Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 14 December 2011

Betul ke cara kita cuci air kencing?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Hari ni Che Mid nak berkongsi tentang cara mencuci najis mutawasitah seperti mana yang Che Mid pelajari dari Ustaz Don di TV al-Hijrah Isnin lepas. Bersyukur sangat kerana Allah swt bukakan hati Che Mid untuk menonton dan memperbetulkan kesilapan Che Mid yang selama ini dirasakn betul.. tapi sebenarnya SALAH.

Sebelum tu, nak ingatkan semula bahawa najis mutawasitah ini ialah najis, kencing, darah, muntah, air mazi dan sebagainya selain dari najis mukhafafah dan mugholazah.
Ustaz Don kata cara menyucikan najis mutawasitah ini ialah dengan DUA LANGKAH :-

1) MENGHILANG 'AIN (fizikal najis) sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.

2) ALIRKAN AIR di tempat bekas najis tersebut dengan air mutlak. Kemudian barulah dilap sehingga bersih.

Selama ini apa yang Che Mid buat hanyalah langkah 1 sahaja, iaitu dengan membuang najis dan mengelap beberapa kali dengan air bersih sehingga hilang bau dan warnanya.

Contohnya, jika ada air kencing di atas lantai Che Mid akan mengelap air kencing tersebut. Kemudian mengelap tempat air kencing itu dengan kain atau mop yang dibasahkan dari paip bilik air atau sinki berulang kali sehingga bersih. Itu sahaja. Memanglah rasa dah cukup bersih, tetapi rupanya itu cuma LANGKAH SATU.

Sepatutnya, Che Mid mesti membawa air dari paip (air mutlak) dengan gayung atau baldi dan tuang sedikit di tempat bekas air kencing tadi barulah dilap semula.

Tambahan, pastikan pakaian kita terutama lengan baju disinsing.. kadang-kadang tak sedar, lengan baju pun ikut mengelap najis...

Kalau sahabat semua memang dah pun mengamalkan kedua-dua langkah tersebut, Alhamdulillah, jadikan entri ini sekadar ulangkaji. Jika tidak, samalah macam Che Mid ni.. dah tua bangka pun bersuci tak betul lagi..semoga Allah mengampunkan Aku..) jadi marilah kita mulakannya dari sekarang. Jika tak pasti rujuklah pada mana-mana ustaz dan ustazah untuk kepastian. Dan sekiranya ada jawapan yang berbeza, sudi-sudikanlah kongsi dengan Che Mid pulak ya.

Satu lagi, Ustaz Don juga memberitahu tentang WARNA najis seperti darah yang sukar hilang walaupun setelah dicuba beberapa kali, maka itu dimaafkan. Ini menjawab, persoalan diminda Che Mid yang selalu risaukan bekas tompokan darah kering di kain, seluar atau cadar yang susah dihilangkan walaupun guna vanish dan direndam clorox. (Maklumlah, orang pompuan ni kan.. 'moon come time.. sometime donno one.. he he) bila dengar Ustaz Don cakap macam tu.. lega sangat.

Ustaz Don juga mengingatkan pada sesiapa yang suka membela kucing supaya sentiasa membersihkan air kencing kucing.. kalu ada bau hancing, maknanya ada kencing kucinglah.. jadi kena cuci la.. kat lantai ka.. dinding ka..)

Wallahu'alam.

47 comments:

  1. Alhamdulillah che mid..acik dah mula buat dua langkah tu masa anak2 kecik lagi dulu.masa tu arwah bapak yang tegur.bagi tau macam mana perlu dibuat.

    ReplyDelete
  2. terima kasih che mid..masa kecik kecik dulu tinggal rumah papan jadi jika adik adik terkencing kat lantai mak akan ambik air setimba dan jirus atau lantai berulang ulang kemudian mak terus berus lantai tu...jadi lantai jadi bertompok tompok putih hehe,

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana berkongsi.....

    ReplyDelete
  4. salam che mid...thnx utk info tu...act arwah ma Liza dh ajar buat dua langkah tu,tp kadang2 bila angin M dtg, mula la...jd maknanya skrg apa yg arwah ma ajar tu mmg bersebab dan 100% betul la....hihihihi

    ReplyDelete
  5. bagus che mid berkongsi info ni. Mmg benar kita kena alirkan air pada tempat najis itu.
    Teringat belajar ttg ilmu fiqah bab najis ini sewaktu darjah 3

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana sudi berkongsi dan sama2 refresh blk tentang membersih najis anak2 kita nih... mungkin dah tau tp kadang2 kita nih ada gak lalai gak kannn...:)

    moga2 terus mencari ilmu..:)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana berkongsi cik mid...

    kadang2 kita terlalu ambik mudah. dah tahu tak boleh le ambik mudah lagi...

    ReplyDelete
  8. salam k.mid..emm kalau pasal kucing memang rumah kita akan jadi tempat depa membuang sama tu pasal sekarang kucing2 saya dah tak benarkan masuk ke dlm rumah..nak belai2 kucing pergi keluar..susah sebenarnya nak mencuci kencing kucing ni kan...

