tak tau kenapa..mungkin banyak barang yang dibawa..)

Masuk ke lebuhraya, jalan sedang dibaiki dan kon-kon membentuk laluan dua lorong menjadi satu lorong. Dari lorong kiri, Che Mid kena masuk ke lorong kanan., tapi ada sebuah lori memandu agak laju di belakang sebelah kanan. Teragak-agak nak masuk terus atau tidak, tiba-tiba terdengar dentuman dari tepi kiri...

Rupanya Che Mid terlanggar salah satu kon oren di tepi jalan. Kemungkinan besar kon itu melantun ke cermin sisi dan turut terkena cermin tingkap, betul-betul di tempat Deeja duduk. Cermin sisi pecah berderai, langsung tidak berfungsi.. cermin tingkap sedikit calar. 

Deeja menjerit, " Ibu.. takut..takut!".. Terus Farah angkat dan peluk Deeja. Nampak muka Deeja ketakutan walaupun tak menangis.( Nasib baik cermin tingkap ditutup.. tak boleh bayangkan apa akan jadi pada Deeja kalau tingkap terbuka.. )


Isnin, 28 November 2011 di rumah Klang.

Hari ni hari ke empat di Klang, teringin  nak ke pasar malam dekat rumah. Tangan sebelah kanan pimpin Deeja.. ( Deeja lagi...) tangan sebelah kiri pegang dompet. Sedang kami berjalan lenggang kangkung sambil melihat-lihat rumah jiran...

Tiba-tiba terasa pergelangan tangan kiri Che Mid disentap kuat.. Manik-manik dari gelang tangan bertaburan.. Che Mid menjerit, " Allah" sekuat hati... Rupanya Che Mid hampir diragut oleh dua lelaki bermotosikal. Cuba mencopet dompet tapi mujur cuma terkena tangan..dompet tetap kemas dalam genggaman.  Lelaki bertopi keledar tu terus berlalu perlahan dengan selambanya seolah takde apa terjadi.. hebat betul..Motor tu pulak buruk dan kotor, plat no tak jelas...

Alhamdulillah, kami tak apa-apa.. dan Deeja pun ok..tak sedar pun yang ibu dah hampir kena ragut..


25 comments:

  1. malang tak berbau..

    mm.. harap kak che mid oke selepas kedua-dua kejadian tuh..

    seram juge baca..esp yg ragut tuh.. nasib baik si peragut tak patah balik n kacau akak..

    ReplyDelete
  2. benda nak jadi.. nasib baik selalu ada kan..:)

    Gamaknya sekadar menragut tuh benda tak menjadi kesalahan besar kot bg anak2 muda skrg.. menakutkan sungguh... minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  3. salam che mid

    alhamdulillah

    semuanya selamat walaupun agak mencemaskan buat kak

    kena berhati2 sikit di tempat org ramai , malaun2 sekarang berada di mana

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah che mid selamat dari diragut..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik selamat dr peragut....Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Salam Che Mid,

    Takut Kak Ros baca cerita Che mid ni...berhati hati lah selalu ya...malang ni tak berbau...

    ReplyDelete
  8. Fatin marz - Pada malam yang sama, rumah adik pula dimasukki pencuri, laptop, barang kemas dan beg tangan beserta wang gaji lesap..

    ReplyDelete
  9. Mama maman - Saya setuju poin mama tu. Ada jiran yang dimasukki pencuri selepas waktu maghrib.. berani sungguh orang buat jahat sekarang ni..

    ReplyDelete
  10. rezeki - Sama-sama la kita ya. Sekarang ni dah tak boleh kenal orang baik atau orang jahat..

    ReplyDelete
  11. Acik erna - Alhamdulillah, masih boleh berbw he he

    ReplyDelete
  12. Shaiful - Alhamdulillah, tapi rumah adik che mid pulak yang berjaya disonglap barangan berharga..

    ReplyDelete
  13. Ros - Rupanya di taman che mid, memang sedang musim.. banyak jiran yang dah kena..err.. macamana nak folow Ros ni, akak cuba tak boleh la..

    ReplyDelete
  14. kena hati2 akak, sekarang nie macam2 cara depa nak cari duit cara senang. risau jika guna cara yang lebih kasar. selalu gak berpesan pada wife agar hati2

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah che mid dan anak selamat.

    ReplyDelete
  16. eelobor - setuju sangat.. kaum ibu dan anak kecil selalu 'tertinggal' di rumah tanpa pengawasan orang lelaki..

    ReplyDelete
  17. Zaitun - T kasih kak Zai sering tinggal jejak..

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah, selamat...
    moga kita pun berhati2 juga...

    ReplyDelete
  19. Ya Allah... mujur xde apa2 kan...
    masalah ragut ni x bkesudahan...
    Tp mujurlah semuanya selamat...
    amin

    ReplyDelete
  20. Ya allah.. Dugaan nyer. Semoga kuat ek....

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah akak selamat dari di ragut , hati2 pasni ye kak

    ReplyDelete
  22. Salam kenal..
    Alhamdulillah che mid selamat...

    ReplyDelete
  23. Sallam,

    Alhamdulillah, Che Mid selamat
    dari kena ragut dan kereta pun
    tak ada apa2.

    ReplyDelete
  24. Salam, che mid. Syukurlah che mid dan anak2 terselamat dari musibah. Kak pun semasa memandu dan pimpin anak ke kedai selalu berwaspada. Kita usaha, lepas tu tawakal dan doa... berdebar jg baca kes ke dua tu.......

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, selamat. Risau je baca kes ke 2 tu...

    ReplyDelete