Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 24 December 2011

Anak orang lain 8A, anak aku...

Sana sini orang cakap pasal straight A's PMR. Kat TV, blog, surat khabar. Tahniah kepada ibubapa terutama rakan blogger seperti Acik Erna dan Mama Ju yang telah berjaya mendidik anak-anak sehingga memperoleh kejayaan cemerlang.

Apa yang nak dikongsi hari ini ialah bagaimana perasaan ibubapa yang anak-anak tidak cemerlang dalam PMR atau peperiksaan utama lain. Perasaan cemburu, kecewa, dan marah pada anak mungkin antara yang bergejolak dihati masing-masing.

Manakan tidak, setiap hari anak-anak kita akan ke sekolah dengan tempoh persekolahan, subjek mata pelajaran dan  guru-guru bertauliah disediakan untuk memastikan kejayaan setiap murid. Selepas waktu sekolah, mereka akan menghadiri kelas tuisyen dari pihak sekolah atau swasta. 

Ada kalangan ibu-ibu yang terpaksa jadi 'mak rempit' terkejar-kejar menghantar anak-anak pergi balik sekolah, ke tuisyen atau sekolah agama. Kalau seorang anak tak pe lagi, kalau sampai 2-3 atau empat orang?. Bayangkan dari subuh hari mengejut anak bangun pagi, menyiapkan sarapan, menggosok baju seragam dll, memang tak cukup tangan. Duit belanja harian, tambang bas dan yuran itu ini dari surat yang datang tak kira tengah bulan atau bulan juga ibu bapa siapkan. Pendek kata, setiap murid yang dapat 10 A dengan yang gagal atau lemah sebenarnya menerima persediaan pelajaran dan pembelajaran yang sama. 

Tetapi bila keputusan keluar, mengapa anak orang lain boleh cemerlang dengan 'warna terbang' dan anak kita pula sekadar 'cukup makan'? Sebagai ibu bapa kita mula mempersoalkan," Apa lagi yang tak cukup.. semua dah disediakan.. anak cuma perlu belajar dan berjaya.. itu pun susah sangat ke?" Tiba-tiba terasa hampa dan terlalu 'letih' mengingatkan kerja keras yang tidak berbaloi. Mula menyalahkan diri sendiri pun timbul juga.." Apa silap aku..Nak buat macamana lagi untuk buat mereka pandai macam anak si Peah tu.."

 Lebih teruk lagi, anak menjadi mangsa bebelan dan kemarahan ibu bapa yang malu apabila anak jiran atau rakan sepejabat mendapat keputusan 'warna terbang'.  Akan keluar semua ungkitan seperti, " Tu lah, orang sibuk belajar kamu main bola, internet, henfon bla bla bla.. tau tak berapa banyak duit dah keluar untuk bayar sekolah kamu.. abah kerja siang malam cari duit bagi anak belajar, ini je yang kamu dapat.."

Malah ada juga yang membanding-banding dengan abang kakak atau sepupu yang cemerlang. "Tengok abang kamu, 8A.. sepupu kamu 10A.. boleh masuk asrama penuh.. kamu.. tak boleh harap langsung.. abah malu tau.." Ketika ini, anak menjadi 'helpless' dan cuma mampu diam membatu..

Sebenarnya, Che Mid juga berkongsi perasaan serupa apabila Faris cuma sekadar mendapat  2B 6C sahaja dalam PMR. Henfon asyik menerima panggilan dan SMS dari sahabat, emak dan adik beradik bertanyakan keputusan Faris.  Dia sendiri tak percaya dengan keputusannya kerana keputusan percubaan lebih baik dari itu. Memang kasihan seorang ibu melihat anak lelaki cuba menyembunyikan kesedihan akibat kegagalan.

Tapi untuk mengubat hati sendiri, Che Mid katakan pada diri yang " Aku dulu pun taklah pandai mana pun.  Abahnya pun tak lah cemerlang sangat walaupun kami dapat juga ke universiti. Mungkin anak yang ini ikut aku. Setiap rezeki Allah beri berbeza-beza pada setiap hambanya. Mungkin aku tak cukup berdoa dan Faris tak cukup berusaha. Orang yang tak cemerlang dalam pelajaran tak semestinya gagal dalam hidup." Tanpa sedar, meleleh juga airmata ke pipi.