    Baca penerangan kak mid memang baru lah sedar yang saya dulu pun ada buat silap dlm hal ini...terima kasih k.mid..bagi penerangan yang jelas...:)

    ReplyDelete
  9. Biarlah kita terus belajar walau usia terus menginjak daripada jahil sampai bila-bila. Sebab itu menghadiri kelas-kelas fardhu ain amat digalakkan. Kadang bab kecil tapi kalau tidak sah sayang kerana ia melibatkan amal ibadah yg lain seperti mandi wajib yg tak sah, wudhu' yg tak sah, begitulah juga dgn bab mensucikan diri atau instinja'... Moga kita terus bersama belajar tak kisah kalau dah tahu pun sebagai mendalamkan ingatan kita...

    ReplyDelete
  10. salam akak..terima ksih kerana berkongsi info. TQ jugak kat Us. Don..

    ReplyDelete
  11. Acik, Bertuah punya ayah yang tahu hukum dan turunkan pada anak. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. Cikmanggis - Dulu memang macam tu kan.. nak keringkan lantai pun senang, air terus turun ke tanah.. sekarang ni rumah bersimen tak boleh macam tu ...

    ReplyDelete
  13. Teratak Hami - Nabi kata, sampaikanlah walau satu ayat...

    ReplyDelete
  14. Eeelobor - Berkongsi ilmu bagus supaya tak hilang dari ingatan sendiri..

    ReplyDelete
  15. Liza - He he orang dulu-dulu ajar kita tanpa beritahu sebabnya, agaknya mereka belajar dulu pun macam tu juga..orang sekarang lebih banyak bertanya dan yang mengajar juga lebih terbuka..

    ReplyDelete
  16. Nurbeena - Masa ustazah ajar pasal alirkan air tu, akak pi mana ha... monteng ni..

    ReplyDelete
  17. Kazman - Dah tahu dan faham kenale bagi tahu orang lain.. jadi ilmu itu sentiasa bergerak..

    ReplyDelete
  18. mama maman - Sama-sama lah kita kongsi..lagi banyak yang kita tahu... lagi banyak kita boleh kongsi..

    ReplyDelete
  19. Junaina - Che Mid dah mula praktikkan.. tadi deeja muntah atas meja.. terus teringatkan ckp ustaz Don..

    ReplyDelete
  20. Saniah - Che Mid sekadar berkongsi saja.. memang kena berhati-hati dalam hal bersuci ni..

    ReplyDelete
  21. Kakzakie - Tambah lagi sikit, bila ada persoalan di hati, tak tau mana nak cari jawaban, jadi kenalah hadir majlis ilmu. Macam dah tau semua tapi rupanya ada lagi yang tak tepat dan tak jelas.

    ReplyDelete
  22. Shaiful - Sama-samalah kita ya.. dah bagi tau wife ke..

    ReplyDelete
  23. Pena Rozie - No problem.. Ustaz Don memang terbaik!!

    ReplyDelete
  24. Qhaifa - Sama-samalah kita mengamalkannya.. moga beroleh keberkatan daripadanya.

    ReplyDelete
  25. akak....pe jadi ngan blog lg 1?

    ReplyDelete
  26. ilmu yang bagus..tq kak kalau ada lagi share lagi ek..

    ReplyDelete
  27. tq share kak. Pernah juga sekali dua dgr ustaz don punya rancangan ni, tapi selalu termiss lah...

    ReplyDelete
  28. terima kasih che mid! saya pun suka tengok 30 minit bersama ustaz don tu...sempoi jaaaa

    ReplyDelete
  29. betul tu kak mid... memang kita disarankan untuk berkongsi ilmu ... apatah lagi ilmu agama ni kan.... baru dia bergerak...

    ReplyDelete
  30. thnaks CM for this..

    part kucing tuh lak, saya pakai clorox.. geram sgt, ada je kucing buat boundary kat umah.. huhu

    ReplyDelete
  31. Ummiarissa - t kasih juga sudi singgah sini selalu..

    ReplyDelete
  32. Kuchi - Blog satu lagi jadi kenangan je.. tak aktif dah...

    ReplyDelete
  33. Totie - T kasih juga buat Totie. Insyaallah, sentiasa akan dikongsi utk amalan bersama.

    ReplyDelete
  34. Yus - Akak pun sama, byk sgt channel, tak dan nak ingat setiap program..

    ReplyDelete
  35. mak encik - yang sempoi tu la yang senang ingat kan..

    ReplyDelete
  36. Kazman - Orang yang jahil macam che mid ni, kena selalu update dengan ilmu... barulah boleh maju.. lps tu share dgn kawan-kawan yang tak sempat tengok.. manafaat kena kongsi sama-sama, barulah berkat..

    ReplyDelete
  37. fatin - Akak tak bela kucing.. asek bersin je nanti.. dah dengar ustaz Don ni lagi la tak mau bela..

    ReplyDelete
  38. ..problemnya kalau isteri tak nak dengar bila kita tegur dia nak ustaz jugak yg cakap baru nak ikut.

    ReplyDelete
  39. Terime kasih che mid.... info yg sgt bermakna utk saye....

    ReplyDelete
  40. soalan. tuang air dari gayung, air tu mengalir ke mana? kita lap jugak, jadi dah sama jugak dengan mop yang dikirakan sebagai langkah 1 di atas, jadi langkah 2 yang mana? mohon pencerahan.

    ReplyDelete