Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 26 April 2013

Hidup Mati - Takziah dan Muhasabah

Salam Jumaat semua sahabatku yang budiman.. hari ni sentimental sikit, entah le kenapa.

Sebelum Che Mid bercerita lanjut, ingat tak kes kemalangan yang melibatkan 5 nyawa terkorban di Lebuhraya Persekutuan malam minggu lepas? Rupanya salah seorang anak muda yang meninggal tu ialah anak kawan sekolah Che Mid. Terpampang gambar kawan Che Mid dalam suratkhabar Harian Metro tapi Che Mid cuma tengok sepintas lalu.. tak terfikir yang itu adalah kawan sendiri sehingga seorang lagi kawan Che Mid menelefon dan memberitahu kisah sebenar. Che Mid bergegas tengok balik gambar tu, memang sah itu gambar kawan Che Mid sedang murung kesedihan di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Che Mid melawat keluarga arwah petang itu, mendengar sendiri kisah saat-saat keluarga itu mendapat tahu tentang kemalangan. Rupanya, ada hamba Allah yang memuat naik video tempat kejadian. Status posting mengatakan mangsa di bawa ke hospital menyebabkan sahabat Che Mid itu bergegas ke sana selepas cuba menghubungi telefon tetapi tidak berjawab.

Tak terbayang bagaimana terkejut dan sedih apabila tiba di bahagian kecemasan, mereka diberitahu bahawa semua mangsa ditempatkan di Rumah Mayat. Maknanya SAH si anak meninggal dunia, secara tiba-tiba tanpa pesan. Mereka terpaksa mengecam jenazah yang masih berbalut plastik hitam.  Kecederaan teruk di muka dan kepala mungkin menjadi sebab kematian. 

Bila ditanya pihak hospital samada mahu memandikan sendiri atau mahu diuruskan oleh pihak hospital, keluarga arwah memilih untuk tidak memandikan sendiri. Tak sanggup melihat keadaan jenazah anak.

Tetapi alhamdulillah, semasa Che Mid melawat, nampak mereka sekeluarga tabah dan kuat dengan musibah ini. Si ibu redha kehilangan anak sulung yang bakal sedang menjalani latihan praktikal dan tidak lama lagi sepatutnya membalas budi orang tuanya.

Kejadian itu membuatkan Che Mid banyak berfikir tentang kehidupan diri sendiri yang juga mempunyai anak sebaya arwah. Anak lelaki yang sedang 'naik', terlalu sibuk dengan kehidupan bujang yang aktif dan sibuk ke sana sini. Pagi bekerja, petang bersukan, malam bersosial dengan kawan-kawan hingga tengah malam; masa di rumah menjadi terlalu terhad.

Che Mid yang sentiasa ada di rumah ini pun susah sangat nak tengok muka anak. Balik je, terus mandi, solat dan keluar semula. Ada saja aktivitinya. Makan pun ikut sempat.. kalau tidak, tengok apa ada bawah tudung saji ... rasa tak berkenan, tutup semula.

Ya, memang tak menyusahkan ibu abah.. sebab masing-masing buat hal sendiri, tapi kalau dah jadi macam kes di atas tadi macam mana? Tak ke tersentak kita dibuatnya? Masa tu nak cakap apa pun tak boleh, nak pesan apa-apa pun tak guna. Tau-tau rasa macam Ya Allah, sekejap je anak aku ada dengan aku, dah 'diambil' balik...

Dan sebelum Subuh tadi kesayuan makin memuncak. Terasa seperti kita bukan isteri dan ibu yang baik. Tak cukup beri didikan pada anak-anak dan mula salahkan diri sendiri. Hidup di dunia bagaimana akhirnya dan di 'sana' nanti macamana pula kesudahannya. Andai Che Mid mati, adakah ketika itu sudah 'bersedia' untuk pergi dan 'bersedia' untuk meninggalkan anak-anak dengan ilmu dan didikan yang menjamin kehidupan baik di 'sana'. Allah! Takutnya.. airmata tak henti-henti mengalir..

 Pagi tadi Che Mid zahirkan di facebook..  


"Salam anakku yang dikasihi Farhan Azman, Farah Khalidah, Faris Khalifah dan Faiqah Khadeeja, agak-agak bila ibu mati nanti (ntah esok atau lusa) ibu masuk syurga tak? Kalau ibu dapat syurga, ibu nak anak-anak ibu dan suami ibu, Fazli Husainsama-sama masuk syurga. Kalau rasa-rasa ibu masuk neraka, tolong bantu ibu supaya ibu boleh masuk syurga ya anak-anak.. ibu takut neraka.."
Like · · Promote ·
  Maafkan kekalutan ku..


29 comments:

  1. Assalam,

    salam ukhwah dan salam kenal...

    kadang2 kita terlepas pandang, bila sesuatu berlaku didepan mata baru kita tersentak.

    Ramai yg begitu..yang pasti bagi seorang ibu dan isteri walau apa mereka buat dan walau dimana mereka berada yang pasti, keluarga tetap dihati..

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda , terima kasih sudi singgah sini..

      Seorang ibu, walau di mana dan siapa dia pun orangnya tetap meletakkan anak-anak dihadapan. Bila melihat ibu lain bersedih kerana Allah menamatkan riwayat anaknya, dan Allah masih memanjangkan usia anak sendiri, ia bagaikan satu amaran utk kita lebih bermuhasabah dan perlu berbuat lebih kebaikan dan memanafaatkan masa yang ada..

