Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 19 April 2013

Selalu bertengkar depan anak-anak... baca ni..

Salam berhujung minggu.. Sepatutnya esok Che Mid dan gang marhaban akan berjalan-jalan 'rombongan Che Kiah' ke Muar, Tangkak dan Melaka. Tapi las minit Che Mid ada job pada hari yang sama. Event yang sepatutnya dijalankan hari Rabu lepas terpaksa ditunda ke esok. Melepaslah Che Mid nak naik cruise dan beli kain raya!  Insyaallah Che Mid akan jadi pengacara majlis anjuran Petronas Meru esok, ada program Penghargaan Pelanggan. 

Untuk tatapan para sahabat hujung minggu ni, Che Mid tinggalkan satu artikel dari fb. Memang terkedu bila Che Mid baca.  Che Mid selalu berkongsi dengan anak-anak tentang ibu dan abahnya supaya mereka faham masalah kami, tapi harap-harap tak la sampai menghilangkan rasa hormat anak-anak pada kami.. nasib baik berdua bukan jenis marah-marah tak tentu pasal..

Tak taulah siapa tuan punya artikel ini, semoga Allah merahmati beliau atas perkongsian ini..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.



Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak



Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan....

33 comments:

  1. Bagusnya kak artikel nie, thanks krn kongsi..kami pun sll ckp kat anak kena respek ayahnya atau maknya..betul tuh anak2 mudah mengikut apa yg dia lihat berlaku dpn mata mrk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kredit pada penulis asal.. tapi memang bagus kan..

      Delete
  2. salam che mid
    Sesuai untk yg bru dpt anak.dan buat panduan kita yg dah lama ada anak.pe pun che mid.tq sudi share

    Dino setu iki orak lungo mareng didi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau mareng Petronas Meru, ono event sampek sore.. panassss banget!

      Delete
  3. Alhamdulillah.. artikel yg bagus sbg pedoman.. "tersedar"... tk

    ReplyDelete
  4. Bagus artikel ni. Nak fwd kat somi kasi dia baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha elok la tu.. sama-sama share.. che mid tak payah fwd kat suami, sebab akan baca terus di sini..

      Delete
  5. Betul tu cik mid..deoan anak2 kena bersikap baik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pernah dengar sendiri dari ibu contoh yang anak terpelajar, bila nak berbincang pasal mana nak mcari duit utk anak studi, mereka suami isteri akan bincang dalam kebun getah.. anak-anak tak tau langsung..

      Delete
  6. terima kasih atas prkongsian......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. che mid panjangkan saja.. kredit tak terhingga pada penulis asal..

      Delete
  7. betul tu..KY juga setuju dengan artikel diatas...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju jugak, takut kadang-kadang terlepas dek ikut emosi..

      Delete
  8. saya juga terasa sikit2...hehehe..takpe belum terlambat untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam...elok ingat mengingati sesama kita camni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun terasa sangat-sangat.. muhasabah terus!

      Delete
  9. Alhamdulilah che mid..suami saya tak pernah tegur saya depan anak2 begitu juga sebaliknya. Kalau ada perkara yg nak dibetulkan, selalunya samada dlm bilik@ berbincang sambil "ngeteh" berdua kedai mamak masa anak2 mengaji. Mungkin krn kami dapat anak dalam usia lewat kot...jadi kalau sorang tegur anak, satu pihak lagi selalunya menyokong dan menambah lagi adalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun amalkan yang sama.. satu lagi akak jenis yang susah menjawab balik bila depan suami (walaupun mulut becok). Kalau nak tegur suami pun pikir banyakkkk kali.. akhirnya tak jadik he he

      Delete
  10. Rasa macam nak menangis bila baca. Berapa ramai yang buat macam tu depan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, adaaa... dialog mcm, " Abah korang la tu bla bla.. " atau " mak ko pun sama gak.." aduii sedih..

      Delete
  11. terima kasih sebab share benda nih.. bagus sekali.. sebab tuh la kan anak keras nak dengar nasihat ibu/bapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... anak tak ikut apa kita cakap, tapi ikut apa kita buat..

      Delete
  12. yup betul tu setuju sgt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu-ibu yang follow blog Che Mid memang ibu yang hebat.. Che Mid taulaaah.. tu sbb Che Mid pilih utk follow he he

      Delete
  13. Namun, masih ada bapa dan suami yang tak boleh didik...dek tebalnya ego. Biasanya, Melayu lah... Tapi kalau muslimin, Insya Allah memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan kalau dpt suami panas baran.. bila marah tak ingat apa, bila dah sejuk baik sgt pulak.. anak-anak konfius..

      Delete
  14. Thanks for sharing kak. Memang tak elok klo bertengkar depan anak².

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem dik.. sama-sama kongsi ilmu..

      Delete
  15. salam cik mid
    Yok sarapan jumput .kambek wedang nescafe o. Dolan2 isuk nang kene

    ReplyDelete