Malam minggu lepas, Farah dan Faris dah tengok Ombak Rindu di Central Square, Sg Petani. Balik rumah bukan main eksaited cite pada ibu. Farah kata dia nangis.. Faris pun nangis. Kalau dah anak bujang pun nangis maknanya ok sangat la cite ni kan.
Malam Isnin, para sepupu datang ke rumah SP. Farah beria-ia kempen suruh tengok Ombak Rindu jugak. "Pergilah sekarang, mid nite show ada malam ni". Farah konfiden ada mid nite sebab malam semalam pun ada. "Best giler tau.. Faris sampai nangis-nangis tengok... pergilah korang.., esok nak jalan tempat lain dah tak sempat tengok.., lusa nak gerak Langkawi pulak.."
Dalam penat-penat baru sampai, tambah dengan 'kempen' dari Farah, sepupu sepapat pun sama naik eksaited. Disebabkan, mereka baru sampai dan tak faham jalan ke pawagam, Farah sanggup pujuk abah untuk tunjuk jalan. Abahnya pun setuju naik kereta satu lagi untuk tunjuk jalan walaupun jam dah nak tengah malam. Balik nanti pandai-pandai carik jalan sendiri.
Keluar rumah pun dah pukul 11 malam, harap sempat nak tengok 11.30 punya show. Sementara 8 orang anak-anak dara dan bujang keluar di'eskot' oleh Abahnya dan pakcu, ibu-ibu kat rumah dok menyembang sambil minum malam.
Jam 12.30, dengar kereta berhenti. Itu rasanya kereta Pak Ngah kut. Bukan, kereta budak-budak nonton wayang dah balik. Farah pun cepat-cepat berkejar, " Macamana! Best tak.. nangis kan..kan" Lepas sorang-sorang Farah tanya.. Mula-mula dia orang kata best giler.. nangis sampai banjir la...Tapi rupanya..
"FARAH! MANA ADA MID NITE!! Kami sampai sana, pekerja wayang tu suma nak balik, dah turun lif!!"..
Tu la akibat teruja sangat nak tengok Ombak Rindu, sampai tak teringat nak cek ada mid nite ke tidak. Farah pun main cakap je, sebab masa dia pergi semalam, memang ada mid nite..
Ni satu lagi, " Abahnya dan Paksu ke mana pulak ni, orang tengok wayang dah balik rumah, yang menghantar tak balik lagi." Bila ditanya lepas tu, " Eh, kitaorang pun main ombak jugak... kat kedai mamak"
hhhaaaa... kelakar la org yg mengantar tuh,.. berombak rindu kat mamak eks..:)
ReplyDeletex per..leh tgk next time.. =}
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDelete:) hehe.. penangan ombak rindu. Dulu baca novelnya berulangkali. Bunyi best jer filemnya, bila dengar kempen Farah. :D
selamat petang Che Mid,
ReplyDeletesana sini orang kata best betul OR tu, tapi belum tengok lagi
hahahaa..
ReplyDeletesabo je la ye kak...
yg tersasarrr ke mamak ombak rindu tu tak tahan...
nangis jugak la kiranya...nangis frusttt...hehe
ReplyDeleteche mid..ombak rindu punya hal ye..tak dapat jugak tengok sebab tak de tayangan larut malam..
ReplyDeleteHihi siannya bebudak tu, takpe tgk cd pon jadikla, abahnya berombak teh Tarik tu hihi
ReplyDeleteHuhu untung la c farah n faris dh tgk.....nie x dpt tgk g nih y duk bengang dgr irg citer.....pape pun kak meh follow blig bru sy erindryana.blogspot.com
ReplyDeleteabah & paksu dia pandai guna kesempatan... huhuhu
ReplyDeletehhahhahha.. dasyat pengaruh ombak rindu tu ek..
ReplyDeletemama maman - abang peluang si abang lepak dgn adik bongsu.. bukan senang nak jumpa tu.. sorang di SP, sorang di KL..
ReplyDeleteFatin - Memang pun, budak-budak tu pergi lagi malam esoknya.. bila sepupu berkumpul, tak lepas peluang hang out sesama..
ReplyDeleteIndah - ha ha jangan percaya sangat kempen farah tu.. nanti ada yang salah panggung pulak he he
ReplyDeleteAmie - Kita ni bukan jenis kaki wayang kut.. dah veteran kut..
ReplyDeletemak encik - si bapak ambik peluang lepak kt luar, tak sedar anak balik rumah duluan ha ha
ReplyDeleteKamsiah - ha ha betul, ada seorang anak buah yang beria nak tengok malam tu jugak sebab esok paginya nak ke Changlun.. nangis la dia kempunan nak menonton dengan cousins..
ReplyDeleteacik erna - macamanapun ia akan jadi kenangan kelakar bila mereka jumpa balik lain kali..
ReplyDeleteajumhit - he he tunggu astro first macam aju gak kut..
ReplyDeleteKuchiki - Eh, awak pun pindah rumah jugak ya.. ok.. berukband ok akak masuk singgah ya..
ReplyDeletehe he he akak....camne leh main redah jer g...tengok lagi lain kali lah nanti...ada lagi kat panggung kan..
ReplyDeleteUmmiarrisa - Tu la akibatnya over eksaited... padan muka..
ReplyDeletehaaaa3x.... lawak la citer ni... punya la nak tengok ye kak mid...
ReplyDeleteKazman - nak buek camno.. nama pun budak tengah naik..
ReplyDelete