Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 24 July 2013

Serius! Ada Orang Ambik Gambar Dari Blog Kita Laaa...

Entri hari ni serius sikit..

Tahun 2009 lepas, Che Mid ada buat entri http://hamidah-surirumah.blogspot.com/2009/11/afruz-5a.html dari blog lama Che Mid.

 
Dalam entri tu ada gambar ni - cerita tentang anak buah Che Mid, Afruz, yang dapat 5A UPSR. Gambar tu Afruz dengan ibu dan ayah, sambil tunjuk slip peperiksaan.








Tetapi baru-baru ini, tahun 2013, heboh kawan-kawan dia kata gambar ini Afruz ada di sini


Tengok dekat sikit lagi

 Ditampal di sekolah.. tak pasti siapa yang buat...

Untuk info, gambar tu Che Mid kopi dan tampal dari fesbuk ibu Afruz ke blog Che Mid.

Soalannya,
Macamana gambar tu boleh ada kat situ?
'Orang' tu copy dari blog Che Mid ke?
Atau ada cara lain 'orang' tu boleh dapat tanpa masuk ke blog Che Mid?
Atau Che Mid ada silap di mana-mana hingga 'orang' tu boleh ambil dari blog Che Mid?
Dari segi undang-undang atau etikanya, boleh ke 'orang' tu buat sebegitu.. maksudnya ambil gambar dari mana-mana blog dan gunakan untuk tujuan tersendiri..?

Terkejut juga bila dapat tahu, nasib baik untuk tujuan baik iaitu pendidikan.. macamana kalau ...?

Aduh.. minta pendapat ya kawan-kawanku yang baik!



34 comments:

  1. Anak buah che Mid dan ayahnya kelihatan ceria. Patut mereka ambik gambar itu.

    Mereka memang tidak patut....Kalau artis jadi duta produk, dan kontrak telah tamat, syarikat itu tidak boleh sewenang-wenangnya mempamerkan gambar-gambar duta produk tersebut.

    Dalam kes ini, anak buah Che Mid langsung tak pernah jadi duta....ini boleh didakwa kerana menggunakan hak milik che Mid tanpa kebenaran.

    Itu hanya pendaapat saya....Dutanya tu redha tak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dutanya ok je.. mereka yang perasan dulu.. Che Mid tak tau langsung...

      Delete
  2. Betul che mid kata, nasib baik ada kaitan dengan pendidikan...
    Saya pulak yg naik risau che mid....iyalah manalah tahu gambar2 kita dah terlepas sana sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, kalau kita google dan klik image, apa sahaja gambar termasuk dari blog kita boleh muncul di skrin..memang cuak..

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Kat mana banner tu di tampal Che Mid?
    Tak patut, memang tak patut,
    menciplak hak orang tanpa izin,
    patut berilah sikit kredit untuk blog Che Mid kan...
    Itu pendapat kakmah jeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tampal di sekolah-sekolah kak..mungkin kempen kesedaran kut..

      Delete
  4. assalam..

    dunia seba canggih nowadays.. tak herran kann..etika dan hak letak ke tepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, betul sangat tu.. kadang-kadang kita sendiri pun ciplak dari google tanpa tahu siapa tuan asalnya. Agaknya, bila dah publish di blog.. tak boleh kawal lagi tapi rasanya ada cara, kita je tak tahu..

      Delete
  5. Kena tanya pihak sekolah tu la siapa yg bertanggungjwb amik gambar tu.
    Lps tu tanya le nape amik tanpa kebenaran?!

    Kalu sy... sy watermark gambar tu kat agak2 org tak buleh nak copy hehehe.
    Tp sy tak serajin tu nak watermark hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan pihak sekolah rasanya.. pihak lain.. dah watermark tapi orang tu edit...

      Delete
  6. salam che mid!


    off topic sket ...
    ceria sungguh 3 beranak itu ...
    saya igtkan si ibu tu kawan sama2 amik result upsr ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tentu ibunya suka baca ni.. he he..

      Delete
  7. bahaya jugakkan. skrg ni teknology copy paste ni macam macam kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan untuk orang macam kita yang takde kepentingan dan glamor ni tak kena.. rupanya laku jugak gambar kita ya..

      Delete
  8. Memang ramai yang tiada etika dalam dunia tanpa sempadan nie. Tapi kalau nak buat 'scene' sikit, apa kata Che Mid hantar surat rasmi bantahan kepada pemilik poster tu. Tak kiralah walau Kementerian Pendidikan sekalipun. Ini kerja orang2 bawahan yang nak senang jer nie. Kalau kita tak buat, maybe next time ada mangsa lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kan kalau nak.. tapi si tuan badan ok je, takpe lah.. anggap sedekah boleh?

      Delete
  9. kalau kite jadi ibunya,
    kite kecik ati,,

    sbb gmbr kite tak masuk sekali..
    hehehe.. :p

    kalo org tu buat utk tujuan komersial, mgkin bole ambik tindakan kot

    ReplyDelete
  10. skrg ni makin ramai org yg pandai teknologi canggih ni, macam2 dioarg blh buat kan, kena careful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gambar makanan pun orang suka curik, inikan pula gambar orang kan..

      Delete
  11. maybe dr google kot.. mmg boleh dilanjutkan tindakan sebab dah mencuri.. kena minta izin dulu br betul..

    ReplyDelete
  12. Zaman teknology macam2 orang boleh buat tapi memnag tak patut sebab tanpa izin dari empunya.

    ReplyDelete
  13. Urut dada, takut jugak taw2 gambar kita jadi mangsa benda2 tak tentu pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bersedia le nampaknya.. terutama CM ni yang letak gambar sendiri utk promosi.. tel no pun ada..

      Delete
  14. ishhh ade gak pencilok gambar ni kan che mid...cer cari sumber die...layak tuntunt royalti nie....salah ni sbb guna gambar tak mintak izin pemilik ori....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de le sampai ke situ pulak dik..cuma harap2 tak berlaku lagi lain kali..

      Delete
  15. huisshhh.. yeke.. org skrg ni mmg suka copy picture dr blog, facebook dan instagram.. kita kena alert jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. alert pun bukan boleh kawal sangat dunia maya ni..

      Delete
  16. Dulu kakcik baca blog Arif Budiman pun ada orang ambil gambar dia suami isteri berpakaian ihram untuk iklan (tanpa izin dari tuan punya diri)...

    ReplyDelete
  17. Saya pernah baca..kalau gambo kat fb mmg takde hak. Sesiapa bebas amik/guna. Tapi kalau kat blog (ada watermark), tak pasti apa haknya. Yg pasti dari segi etika, tak bolehla amik gambo tanpa izin. Sbg langkah berjaga, saya cuba elak letak gamba saya/family kat blog.

    ReplyDelete
  18. he mid disablekan semuanya-rigth klik,dragging image or click on image

    ReplyDelete
  19. more helpful hints replica gucci Check This Out replica gucci Visit Your URL replica ysl

    ReplyDelete