Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 22 December 2011

Gang KL beraksi di SP

Siapakah orang yang paling gembira bila ada sedara mara datang ke rumah. Tak lain tak bukan tentulah Deeja.
Deeja dan Azian - tak berenggang langsung.. tengok tu.. minum susu pun sanggup share satu sofa.. Deeja tak heran kat ibu langsung.. sibuk 'menghiburkan' tetamu dengan keletahnya. Tidur pun hampir 2 pagi...


Deeja dan Awish... besar esok kalau tengok gambar ni semula  emm...tentu malu-malu..

Mati kutu dan ke'boring'an kena tinggal  suku sakat yang ke Langkawi. Deeja 'protes' lukis muka dengan celak ibu...masa ni ibu tengah sidai kain kat belakang rumah..




Bermain di taman sebelum Azyan balik KL. Muka dah masam mencuka.. seolah-olah tahu sekejap lagi akan berpisah.. Si Azyan ni memang sayang pada Deeja. Ibu dia kata dah sampai KL baru sehari dah ajak jumpa Deeja semula.. ingat dekat ke ooi!



Suka hati tuan rumah bila tengok tetamu suka hati. Dah siap makan kenyang dan solat zuhur.. Ni bergambar ramai di padang permainan depan rumah kami. Riuh rendah.. nasib baik takde jiran yang melenting!!


Gegels - merana jongkang jongket tu jadi tempat bertenggek golongan lebih umur...he he.. P/s : Baju yang ibu pakai tu Farah belikan. Terima kasih sebab ingat ibu yan sayang.. Farah pun beli t-shirt untuk abah, Deeja dan abang Ayan.. guna duit poket yang abah kasi dan tambah dengan duit sendiri... ( eh, duit RM100 yang kerajaan bagi tu ke.. )

Bobois pulak jadi tugu kejap kat gelongsor..



Ole-ole dari Langkawi.. mangkuk kaca kat belakang tu Mak Lang beli untuk setiap famili, satu famili satu.. terima kasih ya.. kebetulan memang Mak Ngah teringin sangat nak beli.. cantik untuk hidang puding roti atau makaroni bakar...

Kenangan manis ini akan kekal dalam ingatan. Che Mid rasa, blog inilah yang paling banyak bercerita tentang perjumpaan keluarga, samada belah Che Mid sendiri atau pihak suami. Harap pembaca tak jemu menatap wajah-wajah kami selalu ya..

31 comments:

  1. suka sgt... hhheee.. kami lak jarang2 berkumpul tp payah skali nak duduk ambik gmbr ramai2.. ada2 je hal... suka tgk.. mengingatkan famili sy lak..:)

    ReplyDelete
  2. bestnya kak mid dpt berkumpul ramai2...Liza pulak time raya jerla yg dpt berkumpul dgn adik beradik semua....sedih. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. mama maman - CM pun perasan. asyik kita je tepek gambar sedara mara..famili mama duduk jauh-jauh kut...

    ReplyDelete
  4. liza - kenalah buat sesuatu. Kalau tidak nanti anak-anak tak rapat dgn mak pak sedara..

    ReplyDelete
  5. Keluarga CM macam keluarga kakak suka dtg konvoi so bila berkumpul terus sekali. Masak sama-sama, makan sama-sama. So kalau jadi sesuatu senang...

    Deeja jenis tahu saudara sebab dah biasa ibu-ayahnya ajar kenal saudara. Baguslah CM...

    ReplyDelete
  6. best lah cik Mid..seronok tau bila keluarga berkumpul macam ni..

    ReplyDelete
  7. walaupun berconteng muka..deeja tetap comel

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa.. byk loe2 dr langkawi ye.. hehee

    ReplyDelete
  9. Wah dah balik dari Langkawi. Seronok habislah yer.

    ReplyDelete
  10. tak jemu..suka tgk kelaurga akak..hepi jer

    ReplyDelete
  11. bestnya tgk happy family...pegi berjalan ramai2 cenggini meriah kan kak

    ReplyDelete
  12. banyaknya buah tangannya Che Mid, tak pergi langkawi pun berbaloi2lah.

    ReplyDelete
  13. Kakzakie - Setuju sangat, kita pun kena ingatkan anak-anak supaya teruskan tradisi macam ni..kalau tak takut sepupu sendiri pun tak kenal..

    ReplyDelete
  14. Norliza - Betul, kalau ada salah faham tu buang jauh-jauh.. forgive and forget..

    ReplyDelete
  15. kasihredha - Ha ha.. deeja dah ada peminat setia nampak!

    ReplyDelete
  16. Lia - Mak lang yang bershopping sakan.. pemurah betul dia tu.. trip ke Langkawi tu dia yang belanja, semoga Allah limpah lagi rezeki banyak-banyak..

    ReplyDelete
  17. Kunang-kunang - he he Che Mid tak pegi la.. jadi jaga rumah je..

    ReplyDelete
  18. Ila, terima kasih terus setia dgn blog CM ni..

    ReplyDelete
  19. ajumohit - Deeja menangis-nangis nak ikut dia orang balik KL

    ReplyDelete
  20. Jun - Sesekali pergi Langkawi begitulah.. bukan dekat dan bukan murah..

    ReplyDelete
  21. Aruz - The best sebab banyak gambar Afrus dalam ni kannnnn...

    ReplyDelete
  22. sib baik la conteng ngan celak. kalaulah conteng ngan marker pen, alahai.....

    banyak dpt brg2 nusantara

    ReplyDelete
  23. syariza - macam-macam ada... ubat urut lintah pun ada.. heeee... geli...

    ReplyDelete
  24. salam kenal,

    pergi lawatan cik kiah
    ke sungai petani ke..?

    ReplyDelete
  25. bestnya...happy family - saya pun ada jugak seperti ini...memnag happening la!

    ReplyDelete
  26. Ati - T kasih.. lawat tempat lain, Sg Petani jadi tempat transit..

    ReplyDelete
  27. Farid - T kasih sudi follow semula..

    ReplyDelete
  28. sonata - Alhamdulillah.. moga berterusan ya cikgu..

    ReplyDelete