Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 30 December 2011

Senda Jumaat - Salah orang

Salam Jumaat sahabat sekalian. Maaf tak berziarah, jadual terlalu padat. Sesuatu yang 'besar' telah berlaku tetapi tidak boleh diwar-warkan buat masa ini. Akan diberitahu bila dapat lampu hijau nanti. 
______________________________________________________________________________

Mula-mula pelik juga. Dua tiga orang lelaki dok pandang semacam. Lepas tu bercakap sesama sendiri. Di pasar basah semasa membeli ikan, atau di gerai-gerai beli kuih untuk minum petang atau ronda-ronda di uptown Sg Petani. 

Pernah di satu pameran anjuran UMNO bahagian, seorang tua meluru ke arahnya sambil menghulur salam. 

Pernah juga sewaktu kami ke majlis kenduri walimatulurus di Alor Setar, berkerumun orang lelaki bersalam-salaman, rasa macam YB pun ada ..

Lama kelamaan dah jadi biasa. Bersalaman dan senyum mesra dah tak jadi hal lagi.. dah paham..
La ni.. cheq habaq mai..


Ini suami saya...

 Ini pun memang suami saya...tidak syak lagi..


 Haaa.. ini baghu betuii...buleh salam-salam, mintak sain ka apa ka...







Mukhriz anak Mahathir si ahli Parlimen..

Inilah yang terjadi sejak Che Abang berjambang. Che Abang kata kesian juga orang-orang yang dah tersalam kemudian perasan salah orang, tapi dia buat biasa saja, tak mau jatuhkan air muka orang tu.. Ada juga yang berani kata, " Ingat Mukhriz tadi.." atau " Encik ni.. sebijik macam Mukhriz.."

47 comments:

  1. hehehe....sebenarnya dah lama saya nak cakap. dari pertama kali saya baca blog ini, & tengok gambar pun saya dah perasan.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Che Mid...

    Ooooo... kes pelanduk dua serupa, ya? :)

    ReplyDelete
  3. ekekekee...
    mmg nampak mcm serupa haha...

    terimakasih sudi follow saya ya.

    ReplyDelete
  4. chemid; a'ah..samalah tapi tak serupa..gurau je..selamat thn baru ye..

    ReplyDelete
  5. Sallam Che Mid,

    Memang mirip sangat,
    kalau pandang sekali memang tak perasan..
    Sebijik macam mukhriz..

    ReplyDelete
  6. muka husband akak sama sangat macam mukhriz, saya ingat orang yang sama :)

    ReplyDelete
  7. Memang ada iras 2...kalau sekali imbas tengok org tak perasan.

    ReplyDelete
  8. mmg betul la... hehehe... untung free2 jd org terkenal nih.. hahaha

    ReplyDelete
  9. hehehe..ok la tu, boleh juga la rasa jadi YB :)

    ReplyDelete
  10. pelanduk dua serupa kak..kann ada 7 orang muka iras kita di dunia ni...mesti seronok kena kerumun kan?memang serupa lah kak...

    ReplyDelete
  11. Mata kakak pandang gambar pun mula-mula keliru CM. Betul memang boleh jadi kembar seiras... sesekali CM jadi datin ye... eh... memang pun datin kan:)

    ReplyDelete
  12. mak encik - andai kata terserempak, tengok betul-betul baru tegur ok..

    ReplyDelete
  13. kasihredha - memang seiras terutama tang mata dengan hidung tu..

    ReplyDelete
  14. eelobor - Oh ya ka.. sampai macam tu sekali seirasnya..

    ReplyDelete
  15. Kakcik Seroja - Pelanduk dua serupa la.. tapi ada yang terkena sampai dua tiga kali.. sian pada orang tu..

    ReplyDelete
  16. Queenie - sebenarnya mereka berdua tu memang saling mengenali, tapi dulu che abang tak berjambang jadi tak le seiras mana..

