Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 25 September 2011

Menu Raya

Kali ni Che Mid nak tunjuk gambar hidangan raya untuk tetamu yang datang. Kumpulan pertama masak-masak adalah untuk sahabat tadarus yang baru Che Mid kenal Ramadhan lalu. Semoga persahabatan terus kekal hendaknya. Amin.

Menu kita hari ini ialah lontong, khas untuk orang Kedah.. he he. Ni adalah rendang daging.

Ini mestilah kuah lontong, campuran sayuran dibeli di Cameron Highlands hari tu yang dibawa oleh ipar Che Mid. Orang bersedekah pada kita, kita sedekah pulak pada orang lain. Berpanjangan pahala tu kan..

Sambal tumis ikan bilis. Che Mid buat lempeng sikit untuk dicecah sambal ni, tapi tak sempat difotokan.

Sebelum kawan tadarus datang, jiran baru Che Mid pun dijemput awal sedikit. Puan Normah ni isteri Penghulu Kuala Ketil. Suka betul dia dapat makan lontong.

Inilah sahabat tadarus Che Mid yang baru dikenal Ramadhan hari tu. Semua baik-baik, peramah dan kuat agama. Sekarang ni pun, dah ada yang sambung kelas mengaji di kawasan berdekatan. Untung duduk di Kedah ni, tempat mengaji bertaburan di sana sini, cuma kita sendiri... hendak ke tak saja...

Sebelum balik, kami berselawat beramai-ramai. Terima kasih banyak-banyak na.... lepas ni kita berbalas kunjungan sepanjang syawal.

Untuk kumpulan kedua, iaitu rakan sekerja suami yang sama-sama berpindah dari KL ke Sg Petani. Empat keluarga semuanya. Che Mid mencuba makanan barat pula. Tiada gambar tetamu kerana tak teringat dek sibuk melayan tetamu yang datang serentak!

 Dada ayam panggang - Diperap dengan bawang merah, bawang putih, halia, garam, gula, madu, mix herbs dan kiub ayam yang dikisar halus. Che Mid panggang atas kuali yang dipanaskan dengan mentega.

Kentang putar  dari rebusan kentang yang dilenyek dan dicampur sedikir garam, gula dan susu tepung yang dicampur sedikit air suam untuk mengelakkan kentang putar menjadi keras bila dah sejuk.

 Coleslaw dari kubis bulat dan lobak yang direndam dalam air batu dan cuka. Selepas ditos, masukkan mayonis dan sedikit garam, sejukkan sebelum dihidang.

 Satu lagi salad sejuk - campuran sosej, ketam dan udang segar yang direbus sekejap. Masukkan mayonis, sos tomato, lada hitam, garam dan daun bawang. Sejukkan sebelum dihidang.

 Sos chicken gravy jenis 'Knorr' dibancuh dengan air panas.

 Pemanis mulut - bubur jagung campur sagu biji. Jagung segar juga diberi oleh ipar dari Cameron Highlands.

 Siap hidangan untuk tetamu. Kami menjemput mereka datang jam 10.30 pagi. Nak kata sarapan bukan, makan tengahari pun bukan..

 Jemput makan semua!!


17 comments:

  1. hebatnya semua hidangan tu kak..terliur tgk. semua sedap2. alangkah indah dan kenyangnya kalau izan di sana hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Izan - Alangkah indah dan gumbiranya Che Mid kalau Izan ada di sini.. ha ha

    ReplyDelete
  3. salam kak mid..adoyyy..pepagi bukak blog akak..pas tu tgk pulak menu yg mengiur kan nie...arghhh..mmg mantopppp...& telan ayaq lior aje lah...

    ReplyDelete
  4. semua menu nampak menyelerakan....
    terliur ni kak...

    dari hari tu cuba cari link baru blog akak, tak jumpa...

    hari ni baru berjumpa...huhu

    ReplyDelete
  5. AsSalam chemid..
    Sedapnya juadah raya... ciken cop tu, ish complete sume dengan coleslaw dan kentang putarnya.. ley la ikut cara chemid, panggang ciken tu, saya selama ari ni goreng jeh.. :)

    ReplyDelete
  6. Anon - Salam, meh buat apoinmen dtg umah, kakak buat spesel punya..

    ReplyDelete
  7. Yus - Biasalah.. nak pergi alamat baru tu kadang-kadang sesat gak kan..sampai pun..

    ReplyDelete
  8. Nur - Salam. Sila la ikut free je.. takde pengeras ha ha

    ReplyDelete
  9. Salam kenal

    Terliur tengok sambal tumis tu hehehe....

    ReplyDelete
  10. Kakak suka menu makanan untuk kaum lelaki CM. Huh... rajin betul CM masak sakan nak menjamu tetamu. Untunglah tetamu CM. Kenapalah jauh nun di utara sana...:)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Che Mid,

    Meriah betul sambutan raya di rumah Che mid. Alhamdulillah duduk di tempat baru dah dapat kawan/jiran baru.

    ReplyDelete
  12. Zaitun - Salam kenal juga dari Che Mid, jangan serik singgah sini. Sambal tumis biasa je, Zaitun buat lagi mengancamkan.. eh lama tak makan pucuk ubi rebus cecah sambal tumis.. emm..

    ReplyDelete
  13. Kakzakie - Salam, bagi CM masak western lagi jimat dari masakan Melayu. Tak payah banyak bahan mcm santan dsb. Bahan lain spt kobis, kentang pun murah je... yang mahal sikit ayamla..Baki hari tu Farah bawak balik hostel, seronok kawan sebilik dapat makan ciken cop..

    ReplyDelete
  14. Kunang-kunang - Waalaikumsalam, Alhamdulillah semakin lama semakin bertambah kawan, harap berpanjangan..

    ReplyDelete
  15. Mat Som - Laa.. dah 29 hari ke..!

    ReplyDelete
  16. Rahayu aka Mak Chu11 October 2011 at 08:33

    sarapan bukan, makan tengahari pun bukan..
    so jadinya BRUNCH, breakfast + lunch..hik hik

    ReplyDelete