Faris ni pulak jenis anak yang 'sempoi'. Hatinya terlalu 'baik'. Tak de rasa nak bersaing dengan orang lain atau cemburu bila kawan lebih berjaya. Tak kisah dan tak apa memanjang. Tidak seperti Farah dan Ayan yang selalu rasa tercabar melihat kejayaan orang lain dan berazam untuk mengikut jejak. Boleh kata dalam banyak segi Faris tak kisah. Makan nasi dengan ikan goreng bubuh kicap hari-hari pun dia tak bising. Kalau kena marah pun diam je, tak melawan kecuali kalau dia tak buat salah barulah akan balas balik, tu pun satu dua ayat saja, antara dengar dan tidak.  Tu sebab dia ramai kawan, keliling pinggang. Eh, melalut ke situ pulak. 

Untuk Faris anakku, ibu memang kecewa dengan keputusan PMR Faris. Tapi ibu tau, Faris pun sedih juga. Ibu mintak Faris ubah sikit perangai tu ya. Belajar lebih sungguh-sungguh untuk SPM walaupun cita-cita cuma nak jadi Tukang Gunting. Ya, Faris nak buka kedai gunting rambut bila besar nanti! Sekarang pun dah ada duit poket sendiri ambil upah gunting rambut kawan-kawan. Abahnya siap belikan satu set gunting letrik khas untuk 'bisnes'.

Sekurang-kurangnya dia ada wawasan kan..Insyaallah.



50 comments:

  1. Salam Che Mid,

    Saya memahami keluhan Che Mid

    ReplyDelete
  2. Salam che mid,

    Kak, syukur..Faris mndapat warna yg ceria juga. Cubalah rujuk pihak sekolah, mana tau boleh disemak keputusannya lagi? zaman saya dulu, boleh semak lagi, kot ada yg trsilap markah.

    Saya teringat anak buah hubby, baru2 ni, dpt result upsr B dan C. Saya lihat, budaknya mmg suka merungut ttg macam2, padahal ibu ayahnya dah beri byk ksenangan. Mgkin Allah nak ubah dia. Saya doakan, sbb tak mmpu tegur dia.
    Tapi faris tak macam tu kan? Syukur, dia jaga hatinya, cuma kena tinggikan cabaran hatinya dan matlamat saja. Allah nak kuatkan hatinya sebelum sampai tahap itu. Insya Allah.. :)

    ReplyDelete
  3. salam kak Mid...
    tak berjaya dlm PMR tak semestinya tak berjaya dlm hidup...mungkin rezekinya ada masa SPM nnti...Tukang Gunting pun kerjaya juga....beri dia galakan..siapa tau suatu hari nnti Faris ada rangkaian salon rambut seluruh negara...itu x mustahil..kita sbg ibubapa doakan anak2 dan sentiasa beri moral support..PMR..SPM cuma atas kertas. INGATAN UTK SAYA DAN SEMUA SAUDARA SEISLAM..JGN KITA MENANGIS KERANA ANAK TAK BERJAYA DLM PMR SPM, TAPI MENANGISLAH JIKA ANAK2 KITA TAK PANDAI MENGAJI AL-QURAN...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum - Che Mid - tahniah anak Che Mid berjaya dengan keputusan itu - saya tahu Che Mid terasa kekurangan dengan tidak dapat keputusan seperti orang lain - Jangan berputus asa - kita tidak tahu kejayaan disebalik keputusan tersebut. Masih ada peluang untuk dia belajar tingkatan 4 dengan bidang yang sesuai dengan keputusannya.

