Satu hari di rumah Klang. Semasa perbincangan sempena dengan hari keluarga sebelah abah Che Mid. Yang hadir termasuklah emak, abah, beberapa orang adik beradik abah dan sepupu-sepupu Che Mid.
Che Mid - Hari keluarga kali ke 2 ni kan, Mid cadangkan kita jemput sekali sedara atuk dari Johor. (Sebenarnya kami bukan rapat dengan sedara Johor, cuma sesekali je ke sana kalau ada jemputan kawen..)
Abah - Macam mana ko nak jemput orang Johor tu..jauh la.. sanggup dia orang datang sini.. (Abah ni jenis pesimistik.. sikit-sikit tak boleh, sikit-sikit susah..)
Che Mid - Boleh je bah, Mid dah kenal seorang cicit Atuk Rasit dari FACEBOOK, nanti boleh mintak tolong dia uruskan bagi pihak sedara Johor. Jadi, kita tak payah risau pasal orang sana..tak payah nak turun Johor pun..
Abah - Oohh..ya.. (Abah mengangguk kepala macam paham.. tapi muka blurr habisss...adik beradik abah yang semuanya tak sekolah tinggi dan umur pun lebih kurang abah pun senyap je.. tak berani tanya apa menatang FACEBOOK tu..muka pun buat-buat paham.. )
Emak - Ala, tau la dia nak uruskan.. kita ikut je.. ( Emak ni lain sikit, dia jenis over konfiden pulak.. walaupun dia pun bukan tau sangat, Che Mid ikut perangai dia la. he he )
Esoknya, emak bertandang ke rumah. Jadi Che Mid buka FACEBOOK dan tunjuk la gambar sedara Johor tu.
Che Mid - Ni lah orangnya mak. Dia dah kata sanggup nak tolong jadi wakil untuk kumpulkan sedara mara Johor datang ke sini nanti.
Emak - (Sambil mata merenung tajam ke skrin.. cuba mengecam wajah ... mana tahu kenal..) Semalam abah tanya mak, " Macamana Mid tu nak bagi tau orang Johor, betul ke dia ada kenal orang sana? " Mak jawab, " ALAH.. SENANG JE.. DIA TEKAN-TEKAN KOMPUTER, JUMPALAH ORANGNYA.."
Sebab nak jaga air muka mak, terpaksalah Che Mid tahan gelak....macamana agaknya reaksi abah bila mak cakap macam tu pada dia..lagilah muka abah jadi double blurr kan..
Yahanana Events
Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?
Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?
Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.
Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!
Friday 23 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehhehe.. nasib baik diorang tu tak pandai nak main fesbuk kalau tidak ngalahkan kita pastinya... emak saya pun ada kata cuba cari sedara kat dlm internet tu hahahhaha agaknya bila mendgr kita cari kawan2 lama dlm fesbuk tu, itu yg dia pun minta kita cuba cari sedara2 yg dah lama tak jumpa. gelihati pulak. agaknya mereka ingat tekan je nama, keluar gambar org tu agaknya..
ReplyDeletehehehe..main tekan-tekan je che mid
ReplyDeleteHihi... mak CM tu bagus dia take the thing easy tak mahu peningkan kepala. Nampak CM tekan-tekan keyboard itu dia kata kat abah macam tu.
ReplyDeleteMoga dapat bertemu saudara yg diharapkan. Mana tahu sekali kumpul org Johor tu salah satunya kakzakie hahaha.....
secangkir madu merah - ha ha dah cari ke belum.. bayangkan kita, mak abah dan anak-anak berebut2 lap top nak main fesbuk ha ha
ReplyDeleteIla - Orang tua kan.. tak reti nak sebut facebook.. macam susah bebeno nak keluarkan perkataan baru.. jadi tekan-tekan je la.. Tapi mak selalu juga jiran cerita perkembangan che mid ni Kedah melalui facebook.. kiranya di up to date gak lah..
ReplyDeleteKakzakie - Mak memang amcam tu .. tu sebab tak makan tua.. kalau akak asal orang Parit Yaani mungkin ada can jadi sedara.. he he..
ReplyDeletehihihihi...
ReplyDeletekita pun orang johor kak..
kot2 sedara..kekeke
hehehehe...boleh tahan jugak kemodenan MAK yer
ReplyDeletemain tekan2 eks.. mungkin tahu tp belum jelas tuh.. hhhaaa..
ReplyDeletemak encik - Kalau asal parit yaani.. mungkin sedara la kita.. cuba cek tengok..
ReplyDeleteeelobor - ikut peredaran zaman la.. kalau tak tau pun buat-buat tau je..
ReplyDeletemama maman - he he kita yang muda ni tak nak ajar yang tua pulakkan.. cian mak dan abah..
ReplyDeletehehe....kalau mak saya pun selalu mcm tu, tekan2 komputer dah boleh tahu kata dia..:)
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDeleteCucu zaman IT :) beruntung dapat kenal sedara melalui fesbuk.
Insya Allah, kalau semua sepakat, tentu dapat kenal semua sedara dan brkumpul. Moga Allah menyatukan hati keluarga kak.
Gud luck, kak. Saya tumpang bahagia. :)
ala...so suwet mak tu...
ReplyDeletetekan2 je ye..hehe~
skrg semuo nyer dihujung jari..:)
ReplyDeletemcm pernah dgr nama rasit..tapi dimana ya?
ReplyDeletehehee.. kawan sy punya nama ayah...dia pun dari johor..
indahouse - Insyaallah Indah.. bukan senang nak buat majlis macam tu.. banyak kerja nak buat..tapi che mid cuba realisasikan hajat orang tua.
ReplyDeleteAti - dah tak reti nak sebut benda-benda baru dan pelik bagi dia orang.. cakap tekan-tekan je la..
ReplyDeletePapa mifz - ya betul. terpulang pada diri sendiri dan selera masing-masing..
ReplyDeleteFatin - he he cuba nak kenen-kenen tu.. kut tersangkut ya.. tak mungkin la fatin, rasit yang che mid sebut pangkat onyang dah.. anak yang masih hidup berumur hampir 100 tahun...ha ha
ReplyDeleteIbu - sentiasa ingin bangga dengan anaknya. :)
ReplyDeletekakcik - Ibu itu lah penaik semangat anak..
ReplyDelete