Pada tahun 2009, Che Mid telah mengambil inisiatif menganjurkan Hari Keluarga Haji Ismail iaitu keluarga sebelah bapa Che Mid. Sekali lagi tahun ini, Che Mid diminta untuk menerajui sekali lagi program sama. Insyaallah, masih diperingkat perbincangan dan jika tiada aral, majlis akan diadakan Februari 2012.
Apa yang sangat menarik apabila menganjurkan program sebegini ialah Che Mid terpaksa menggali asal usul dan mencari kisah-kisah lama terutama berkenaan datuk nenek dan moyang (orang Jawa panggil Buyut). Selama ini cuma mendengar nama moyang ketika nama disebut di dalam tahlil saja, tetapi sekarang Che Mid kena 'mengenali' siapa moyang Che Mid.
Nama datuk dan moyang sebelah bapa Che Mid - Hj Ismail bin Hj Nor ( Hj Ismail mempunyai 6 beradik, 2 di Malaysia, 4 lagi di tanah Jawa)
Nama nenek dan moyang sebelah abah Che Mid - Hajjah Hadiah bt Hj Salleh ( Hajjah Hadiah mempunyai 2 beradik ..)
Nama datuk dan moyang sebelah emak Che Mid - Haji Abd Ghani bin Kassim (Haji Abd Ghani ada 3 beradik yang merantau ke Tanah Melayu.. adik beradik di tanah Jawa tidak diketahui berapa orang)
Nama nenek dan moyang sebelah emak Che Mid - Hajjah Sakem bt Ibrahim ( Hajjah Sakem cuma ada seorang adik yang masih sihat)
Ha, macamana dengan kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik semua, cuba tes tengok, apa nama datuk, nenek dan moyang anda pulak..
Laluan... kalau ada entri menarik tentang hari keluarga (bukan korporat punya tau) bolehlah rekemen pada Che Mid untuk dapatkan ilham..
Laluan... kalau ada entri menarik tentang hari keluarga (bukan korporat punya tau) bolehlah rekemen pada Che Mid untuk dapatkan ilham..
Oooo.... sama la kita kak... buyut kat jawa tengah.... jayi dengan nyayi belah emak merantau sini.... setakat johor dgn selangor banyak persamaan keturunan jawa kan...
ReplyDeleteaina buta salasilah...monyang2 semua dah meninggal bila aina lahir. yang terakhir pergi mengadap ilahi monyang (nyang) perempuan emak kepada tok ayah (datuk) sebelah mak. Sebelah nenek pulak aina panggil nenek meninggal masa aina sekolah rendah lagi...
ReplyDeletesebelah bapa memang tak kenal langsung walaupun setakat tok saudara, setahu aina monyang sebelah bapa meninggal sebelum aina lahir lagi...
kalau ikutkan sebelah mak kak Zai ramai sangat kelurga begitu juga sebelah ayah,tapi kebanyakkannya kak Zai tak berapa kenal,terpisah sebab darjat.
ReplyDeletesalam perkenalan..
ReplyDeletesaya menyinggah dari blog Cinta tadi..
Entry akak ni buat saya kene mula mengenali salasilah keluarga sendiri dan keluarga mertua, supaya anak-anak kenal saudara...
jemput singgah ke laman saya yang tak seberapa... eizaieza.blogspot.com
saya sama ngan kak aina iaitu agak sedikit buta bab2 susur galur salasilah keluarga nih. sudah la agak kurang mencari saudara2 yang jauh, asyik pergi mari dengan keluarga yang dekat jer. adik beradik, sepupu dan pakcik & makcik jer. belah2 saudara jauh, kurang sangat ziarah menziarahi.... kekadang teringin jugak ingin mencari mereka....
ReplyDeletesusur galur ...menarik unk di cari
ReplyDeleteNama moyang saya Merasa dan Awang Kecik(nama org dulu2)
saya lak..
ReplyDeletebelah abah, alos & musip
belah mak, dara & idris
walaupun dah bercucu cicit cuit.. dia tetap dipanggil dara... heeeheee nama org dulu2..
=}
sebelah arwah ayah..sy tahu smpai tokki jer.. tu pon x pernah jumpa.. sbb arwah mninggal sebelum kewujudan sy lg..
ReplyDeletesebelah mama la.. sy tahu byk generasi gak.. sbb cousin mmg ada buat salasilah family kami dr moyang dlu.
berkunjung sob..salam blogger
ReplyDeletesalam kenal dan sukses selalu ..:)
Bile tah nak mengenali moyang PR
ReplyDeleteKazman - Wah jangan-jangan kita sedulur tak ha ha
ReplyDeleteJunaina - Onyang Che Mid sebelah mak, ada gak Che Mid jumpa tapi masa tu dah tua sangat, berkedut seribu nak dekat pun takut...
ReplyDeleteZaitun - Ini betul-betul mcm antara dua darjat ke Kak Zai.. ada juga kes che mid dengar yang sampai putus sedara sebelah mak setelah mak meninggal dan si ayah berkahwin baru..
ReplyDeleteeiza - Salam kenal dari Che Mid dan terima kasih sudi singgah. Sebaiknya kena jaga sejarah keluarga utk panduan anak cucu kita nanti..
ReplyDeleteeelobor - Che Mid kira beruntung sebab masih tinggal di kampung asal. Jadi kubur tok nenek semua ada di sini. Alhamdulillah..
ReplyDeletekasihredha - wah cantik dan unikkan nama Melayu asli dulu dulu
ReplyDeleteFatinmarz - Tentu onyang kita bangga kalau cucu cicit dia masih ingat nama mereka kan...eh, ada ke orang lelaki nama 'Teruna' hi hi
ReplyDeleteLyafarina - Rajin cousin Lya.. baru-baru ni ayah Che Mid ke Jogjakarta mencari sedara di sana.. rupanya ada sepupunya masih hidup dan sihat..
ReplyDeleteOutbund Malang - T kasih sudi singgah..
ReplyDeletepena rozie - ait.. pelik je bunyi je..
ReplyDeletebarulah ta tau
ReplyDeletechrome hearts outlet
ReplyDeleteoff white hoodie
supreme clothing
yeezy gap
jordans
bape
alexander mcqueen shoes
goyard
jordan 11
kyrie shoes