    Yang penting (saya nasihatkan anak2 saya - sahsiah diri / tingkahlaku mestilah terbaik - walaupun keputusan peperiksaan tidak baik - adab hormat orang2 tua - ibubapa - menjaga nama baik ibubapa - ini mesti cemerlang - tak baik dalam pelajaran tak apa - masih ada cara lain untuk cemerlang dalam kerjaya)

    Jadi Che Mid - Faris seorang anak yang baik - cuba Che Mid lihat disekeliling - anak2 orang lain yang bermasalah dalam masyarakat...lagi malu sebenarnya!ini golongan ibubapa yang tidak berjaya - lagi orang kata (cakap sama sendiri lah....tak terjaga anak - kurang didik anak - dan macam2 lagi ).

    Saya sebagai guru sangat simpati dengan ibubapa yang merintih depan saya kisah anak2 mereka yang liar - bebas - tak terkawal....mintak saya bantu apa nak buat dengan anak2 mereka !!!

    Jadi Che Mid - berikan terus semangat untuk dia terus cemerlang dalam SPM pulak - InsyaAllah,
    ada hikmah desebalik apa yang berlaku .

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Kak, saya memahami perasaan Akak n faris, ini tak bermakna faris gagal selamanya kan kak, moga faris anggap ini penguat utk cemerlang di masa hdpn

    ReplyDelete
  6. Jangan bersedih insyaAllah dimasa akan datang lebih cemerlang.

    ReplyDelete
  7. takpe che mid..ini bkn penamatnya..masih ada peluang utk menebus kegagalan dlm SPM nnt..insyaAllah

    ReplyDelete
  8. Farid - T kasih kerana memahami.. itu sudah mencukupi..

    ReplyDelete
  9. indahouse - t kasih atas saranan, tp tidaklah sampai tahap nak menyemak pula. Insyaallah Faris akan lebih berjaya di masa hadapan.

    ReplyDelete
  10. Anon - Salam, Ya Che Mid setuju sangat. Kita tak boleh berputus asa selagi hayat di kandung badan.. proses mendidik anak berterusan.

    ReplyDelete
  11. sonata - Salam, terharu sungguh membaca komen cikgu. terlupa yang follower sini pun ramai cikgu. CM kena muhasabah diri semula ni..

    ReplyDelete
  12. ajumohit - Insyaallah semoga dia akan lebih berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  13. Zaitun - Sebagai ibu, CM sentiasa risau.. fikir yang negatif saja.. selalu kena fikir positif ni..

    ReplyDelete
  14. Kalamhati - Insyaallah, kita sama-sama doa. Setiap anak rezeki lain-lain..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Che Mid,

    Memang sedih kalau tengok anak orang dapat 8A, 10A tapi anak kita tak ada A. Tapi kita sebagai ibu kena sabar lah, sebab munkin itu saja kemampuan dia, yang penting dia dah berusaha.

    ReplyDelete
  16. Salam kak che mid ...

    Alhamdulillah, tahniah kepada Faris ...
    semoga beliau lebih bersemangat menghadapi cabaran hidup di luar nanti ...
    InsyaAllah kak, kita dulu pun bukan jenis straight A tapi berkat doa ibu (makbul), Alhamdulillah "menjadi" orang juga :)

    ReplyDelete
  17. Assalam Che Mid,

    Faris ni tak jauh beza dgn anak mamawana. Tak banyak cakap tapi bila bercakap kelakar orgnya. Tak banyak kisah, makan apa shj yg diberi semua sedap. Tak suka bertanding, berlumba2 dgn org lain atau tak suka berebut2. Result PMR pun hanya 1A yg lain B dan C. Sedih juga. SPM tahun depan sekarang mamawana dah garang2, gertak dan takut2kan dia biar dia bertanding dgn dirinya sendiri utk memperbaiki dan mempertingkatkan kjeputusan yg lebih baik. Anak mamawana pun pandai gunting rambut sendiri sampai rakan2 sekolah pun dtg rumah minta dia tolong guntingkan rambut mrk. Semoga anak2 kita berjaya dunia akhirat. Insyaallah.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/12/jangan-mandi-bila-kenyang-petua-lansing.html

    ReplyDelete
  18. RisAU hati jika ada anak yg akan ada eam besar.

