Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 3 November 2011

Jangan Lupa Kunci Pintu

Rumah Che Mid di SP ni di kawasan baru. Banyak rumah kosong lagi. Depan rumah ada padang permainan yang luas. Belakang rumah pun tak berpenghuni cuma hujung kone lot je ada orang tinggal. Pendek kata, memang sunyi sangat..siang sunyi, malam lagi la..

Che Abang kata, " Kalau siang-siang kat rumah tu pastikan pintu belakang sentiasa kunci. Gril pun kunci jugak. Baru ni kawan abang cakap ada pencuri  masuk dapur siang-siang hari."

Che Mid kata, " Habeh, macamana nak sidai kain, siram bunga.. cabut rumput.."

Dua hari lepas dapat berita anak kepada kawan ofis hilang di depan rumah di Puchong. Anak dijumpai semula esoknya di Ipoh.

Che Abang kata, " Masa abang out stesen ni, Ida kena antar Faris tuisyen. Hati-hati, jangan lupa kunci pagar bla bla bla...Kan kat paper ada cerita ragut la, anak dibawak lari dengan kereta sekali.. bla bla bla lagi..."  

Kelas Faris mula pukul 8 habis pukul 10.00 MALAM. Jadi kena EMPAT kali keluar masuk rumah.
 
Che Mid kata, " Tau.. Tapi dengar la ni..Mula-mula, buka grill, lepas tu buka pagar,  bawak Deeja masuk kereta. Stat enjin, buka pintu (takut terkunci dari dalam). Tutup pintu rumah, kunci gril. Bawa kereta ke luar pagar. Tinggal Deeja SORANG-SORANG dalam kereta dengan pintu terbuka sebelah pemandu, tutup dan kunci pagar. Baru jalan..

Dah sampai rumah pulak, tinggal Deeja SORANG-SORANG dalam kereta, buka pintu pagar, buka gril, buka pintu rumah... jalan lagi keluar pagar, masukkan kereta. Lepas tu ambek Deeja bawak masuk rumah, barulah tutup dan kunci pagar. Selamat.. ".

Che Abang mengeluh panjang...

Rumah kawan dia (tak jauh dari rumah kami) rumah dimasukki pencuri, tuan rumah lena...cam no tu.. sedar-sedar esok pagi, banyak barang hilang..

Jadi, Che Mid cakap kat Che Abang, jangan cerita la pasal benda-benda tu, buat orang takut je..  nak buat kerja rumah pun tak senang, nak keluar rumah pun rasa orang perhati..tiang ampai kain pun nampak macam badan orang...orang TNB datang cek bil pun dah pikir lain..ish ish

Doa je lah banyak-banyak ya...life must go on and on and on.. kan...

29 comments:

  1. betul tu kak che mid..
    lgkh berjaga2 perlu sentiasa diambil..

    supaya dpt elak prkara x diingini..
    bgus peringatan ni..
    ;)

    ReplyDelete
  2. Fatin - Kelakar la panggil akak kak che mid.. panggil kak mid la...

    ReplyDelete
  3. cuma beringat selalu, semoga di jauhkan dari dugaan itu.

    ReplyDelete
  4. Sallam Che Mid,

    Yelah sekarang ni, mana-mana pun,
    dan apa-apa pun perlu berhati-hati,
    penyangak sentiasa ada dimana-mana,
    dan memerhati je, asal kita lalai je,
    mereka terus ambil kesempatan.

    Walau apa2 pun,semuga Che Mid sekeluarga selamat.

    ReplyDelete
  5. Dapat rasakan sekarang dalam rumah pun kena sentiasa berhati-hati. Negara kita dah tak aman lagi...

    ReplyDelete
  6. kasihibu - Itulah doa kita setiap harikan..

    ReplyDelete
  7. Lipislady - Betul. Malang tak berbau ...kadangkala susah nak kenal orang baik dengan ada niat tak baik..

    ReplyDelete
  8. kakzakie - Setiap kali nak masuk rumah, terdetik juga dalam hati .. ada orang ke dalam rumah walaupun berkunci..