    ReplyDelete
  17. potpetmama - memang tak serupa terutama poketnya.. ha ha

    ReplyDelete
  18. pena rozie - memang nampak serupa tapi kalau kedua-duanya ada bersama, rasanya ketara perbezaannya..

    ReplyDelete
  19. Lipislady - Kalau terjumpa di Lipeh tu, suami saya la tu.. balik kampung ha ha

    ReplyDelete
  20. filza - ish, mana buleh sama.. isteri Mukhriz cantik dan cumill.. Che Mid ni montellll...

    ReplyDelete
  21. Junaina - Che abang dah kata nak buang jambang tu, tapi che mid tak bagi, ya la dah susah-susah bela, biarlah lama-lama sikit baru buang..

    ReplyDelete
  22. mamamaman - che abang tu oke je.. cuma kesian pada orang yang tersalah anggap tu.. malu kut kan.. tapi dah tersalam..

    ReplyDelete
  23. syariza09 - he he terkenal tak kena tempat..

    ReplyDelete
  24. ummiarissa - ha ha, nanti kalau terjumpa di Lipeh, jgn ingat Mukhriz lak ok, tu kami balik kampung ha ha

    ReplyDelete
  25. kakzakie - ha ha.. datin? Agaknya sultan manalah sanggup anugerah gelaran datuk pada suami che mid tu ya...

    ReplyDelete
  26. alahai...tak pasai2 dapat gelaran Datin nanti

    ReplyDelete
  27. hehehehe...sya gelak nih, sbb memang seiras jugaklah.

    ReplyDelete
  28. Diana - T kasih sudi tinggal komen.. diana pernah jumpa yang seiras ke..

    ReplyDelete
  29. Imanshah - he he apa salahnya.. masin mulut cikgu, satu hari betul saya jadi datin..

    ReplyDelete
  30. kasihibu - CM suka kongsi cerita kelakar macam ni.. kalau ada yang gelak.. ok la tu.. boleh hilangkan stres..

    ReplyDelete
  31. Kena pasang pengawal peribadi ni Che Mid

    ReplyDelete
  32. Mat Som - emm idea bernas..DEEJA ha ha

    ReplyDelete
  33. Salm Cik Mid,

    La....Kak Ros pun ingat mukhriz tadi,rupanya Kak Ros tertipu Ha.ha.ha......Sebijik la cik mid,serupa ..

    ReplyDelete
  34. Ha'ah la Kak Mid..sebijik..kalau orang tak tahu memang orang ingat Datk Mukhriz..

    ReplyDelete
  35. ye lah kak CM..
    tingat ttg kata2 'lam dunia ni ada 6 muka yang serupa..' eh..betul ke 6?? mm..

    ReplyDelete
  36. yer la..lebih kurang samo la...

    ReplyDelete
  37. Salam CM

    Haritu masa mama ke rumah Tun, Dato tu sdg bawa Cayenne Porchye...hehe memang iras banyaklah...

    ReplyDelete
  38. Kak Ros - He he. boleh terpedaya sekejap kan..

    ReplyDelete
  39. Lina - Maknanya kalau terserempak tu, kena tengok isteri dulu.. kalau montel tu suami akak la he he bukan dato yang punya isteri kiut miut tu..

    ReplyDelete
  40. Fatin Marz - tujuh orang la..

    ReplyDelete
  41. Papa Mimf - samo.. duo kali limo.. ha ha

    ReplyDelete
  42. mama ju - ha ha.. sebenarnya mereka berdua juga saling mengenali..

    ReplyDelete
  43. Rahayu aka Mak Chu7 January 2012 at 19:18

    ha ha ha... jgn pulak bila org jumpa the real Mukhriz tiba2 dia bertanya.. Che Mid sihat? or Che Mid mana? mau kelat2 jer muka Mukhriz sebab x tau nak jawab apa....

    ReplyDelete
  44. Hahahaha... org hansum siapa x mau kenal????

    ReplyDelete