    ReplyDelete
  19. Salam, Che Mid.. Liza dulu pun macam tu.. org semua bergembira.. liza dapat sekadar cukup makan.. sedih memang sedih sgt.. Kemudian untuk Spm pun sama.. Liza hanya dapat 2A saja.. Tapi liza tetap sibuk gak isi borang untuk melanjutkan pelajaran.. Alhamdulillah Liza berjaya sambung pelajaran walau hanya sekadar POliteknik. Namun berkat Liza yakin Liza akan berjaya.. Akhirnya Liza mampu mengecapi apa yang liza ada kini.. Walau x semewah mana, tapi liza mampu berdikari dan mampu manghantar mak Liza menunaikan haji. Dan kini Liza yakin Faris juga akan Berjaya.. Insyaallah kak!

    ReplyDelete
  20. Lipislady - Setuju, kena berlaku adil juga pada semua anak-anak, jgn dipuji sangat yang cemerlang dan jgn dikutuk sangat yang kurang.

    ReplyDelete
  21. mak encik - Rasanya semangat kita dulu sangat kuat, demi survival keluarga.. skrg ni semua ada depan mata.. rasa senang je nakkan apa saja..takut juga anak-anak tak kuat..

    ReplyDelete
  22. Mamawana - T kasih atas komen.. eloknya satu hari nanti kita temukan 2 orang anak kita ni.. serupa je.. he he

    ReplyDelete
  23. Cik Rose Cute - T kasih sudi folo. Nanti i folo balik..

    ReplyDelete
  24. Nieda - Setiap ibu akan sentiasa risau tentang anak.. dari dalam kandungan hingga beranak pinak sendiri nanti..

    ReplyDelete
  25. Liza- Pengalaman mengajar kita lebih kuat dan berani menongkah arus.. akhirnya kejayaan memihak pada kita..

    ReplyDelete
  26. wahhh...faris pandai gunting rambut ke? ni boleh bukak bisnes bila habis blajar ni...apa kata kak mid masukkan dia ke sek.teknik yg menawarkan kursus yg dia minat ni..ada kak mid..
    saya memang suka kalau anak2 melayu yang ada skil dan memang ada wawasan nak bukak bisnes sendiri..bagus faris...teruskan berusaha..dan pmr tu hanya ujian menengah rendah aje...jgn sedih..
    selamat maju jaya faris..

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum CM

    Maaf sangat2 mama tak ke sini.
    Setiap orang ada kelebihan/kekurangan masing2.Insyallah maybee SPM nanti dia menyerlah.

    Hehe tapi anak mama Uflah akan SPM tahun dpn ni, mama agak bimbang, dia terlalu aktif di luar sebg debaterlah, ketua umum prmlah, perst2..susah nak halang apa yg dia suka.

    Hanya doa.

    Moga Faris terus berjaya dan tkasih

    ReplyDelete
  28. Assalam che mid..acik pun rasa sedih bila membaca ni..acik pun pernah merasainya..hero sulong dan kedua pun PMR nya cuma dapat setakat 4A..tapi acik terima seadanya..anak2 kan dah berusaha..
    cuma yang bungsu ni nampak lain..sebab dia ada semangat nak berjaya..nak dapat semua A.
    walaupun acik jugak buat sama macam yang che mid tuliskan..tak lebih..tak kurang..
    Insyaallah che mid..PMR baru permulaan..perjalanan anak2 kita masih jauh lagi.semoga anak2 terus berjaya.

    ReplyDelete
  29. Tak pe... Bukan gagal untuk selamanyer. Boleh cuba lagi

    ReplyDelete
  30. x per kak CM...
    its over.. nak wat camner dah kan..
    apapun, let him buat yang terbaik in next exam..
    spm 2013 nnt~

    ReplyDelete
  31. rezeki ada dimana2.. yg penting hati kena bersih dan terus berusaha.. minta2 ibubapa lebih natural tentang ini.. sy juga minta sy juga mampu jadi cam cm.. moga2 anak2 tidak berasa mereka anak yg tidak berguna... sedih tau kalu mak bapak pun dok kata anak gitu.. sian mrk...

    ReplyDelete
  32. ini baru PMR kak..dulu byk gak kwn2 yg x cemerlang PMR tapi bila SPM cemerlang...