      Delete
  2. salam che mid
    Samalah kita che mid.bezanya anak che mid dah nak lepas semuanya.ta punya kecik2 lg.nice post che mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, semoga TA, CM dan yang lain-lain sentiasa istiqomah melalui hidup ini. Ujian dan cabaran tak pernah berhenti terutama dlm mendidik anak-anak. Mengingati mati adalah satu cara kita lebih merasakan diri sangat lemah dan rendah di sisi Allah swt..

      Delete
  3. Betul che mid. Masa jangkaan kiamat dec 2012 tak berlaku seperti yg diwarwarkan , ramai yg tanpa sedar mengucapkan ' kiamat lama lgi. Banyak tanda2 besar kiamat belum muncul'. Mereka lupa, kiamat untuk kita bakal muncul bila2 masa iaitu kematian kita. Mudah2an kita tak terlambat mengingatkqn anak2 kita. Kerana nyawa masih diberikan Allah. Takziah buat keluarga kawan che mid itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyawa diberikan Allah sangat singkat, tapi kita selalu alpa dan leka. Sibuk dengan itu ini yang entah apa-apa, astaghfirullah..

      Delete
  4. Betul tu kak. Saya selalu merasakan yang apa yg ada didunia ni adalah pinjaman. Tak sanggup rasanya kalau Allah ambik balik apa yang dia pinjamkan dari kita terutama sekali anak anak. Anak anak ni selalu menguji kesabaran kita. Serba salah jadinya. Marah salah tak marah pun salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat anak orang lain yang cacat atau sakit sudah cukup menginsafkan kita yang mempunyai anak-anak sihat. Tetapi menjaga dan mendidik yang yang cukup sifat juga tidak kurang mencabar dan memerlukan kesabaran dan kekuatan iman yang bukan calang-calang..

      Delete
  5. sebabnyer KA baca ni che mid

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Airmata Che Mid meleleh-leleh semasa menulis ... Ya Allah, jadikan airmata yang mengalir ini sebagai penghapus dosaku Ya Allah..

      Delete
  7. Sungguh kematian kita semakin hari semakin dekat tapi apa usaha kita utk membawa bekalan di sana kelak. Banyak tanggungjawab yg perlu dilunaskan apakah sudah dilaksanakan. Siapa pun takut CM. Kakak merasakan diri kian kerdil bila membaca N3 CM ini. Apa lagi anak-anak masih memerlukan bimbingan. Moga iman dan ketakwaan kita dapat terus dibajai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak boleh putus asa kan.. walau terkadang kecil hati dengan anak dan suami, pulangkan semula perasaan tu pada Allah swt. Dia yang Maha Mengetahui kenapa dia beri perasaan tu pada kita. Paling tidak kerana balasan kita dulu lukakan hati emak abah atau ujian nak hapus dosa kita.. selagi hayat dikandung badan, terus usaha dan redha..

      Delete
  8. Assalam, Al-Fatihah buat mangsa2 kemalangan.. mati adalah rahsia Allah, yg pasti satu ketika semua yg hidup akan melaluinya tiada yg terkecuali.. beribadahlah seolah2 kita akan mati esok hari, dan sentiasa berdoa agar mati kita biarlah mati dlm keadaan beriman kepadaNya.. InysaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Amiin, semoga doa kita siang malam akan didengari dan dimakbulkan Allah swt..

      Delete
  9. mia tengok video tu. husband yang tunjuk dalam fb. memang kesiannya. takziah dan al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid tak sampai hati nak tengok.. tapi apakah perasaan mak ayah bila tanpa disedari video ditonton itu rupanya anak sendiri.. masya allah!

      Delete
  10. Tak sanggup nak tgk video tu. Al-fatihah buat mereka.

    Sedih baca apa yg akk tulis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkara yang akak sedar bahawa sahabat bloogers yang akak pilih utk follow, alhamdulillah, semuanya baik-baik dan boleh jadi kawan suka duka.. walau tak kenal dialam nyata tapi boleh dirasa ketulusan dalam n3 masing-masing. harap berkekalan hendaknya..

      Delete
  11. ramai yang berkata tentang video ini, tak tengok pun...
    apa-apa pun takziah buat keluarga mangsa yang terkorban...
    sesungguhnya semua sudah tertulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, semuanya sudah tertulis dan menjadi rahsia dan misteri sehingga tiba masanya..

      Delete
  12. Bergenang air mata kak Zai baca n3 che mid...soalan itu juga selalu ada di minda kak Zai dan anak2 selalu menjanjikan yang terbaik untuk ibubapa mereka, alhamdulillah...Insha Allah.

    Takziah buat keluarga kawan che mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang disemai, itulah yang dituai kan kak.. akhirnya doa sahaja penguat hati. Bila anak depan mata, boleh ditegur.. tapi sampai bila..

      Delete
  13. Kalau saya carried away dengan entry CM nie, saya lagi teruk nangis kot. Anak saya sorang jer. Berat betul tanggungjawab dia. Kasihannya dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nangislah.. Allah suka orang yang banyak menangis kerana takutkan Dia..

      Delete
  14. kak... sedihnya.. hhhmmm.. sy pun sama.. entah sempat entah tidak kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali pandang, perjalanana seolah-olah sangat panjang utk ke pengakhiran..tapi tiba-tiba dikejutkan dengan kematian tiba-tiba orang lain.. Allah kan beri itu sebagai peringatan utk kita yang masih hidup.. Allah..

      Delete
  15. original site Website Related Site look here Recommended Reading get more

    ReplyDelete