Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 11 April 2013

Gaji Pertama, Farah Belanja Makan

Salam semua, hari ini nak borak-borak tentang Farah belanja kami sekeluarga makan-makan selepas dapat gaji bulan  Mac lepas.

Farah keje sekejap di Giant Klang masa tunggu result SPM hari tu. Dapatlah dekat RM1000. Cukup suka betul dia bila cek baki duit di ATM. Pertama kali dalam hidupnya dapat GAJI, itu pun ibu kena ajar tekan-tekan di ATM tu. Bila dah dapat tahu ada duit kat bank, terus eksaited tak tau nak buat apa. Nak keluarkan ke? Eh, sayang pulak. Dah setengah jalan balik, eh, nak keluarkan duit pulak. Pusing balik la.. Malam tu jugak terus ajak kami keluar makan burger. Siap ajak atuk dengan mak nenek sekali.


 Memang Farah teringin sangat nak makan burger ni. Kami ke seksyen 7 Shah Alam. Sebab kat situ ada nasi Arab, boleh atuk makan. Atukkan tak berapa minat burger-burger niii..

 Ni dia burger besar.. YB punya!!

 Dah potong empat pun besar gak lagiii!!


 Farah dengan burger besar dan nasi Arab.. seronok betul dapat belanja orang makan ya.. semoga rezeki semakin murah.. Dua burger besar dan satu nasi Arab special campur kambing dan ayam.. cukup untuk 7 orang makan..

 Faris yang tak berapa sihat lagi pun tak mau ketinggalan.  Bertongkat kiri kanan lagi..

 Ayan dan atuk. Deeja menyelit di tengah..

 Atuk dan nenek berselera makan. Tapi yang kelakarnya, masa atuk dapat tau Farah nak belanja makan, atuk kata, " Tak sampai hatilah atuk nak makan..."  Ha ha,  mungkin kesian cucu gaji kecik nak belanja orang makan pulak..

 Tahun depan Faris belanja kakak pulak k..

 Si Deeja sibuk buat muka bila ibu nak snap gambar..berselera sungguh bila dah makan ramai-ramai

Terutama ayam yang lembut dari nasi Arab.. abang Ayan tukang suap. Deeja kunyah laju-laju pas tu mintak abang Ayan suap lagi.

Sebulan je Farah kerja di Giant. Ibu tak suka sangat sebab waktu kerja tak menentu, bila ada emcee job susah nak ikut ibu. Lagi pun ibu suka Farah duduk rumah, boleh belajar memasak. Esok lusa bila dah belajar balik dan duduk jauh dari ibu, boleh masak yang elok-elok sikit. Taklah asek masak megi goreng dan nasik goreng je..tak gitu?

19 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah.... Semoga semakin murah rezeki Farah. Dah sebulan tu, oklah tu. Ada juga pengalamannya kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat kita ni, lepas exam je, berebut-rebut kawan-kawan carik kerja. Masing-masing tak sabar nak cari pengalaman bekerja sementara tunggu result..baru tau macamana penat cari rezeki kan..

      Delete
  2. Didikan siapa ini? Begitulah CM dah mula nak dpt menuai apa yg CM tanam. Kalau benih yg baik tak mustahil membuahkan hasil yg memuaskan hati. Kakak terharu sebab teringat masa kakak dulu mula dapat gaji sebagai secretary cuma RM1200/- Sekarang kerja di Giant pun boleh dapat 1K. Bezanya dulu dgn sekarang kan CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je kak.. Cuma rasa bertuah sikit sebab Allah beri kita tempat tinggal dekat dengan bandar. Tak payah nak susah-susah cari kerja sementara spt cari rumah sewa atau bayar tambang mahal-mahal. Ni lunch time pun boleh balik rumah.. he he. Konsep Man jadda wajadda adalah paling tepat..

      Delete
  3. CM Aina harap suatu hari nanti anak2 Aina pun akan macam tu sentiasa mengingati orang2 sekeliling yang banyak berjasa pada dia. Alhamdulillah berkat didikan CM anak2 sentiasa letak keluarga di tempat no 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah semoga berpanjangan.. anak-anak depan mata ni boleh lah kawal lagi.. esok lusa bila dah ada kehidupan sendiri tak tau macamana.. doa je siang malam..

      Delete
  4. Alhamdulillah. Smoga rezeki farah bertambah.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    hehe anak mama masak pun tak lepas lagi...kalau masak lauk pauk punyalah lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Farah pun sama la Mama.. rasa masin, masam makanan tak balance lagi. tu tak masuk pekat cairnya.. memang kena ambik masa..

      Delete
  6. Syukur alhamdulillah...semoga bertambah lagi rezeki Farah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Insyaallah doa CM utk anak-anak akak juga

      Delete
  7. bagus farah ni...moga bertambah murah rezki ya...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang dah plan nak belanja famili, bagi ibu cash sikit dan utk kegunaan sendiri.. bila dapat emcee job pun ibu bagi duit poket, boleh guna utk top-up dan beli baju sehelai dua.. kena standby juga utk persiapan sambung belajar nanti..

      Delete
  8. Alhamdulillah... murah rezeki.. semua nampak seronok dan memang sedap nasi Arab tu!

    ReplyDelete
  9. Meriahnye tgok kluarga akk...bgusla farah tak lupa kluarga bila dpt gaji...alhamdulillah...sejuk perut akk dpt ank camni kan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Moga murah reZeki lagi lepas ni. Bagus anak anak CM. sumenye nampak bersatu hati.

    ReplyDelete