    ReplyDelete
  33. Che Mid...

    Lain anak, lain kerenahnya. Mungkin dia kurang dari segi pelajaran tapi Aina percaya dia ada kelebihan yang tersendiri.

    Mendorong lebih baik dari menjatuhkan air muka anak2.

    ReplyDelete
  34. saniah - Kami dah check utk sekolah teknik takde pun kursus dandanan rambut, lps SPM esok adala...

    ReplyDelete
  35. mama ju - t kasih singgah, jejak yang ditinggal amat dihargai..

    ReplyDelete
  36. Acik erna - Tahniah sekali lagi dr Che Mid. Sekadar luahan hati utk dikongsi, bukan sesalan atau putus asa. Insyaallah, anak kita berjaya juga akhirnya..dgn jalan dan cara masing-masing.

    ReplyDelete
  37. Pena Rozie - T kasih atas sokongan, semoga anak-anak kita jadi anak soleh dan berguna utk agama dan negara

    ReplyDelete
  38. Fatin Mar - T kasih, semoga CM terus kuat menyuntik semangat pada anak-anak..

    ReplyDelete
  39. mama maman - ada seorang saudara CM yang akan mengamuk sakan kalau anaknya tak berjaya macam anak orang lain. Lps tu siap pesan dgn isteri, jgn beritahu apa result pada orang lain... maluu..

    ReplyDelete
  40. Papa Mifz - Ya, ramai kawan CM pun begitu.. rezeki Allah beri, yang berusaha pasti berjaya..

    ReplyDelete
  41. JunAina - Sayang sekali ramai tak berpendapat seperti itu termasuk pihak pemerintah dan media juga, terlalu mewarwarkan 'warna terbang' dari skil.. murid, ibu bapa dan guru akan tertekan..dan bersikap negatif pada kegagalam akademik

    ReplyDelete
  42. Salam

    CMid pegi mana ? tak menulis ni...
    Lucu baca N3 kat bawah..heeen mama dah tunjuk sikit2 kat mak mcmmana nak guna pc, hehe dia dh ada fb dah.Mcmmana nak add CM?

    ReplyDelete
  43. che mid...

    saya tumpang memahami apa yg anda rasa - kecewa.
    apaalgi bila lihat keputusan anak2 org lain yg cemerlang, hti terdetik jua kalau org lain boleh kenapa tidak dgn kita?

    jumlah A dlm PMR hanyalah angka dicipta oleh kerajaan kita..ada kebaikan yg pasti bg yg mmg ingin mendambakannya..berpaa ramai siswa/wi hari ini yg takder kualiti..nama jer masuk uni..

    apalah maknanya kalau akademiknya kaya ngan A tp bab2 solat dan akhlak yg lain adalah zero (0)? yg mana satu bekalan kita semua?

    jadi penggunting rambut satu tugasan mulia.. tanpa penggunting rambut tiap wajah lelaki pasti huru hara...sekurang2nya boleh mengemaskini segala jambang dan janggut yg ada..

    takder apa-apalah sangat ngan PMR tu!

    yg mana satu bekalan

    ReplyDelete
  44. ala..ada typing error la plak..
    abaikan ayat paling bawah ya.

    ReplyDelete
  45. T kasih mama ju dan queenie atas komen kalian. Nampaknya semua sepakat akademik bukan segalanya dan bukan penjamin kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  46. Terharu sangat baca coretan Che Mid... setiap anak yang dilahirkan sebenarnya punya potensi yang berbeza, ada yang cemerlang dalam pelajaran, ada yang sederhana, ada yang cemerlang kokurikulum dsb. Dah 21 tahun saya jadi guru, saya pun ada anak. Anakpanak pun tidak sama pencapaian tapi saya terima seadanya. Satu perkara yang sering kami perhatikan.... biasanya anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran mempunyai rasa hormat yang lebih tinggi terhadap guru & ibu bapa.... tapi bukan semestinya yang cemerlang itu sebaliknya. Apa pun Allah Maha Mengetahui!

    ReplyDelete
  47. Assalammualaikum....apa cerita faris sekarang?

    ReplyDelete