    ReplyDelete
  9. area kawasan umah saya nie pun kawasan gelap gak. sealu berlaku kecurian. paling tak tahan, datang letak pisau kat leher makcik yang tengah siram pokok bunga pagi2. abis rantai di leher kena rembat

    ReplyDelete
  10. banyak sgt berita yg tak elok sekarang ni
    takut je kan

    ReplyDelete
  11. Moge tidak jadi peristiwe tidok diingini

    ReplyDelete
  12. Salam, che mid. Memang bnyk peristiwa tak diingini, boleh berlaku. Kita kena hati2 dan berdoa serta tawakal selalu....:)

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga ....
    kami pernah balik dari kampung lepas tu sampai rumah habis bersepah semua kerana rumah digeledah pencuri.....

    ReplyDelete
  14. salam kak..bagus ingatan tu.. selamat hari raya aidiladha dari saya.. thanks ye singgah blog saya

    ReplyDelete
  15. Aduss la...mmg la kalau dok pikir2 benda2 mcm ni rasa makin takut...
    Tak pikir pun...kena pikir jugak....kena beringat, buat yg terbaik dan last sekali baru tawakkal...
    Kdg2 marah gak (dlm ati) "awat la depa beli umah tp x mau mai dok..." hehehe...
    Nasib baik baca entri ni siang2...kalau baca tgh2 malam mesti x bleh tdo...
    Nk p ketuk umah akak ..."tumpang tdo" :-D

    ***jiran akak***

    ReplyDelete
  16. Salam Che mid,

    Memang pun kena berhati hati selalu,Kak ros pun sorang2 jugak kat rumah ni...la ni penjenayah banyak sangat.siang2 hari pun depa dan berani masuk rumah.Apa pun beringat selalu..

    ReplyDelete
  17. salam che mid...tok tok ada org tak ni?? hehe sori wiyah tak tau che mid dah pindah rumah baru...anyway selamat berhijrah ke dunia alam maya yang baru & salam aidiladha

    ReplyDelete
  18. area kawasan rumah amy ni pun boleh di katakan gelap dan sunyi..sellau kalau x de rumah amy minta bantuan pak cik dekat sini , minta tunggu kan rumah kalau x sure la kena pecah masuk..sebab dah banyak kali terkena..

    ReplyDelete
  19. eelobor - Nampaknya jadual harian kena tukar. Siram bunga dan sapu sampah di halaman kena buat waktu malam..

    ReplyDelete
  20. kasihredha - Tu sebab che mid tak nak fikir sangat. Makin hari makin banyak benda pelik-pelik berlaku..

    ReplyDelete
  21. Nizam - Di rumah Klang dulu, 2 kali orang jahat mausk rumah. Sekali tu tengah malam, tak sedar apa pun. Esok pagi baru perasan baranag dah hilang, nasib baik anak-anak tak diusik

    ReplyDelete
  22. Kak Imun - Betul. Terutama masa siang hari, suri rumah je kat umah..

    ReplyDelete
  23. Kazman - Masyaallah, tentu terkejut sangatkan...

    ReplyDelete
  24. Juwita - T kasih kembali, lepas terus bergurau senda na..

    ReplyDelete
  25. anon - Siapalah makhluk Allah sorang ni??? Meh datang menjelmakan diri, kita lepak kat padang mainan tu nak..

    ReplyDelete
  26. Ros - Kalau diikutkan serba tak kena jadinya..malam tidur tak lena, siang pun apa kurangnya..

    ReplyDelete
  27. Wiyah - Eh, awak pun ikut blog akak ke... sunyi senyap je.. t kasih laa sudi jenguk ya..

    ReplyDelete
  28. Amy - Elok gak ada pakcik baik hati macam tu.. tapi kalau pakcik tu takde, sape pulak tengokkan rumah pakcik tu ya..

    ReplyDelete
  29. Sekarang byk bahaye. Kene lebih berhati2.

    ReplyDelete